Sunday, November 20, 2011

DEDAH!!! Bekas perajurit dakwa nyawa dipertaruh kerana rasuah


Beberapa bekas anggota tentera, yang telah berkhidmat selama beberapa dekad, tampil dan mendakwa gejala rasuah dalam Kementerian Pertahanan telah meletakkan nyawa mereka ibarat ‘telur di hujung tanduk’.

Seorang daripada mereka, semasa forum mengenai rasuah dalam industri pertahanan, memberitahu Malaysiakini, bahawa tindakan itu telah menyaksikan beberapa rakannya menjadi ‘kudung’ dan sebahagian besar mereka "menderita secara senyap".


Lelaki yang enggan namanya didedahkan itu kerana khuatir akan dikenakan tindakan tatatertib berkata, pegawai bukan tentera telah menolak cadangan pihak ketenteraan dan sebaliknya membeli peralatan kurang bermutu yang mempertaruhkan nyawa perajurit negara.


"Kita beli mesin gun AK 33 yang selepas tembakan sebanyak tiga pusingan akan tersekat. Ini memaksa askar mencampangkan senapang itu dan berjuang menggunakan parang,” katanya merujuk kepada satu operasi yang tidak dinamakannya.


Contoh lain, katanya, sekitar tahun 1970-an, kaki askar-askar dijangkiti sehingga ada yang terpaksa dipotong kerana but yang dibekalkan mereka karat. Ini kerana but yang dibekalkan itu diperbuat daripada kepingan zink dan bukannya aluminium seperti yang sepatutnya.

But berkenaan bertujuan melindungi kaki askar dari pancang perangkap samar yang tersembunyi ketika peperangan gerila di hutan. Namun, katanya, ia gagal untuk berbuat demikian kerana senang berkarat ketika askar-askar meredah hutan ketika hujan lebat.

Beliau turut memberi contoh, bagaimana, poncho atau baju hujan yang berkualiti rendah itu seringkali menyaksikan perajurit basah kuyup setiap kali hujan.

"Saya dalam kesejukan berada di hutan sedangkan seseorang telah mendapat habuan besar dan berseronok di tempat lain," katanya pada majlis anjuran Transparency International di Subang.


Lelaki itu juga mendakwa mutu makanan yang berkualiti rendah dibekalkan kepada pasukan tentera dan sekiranya pegawai mereka membuat bantahan, mereka pula akan dipindahkan ke tempat lain sebagai hukuman.

"Mereka tidak peduli. Saya percaya ia masih berterusan. Askar-askar kita yang menderita,” rintihnya lagi.

malaysiakini

3 comments:

Anonymous said...

Pihatin Dengan Nasib Askar Macam Kami Ni, Terasa Terbela Nasib Kami. Tapi Apakah Niat Yang Disebaliknya, Harap-harap Biarlah Ikhlas Hendaknya, Bukan Ada Niat Apa-apa Yang Tersirat Dan Tersurat. Walau Apa-pun Isunya Kami Tetap Berterima Kasih Kepada Kerajaan Yang Banyak Membantu Dan Mengambil Berat Lebih Kepada Kami. Apa Lagi Yang Kami Mahukan? Hanya Kebajikan Kami Terbela. Syukur Alhamdulillah, Nasib Kami Semua Sudah DiBela. Askar Macam Kami Tidak Pernah Alpa Daripada Mata Kerajaan Dan Menteri Yang Memimpinnya. Jangan Kerana Isu Yang DiGembar-gemburkan Tanpa Fakta Dan Bukti Yang Kukuh Dan Hanya Cakap-cakap Dan Bual-bual Kosong, Kita Semua Yang Bernama Askar Terpengaruh, Mana Mungkin Sumpah Dan Taat Setia Yang Telah Kita Ikrarkan Di Ingkari Sebegitu Mudah. Biarpun Kita DiHina, Biarpun Kita Dicaci, Biarpun Peluru Menembusi Tubuh, Biarpun Nyawa DiPertaruhkan..Untuk Kita Ingkar Kepada Sumpah Taat Setia Kita..TIDAK SESEKALI TIDAK..Sejauh Mana Kebenaran Yang DiNyatakn Oleh Penulis Tersebut? Apakah Ini Propaganda Yang Cuba DiManipulasikan Oleh Sesetengah Golongan Berkepentingan Dalam Politik? Ingat TemanKu, Jiwa Kita Bukan DiBeli Dan Digadaikan, Maruah Dan Nyawa Kita Pertaruhkan. Kita Bukan Untuk DiPolitikkan. Kita Askar..Berjuang Untuk Mempertahankan..wassalam

Anonymous said...

askar umporno bermadah

Anonymous said...

setakat nak bercerita mcm-mcm, entah dari mana sumber, aku pun boleh buat...mcm-mcm cerita aku boleh tulis...