Tuesday, December 27, 2011

SEMAKIN HAMPIR PRU 13!!! Semakin bertimpa-timpa beban yang UMNO tanggung

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitxsz0-dw1wqiS8fRosHEfnSqcxD7u59HUxvaI3ci7sfbNMG94sJvsb5x52NdY-qpmjMIkaixD78qSfPO7yPD-tz9FygPo50HZwVo_BIUVrricuV-A3TXsqCYJkx5foi_Gnr-UkIoA9pA/s1600/Asal+bukan+Umno+-+selamatkan+Malaysia.jpg
Semingguan bermacet di Jakarta, Bogor dan Bandung. Ia satu misi memperkasa motivasi pasukan media baru bagi merungkai kecamuk dan cabaran gerakan Islam parti Islam PAS berbanding parti Islam di Indonesia.

Suatu langkahan kepedulian antara rakan pergerakan politik-dakwah yang meneliti dan mengongsi pengalaman demi membahagiakan keputusan pilihan raya umum ke-13 nanti.

Kepulangan sudah tentu mengalirkan suatu energi baru, lebih-lebih lagi ketidaksabaran untuk menerima titipan buah-buah perspektif Tok Guru Nik Aziz, menteri besar yang dicintai ramai.

Ia kemudian mengimbau latar ucapan tokoh Parti Bulan Bintang (hasil didikan Pak Nasier, Indonesia) mengulas tentang Tok Guru: Seorang tokoh ulama disegani seantero gerakan Islam sedunia ,kerana kesederhanaan dan titipannya yang istiqamah di landasan siasah syariyyah.


Lalu terketik jari-jemariku, mengakui kehebatan kepimpinan Tok Guru setelah 21 tahun mengurus tadbir politik rakyat Kelantan.

Jelas ia benar, tatkala sekembali mengurus tugas setiausaha politik di pejabat menteri besar, pasti banyak ulasan Tok Guru mengenai perkembangan isu-isu kerajaan dan rakyat serta kepimpinan parti selama semingguan tidak bersama.

Justeru isu-isu yang sudah dijangka, pastinya meliputi hal semasa kerajaan negeri yang sedang diasak oleh fitnah pihak lawan (Umno), agenda setting media arus perdana yang mengumpil kerukunan rumah tangga PAS, dan rangkuman pengalaman semingguan bermacet di kota raya Indonesia.

Apa pun semuanya itu agak panjang untuk ditintakan dari ulasan Tok Guru yang melebihi 30 minit. Namun yang terkesan dan sesuai ditintakan ialah persepktif yang bermaruah ‘istiqamah’ tatkala membicarakan soal Umno yang sedang mengasak kerukunan politik rakyat Kelantan. Justeru hakikatnya Umno adalah parti goblok ekstrem Melayu kerana tegar menolak syariah – hukum Islam.

“Tok Guru kemudian titipkan poin-poin bebanan Umno masa kini yang memeningkan pemimpin Umno sendiri di musim tiupan angin pembubaran dewan untuk pilihan raya ke-13.”

Satu persatu dihitung bebanan Umno yang biru gelap itu. Ia bermula dengan gelagat Dr. Mahathir yang rakus menggugat gaya ETP perdana menteri Najib.

Diikuti dengan pertembungan Dr. Mahathir dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pinjaman IMF.

Kemudian berganjak kepada titik hitam di dahi Umno kerana Khir Toyo yang tidak berkuasa itu dijatuhi hukuman sabit rasuah beli tanah buat rumah.


Singgah pula meneliti rupa kondominium yang dibeli oleh suami ketua wanita Umno berketurunan “mami’ itu dikatakan dibeli dari punca RM250 duit projek fedlot yang membangkitkan fenomena ‘politik lembu’ di paras nasional.

Undur pula ke pantai Perupok Bachok yang hangat dengan cerita ada orang Bachok menerima habuan ketua bahagian Umno yang kononnya duit hasil suapan satu syarikat dari Johor.

Lalu tersisip satu khabar ada kesepakatan pemuda PAS bertindak membuat report polis atas responden berkenaan. [Peristiwa report itu telah berlaku di IPD Kota Bharu, Pengkalan Chepa kira-kira pukul 3.15 petang pada Isnin, 26 Disember lalu].


Kesemuanya membebankan Umno. Lalu Tok Guru menarik nafas bernada syukur untuk sejenak: Huh, syukurlah PAS tegas untuk menolak berbaik dengan Umno. Jika tidak PAS akan tumpang sama berkerut dahi kerana tempias bebanan Umno itu.

Apa pun, Tok Guru bertegas: Dengan apa yang berlaku semua itu, sebaiknya PAS semakin yakin bahawa keputusan menolak berbaik dengan Umno itu adalah betul dan benar!

[Terlintas pula dibenak fikiranku, kalau dibuka satu lagi cerita pasal isteri perdana menteri yang first lady – kerana bercium pipi dengan bintang filem Hollywood, mungkin banyak minit lagi Tok Guru akan menjuruskan perspektifnya.

Namun faham sudah, selaku setiausaha politik tidak wajar untuk meneruskan sembang agenda setting isu sampai meleret-leret, kerana Tok Guru harus menyiap langsung semua tugasan pejabat menteri besarnya. Hatiku setia mendoakan kebaikan dan kerahmatan-Nya buat Tok Guru. Amin]


Seorang rakan facebook mencatatkan di dindingnya: Khir Toyo rasuah dibalas dengan penjara, Isa Samad rasuah dapat jadi Pengerusi Felda. Ali Rostam rasuah dapat jadi Ketua Menteri Melaka....

Catatan dari blog SU Politik Tuan Guru Nik Aziz.

No comments: