Saturday, January 28, 2012

CUKUPLAH UMNO!!! Jangan gangu anak perempuan saya

Post Pic
KUALA LUMPUR, Jan 28: Ketua Menteri Pulau Pinang menuduh Umno menggunakan anak-anaknya sebagai sasaran politik dan mendakwa anak perempuannya pula menjadi mangsa serangan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, semalam, dilaporkan sebagai berkata bahawa Program Latihan Khidmat Negara kini diterima pelbagai pihak dan diyakini oleh ibubapa kerana memberikan kesan positif kepada anak-anak mereka sambil menggunakan anak Guan Eng sebagai contoh.

Guan Eng, dalamm satu kenyataan yang disiarkan mencabar pemimpin BN untuk mensasarkan sebarang serangan hanya terhadapnya dan berhenti menggangggu anak-anaknya.

Zahid dipetik sebagai berkata Lim Kit Siang, penasihat DAP sendiri telah melihat bagaimana cucunya, yang menyertai program terbabit di kem Balik Pulau telah berubah menjadi lebih baik.nar.

"Anak perempuan saya adalah seorang anak yang baik dan kelakuannya adalah sama sebelum dan selepas menyertai program PLKN. Kedua-dua saya dan bapa saya tidak pernah berkata kepada menteri pertahanan dan kami juga tidak mengucapkan terima kasih kepadanya seperti yang didakwanya," katanya lagi.

No comments: