Saturday, January 28, 2012

TOLAK SURUHANJAYA DIRAJA !!! Adakah Muhyidin takut kerana beliau Menteri Pertanian yang luluskan projek NFC?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhJ1o39QIzlSwHhaGkaKBiLBDwqxTnyowQ4LevpOJ1m68lvzLQqSRnDQXzoKdZRVVK3s7s5mLCtHQR97v-Ebwb2bRm6Caf-H6jAcePZl7cnJp7IkTBtYGiIpGxgvb4IbCNWWYmgsULxfQ/s1600/muhyiddin5.jpgPADANG BESAR - Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub mendakwa kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak cadangan pembentukan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC) mendedahkan sikap sebenar pemimpin itu yang dilihat enggan bertanggungjawab terhadapnya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, Muhyiddin yang seharusnya dipertanggungjawabkan untuk menjawab isu itu memandangkan projek itu dilaksanakan sewaktu beliau memegang portfolio sebagai Menteri Pertanian.

"Mengapa Muhyiddin perlu takut? Sepatutnya beliau harus bersikap lebih terbuka sekiranya NFC benar-benar tidak berlaku penyelewengan.

"Pakatan Rakyat akan memastikan usaha menutup kegagalan NFC tidak akan berjaya dengan pelbagai siri pembongkaran isu itu yang akan dilakukan secara berperingkat terhadap umum," katanya sewaktu ditemui Sinar Harian pada program perasmian Sambutan Jubli Perak Pasti Nurul Hayah, Santan di sini, hari ini.

Semalam, Muhyiddin berkata, pembentukan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kemungkinan berlakunya penyelewengan dalam projek NFC tidak diperlukan memandangkan langkah-langkah sedang diambil kerajaan melalui beberapa agensi penguatkuasaan sudah memadai.

Kata beliau, selain penjelasan dan laporan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berhubung isu itu, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menjalankan siasatan terperinci.

"Saya fikir langkah-langkah yang diambil juruadit negara ataupun Ketua Audit Negara dengan penjelasan itu memadai. Lagipun dalam peringkat yang sama beberapa agensi penguatkuasaan iaitu Polis Diraja Malaysia dan SPRM pun buat siasatan mereka. Kita harap hasil siasatannya dapat disiapkan dengan segera, bagi kita mengetahui kedudukan sebenarnya," katanya.

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang mahukan rakyat mendesak kerajaan supaya membentuk sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat isu NFC yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.

Timbalan Perdana Menteri akur beberapa penambahbaikan perlu dilakukan bagi memastikan projek itu berjaya dan berdaya maju.

Dalam satu kenyatan Rabu lepas, Jabatan Audit Negara menjelaskan bahawa Laporan Ketua Audit Negara 2010 tidak ada menyebut perkataan-perkataan seperti kucar-kacir, ‘in a mess’ ataupun penyelewengan dalam laporan pengauditannya terhadap projek NFC di Gemas, Negeri Sembilan.

No comments: