Sunday, January 8, 2012

TERKINI(GAMBAR) 901!!! Lebih 10 000 sudah membanjiri mahkamah

Jam 8 pagi, dianggarkan kira-kira 10,000 rakyat telah berada di hadapan mahkamah untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar Ibrahim. Antara yang telah hadir termasuklah Sasterawan Negara A.Samad Said, Datuk Ambiga dan Mariah Chin yang turut memberi sokongan. Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali bersama isteri, Yb Zuraida dan Yb Azan Ismail juga telah tiba.

Poster dan banting
'Bebas Anwar 901' oleh rakyat yang hadir, dan nampaknya 10 syarat ditetapkan oleh polis sebelum ini tidak diendahkan. Bagaimana pun setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan.

Ada
di antara mereka yang bermalam di beberapa hotel bajet di Chow Kit, Kuala Lumpur dan telah tiba di lokasi seawal jam 3 pagi. Ada juga yang bermalam di dalam kereta.

Sasterawan Negara A.Samad Said, Datuk Ambiga dan Mariah Chin yang turut memberi sokongan





Orang ramai melaungkan takbir dan teriakan reformasi dengan penuh semangat. Ramai pemimpin daripada Pakatan Rakyat yang memberikan ucapan bersilih ganti di luar mahkamah, di antaranya YB Nizar dan Ketua Srikandi, Siti Aishah.

Kepada yang mereka yang masih di dalam perjalanan ke Mahkamah, dicadangkan untuk parkir kenderaan di Matrade.


Anwar Ibrahim dan Tok Guru Nik Aziz dalam perjalanan ke mahkamah dan dijangka tiba dalam 3-4 minit saja lagi. Ada laporan yang menyebut Saiful tidak akan hadir ke mahkamah hari ini. Laporan itu memetik kenyataan peguamnya, Zamei Idrus.


Helikopter masih terbang di ruang udara.



Kredit : KD

No comments: