Sunday, January 8, 2012

TIGA LETUPAN SEKITAR MAHKAMAH!!! Penyokong DSAI cedera, polis kena siasat segera

KL, 9 Jan 12: Sejurus selesai keputusan kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim, peserta perhimpunan bebaskan Anwar 901 dikejutkan dengan tiga letupan berasingan di sekitar kawasan mahkamah.

Letupan pertama berlaku di perkarangan pintu masuk mahkamah, letupan kedua pula berlaku di kawasan penjaja bersebelahan pencawaang TNB yang mengakibatkan seorang peserta perhimpunan cedera di bahagian tangan kanannya.

Beberapa minit kemudian disusuli dengan letupan ketiga berhampiran Pusat Penjaja Selera Duta.

Bahan letupan dipercayai dimasukkan ke dalam kon polis. Pihak polis menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan PDRM, K-9 untuk mengesan sekiranya terdapat bahan letupan lain yang ditinggalkan di lokasi perhimpunan.

Pada masa yang sama, anggota polis mula mengeluarkan arahan bersurai kepada peserta perhimpunan dengan mengatakan kawasan berkenaan tidak selamat. (IH/The Malaysian Insider)

Sementara itu, laporan Malaysiakini..

11.38am Saksi kejadian yang merupakan seorang peniaga memberitahu tidak nampak apa-apa berlaku ketika letupan berlaku.

11.20am Dua orang dipercayai tercedera akibat letupan sebelum ini.

11.15am Kawasan tempat letupan kedengaran yang ditutup dengan garisan kuning menempatkan tiga kenderaan penjaja dan beberapa buah kenderaan awam lain termasuk motosikal.

Polis membenarkan kenderaan yang diparkir di bawah medan selera keluar dripada kawasan berpagar kuning.

Polis juga membawa dua ekor anjing pengesan untuk memeriksa keadaan sekeliling.

11.10am Orang ramai mula bersurai setelah diarahkan polis kerana keadaan tidak selamat.

11.04am Keseluruhan tiga letupan kedengaran di kawasan mahkamah antara jam 10.15 hingga 10.55 pagi.




Maklumat Diterima, Kereta Eli Wong Exco Selangor Dibom!

Kami baru mendapat berita dari facebook mso yang kereta exco selangor dibom. Minta sahabat beredar dengan selamat. Pihak polis jangan buat bodoh dalam hal ni. Siasat dengan segera jika betul kejadian ni berlaku. -kerabubersuara

Belum ada tanda-tandajelas bahawa pihak polis, pihak kerajaan atau penyokong-penyokong kerajaan terlibat. (IH)

No comments: