Monday, April 2, 2012

AGENDA DISEBALIK ISU MURTAD!!! Murtad dah lama berlaku,kenapa Hasan Ali hanya salahkan PAS dan PR?


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Maka hari ini kita dihidangkan dengan episod terbaru "perjuangan" Hasan Ali "menyelamatkan akidah ummah" dengan pemaparan video murtad menerusi berita2 utama negara. Khabarnya, beliau begitu marah hingga merah padam mukanya dan secara tak langsung, ini dijadikan "bukti kukuh" kononnya semakin lama semakin teruk gejala kristianisasi di Malaysia ini (dan tak lama lagi, pasti dia akan alihkan serangannya itu kepada Anwar Ibrahim dan Khalid Samad. Percayalah).


Sebagai muslim, aku tidak dapat lari dari merasa risau dan bimbang atas kepesatan gejala murtad di Malaysia ini - seolah2nya benda ni menjadi trend baru dalam masyarakat dan merupakan "wabak baru" yg muncul sederas virus H1N1. Soalnya, benarkah begitu?


Benarkah agenda murtad ni baru je muncul dalam sosiomasyarakat kita?


Sejarah telah menujukkan proses Kristianisasi ini telah mula bertapak di Tanah Melayu semenjak penjajahan Portugis 1511 lagi. Sekiranya kita melihat Kota Melaka kita akan dapati disana terdapat banyak gereja-gereja yang dicat warna merah. Itulah tempat batu asas agama Kristian di Malaysia. Di dalam Kota Melaka terdapat satu kubur mendiang ketua paderi Melaka berdiri megah dalam A famosa. Walau bagaimanapun, proses Kristianisasi Tanah Melayu ini kurang berjaya sehinggalah Malaya mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957.

Kemerdekaan Malaya diharap dapat menghapuskan saki-baki gerakan tersebut. Tetapi
peristiwa Natrah menggugat sentimen orang Melayu Islam. Sekali lagi maruah umat Islam tercabar. Peristiwa yang menjadi catatan sejarah penting umat Islam itu amat melukakan hati umat Islam. Tetapi yang menyedihkan apabila kerajaan Malaya ketika itu tidak menjadikannya iktibar untuk memelihara kesucian aqidah umat Islam Malaya. Hari ini kesan tersebut telah mula dirasai, generasi era kemerdekaan tidak dibekalkan pendinding iman yang kukuh, aqidah islam dibalut dek metarialistik, budaya barat disuap kejantung tampuk pemerintahan. Kesannya, aqidah umat Islam mula goyah. Siapakah yang patut disalahkan dalam hal ini? Kerajaan ? Masyarakat? Ibubapa? Guru?

Peritiwa Jamaluddin@Jeshua Othman 1987
merupakan titit tolak kepada dakwah terang-terangan Kristian setelah sekian lama berselindung disebalik dinding gereja. Dalam kes tersebut Jeshua telah mendakwa Menteri dalam negeri kerana telah menyumbatnya dalam ISA atas alasan menyebarkan dakyah Kristian. Sehingga tarikh dia diberkas, enam orang anak melayu telah berjaya dikristian. Dalam dakwaan tersebut beliau menggunakan alasan undang-undang kebebasan beragama untuk melepaskan diri dari lokap ISA. Pemimpin Kristian Melayu tersebut dibebaskan sedangkan ramai pejuang-pejuang gerakan Islam Malaysia ditangkap atas alasan menggugat keamanan beragama. Dalam tahun tersebutlah gugurnya asy-Syahid Ibrahim Libya bersama pengikut-pengikutnya di Memali. Sekarang kita lihat dimanakah keadilan? Dimanakah hak asasi umat Islam? Pendakwah Kristian dibebebaskan dan Pemimpin Islam ditangkap tanpa bicara. Itukah keadilan Malaysia, tanahair kita yang tercinta setelah kemerdekaan, itukah nilai kemerdekaan orang Melayu Islam?

Kita juga tidak dapat melupakan beberapa kes yg agak popular juga berkenaan gejala murtad ini. Kes2 seperti
Aishah Bukhari (1997, terjebak kerana cinta), Hartini Hj Kamaruddin (1996, juga terjebak kerana cinta) dan Azlina Jailani (atau lebih dikenali dengan nama Lina Joy, terjebak juga kerana cinta) menyaksikan betapa gejala murtad ini sebenarnya tidak dibantu oleh kelompongan sistem perundangan dan perlembagaan negara kita sendiri. Mengambil contoh kes Hartini, bapanya yg mempertahankan akidah anaknya yg cuba ditukar kekasih hindu anaknya itu ditahan polis atas dakwaan "menyerang". Kes Lina Joy pula menyaksikan keputusan mahkamah syariah yg menghalang kemurtadan Lina Joy dioverrule oleh Mahkamah Tinggi. Jadi, bagaimanakah ini?

Perlu aku ingatkan yang peristiwa2 ini berlaku JAUH SEBELUM KONONNYA KHALID SAMAD DAN ANWAR IBRAHIM "MEMBENARKAN" KRISTIAN GUNA KALIMAH ALLAH DALAM PENERBITAN DEPA MENGGANTIKAN "GOD". Peristiwa2 ini juga berlaku JAUH SEBELUM KES DUMC. Juga JAUH SEBELUM HASAN ALI BERTINDAK SELAKU PEJUWANG AKIDAH.


Nak aku gali fakta lagi? Jom teliti perkara2 di bawah ini -


- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Jamil Khir Baharom berkata Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010.

- Beliau menyatakan sedemikian ketika menjawab soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yg meminta Perdana Menteri mengemukakan jumlah permohonan murtad penganut Islam & berapakah yg diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.
- Er Teck Hwa juga turut memohon penjelasan daripada kerajaan bagaimana prosedur menangani gejala murtad.
- Dato’ Seri Jamil Khir berkata hanya 168 permohonan diluluskan
- Bagaimanapun mengikut perangkaan Malaysiakini jumlah permohonan sebanyak 686 manakala kelulusan diberikan kepada 135 orang
- Berdasarkan statistik, Sabah mendahului dengan 67 orang manakala Negeri Sembilan 33 orang.
- Tambah Dato’ Seri Jamil Khir lagi, “Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melakukan program & aktiviti bagi mengelakkan gejala murtad terutama di kalangan saudara baru”.
- Menurut Pawanchek Merican jurucakap Persatuan Peguam Muslim “Mahkamah Syariah Negeri Sembilan telah meluluskan 16 kes meninggalkan Islam”.

Apakah maksudnya ini? Ini menunjukkan betapa perkara murtad ini dah berlaku sekian lama tetapi DISENYAPKAN DARIPADA PANDANGAN UMUM. Kes Aishah Bukhari dan Hartini Kamaruddin umpamanya DIRAHSIAKAN DARIPADA UMUM kononnya untuk mengelak daripada rusuhan kaum tetapi hakikatnya? UNTUK MENUTUP KELEMAHAN KERAJAAN TERUTAMANYA KELOMPONGAN UNDANG2 YANG TIDAK MELINDUNGI AKIDAH UMAT ISLAM selaku Agama Rasmi Negara!


Persoalan di sini - takkan tak ada usaha untuk membasmi perkara ini?


Kita teliti dulu kenyataan rasmi Dewan Pemuda PAS Malaysia berkenaan isu ini seperti yg diisukan oleh Ketuanya, Ustaz Nasrudin Hassan pada tahun 2011 yang lalu;


"1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah mengemuka satu kenyataan ketika menjawab soalan lisan daripada Er Teck Hwa [DAP] bahawa Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010. [Er Teck Hwa meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.]

2. Ertinya aqidah ummat Islam sememangnya berdepan dengan isu yang mesti ditangani oleh seluruh ummat Islam tanpa melihat apa fahaman ideologi politik mereka khasnya mereka yang diamanahkan sebagai pemimpin. Isu aqidah adalah Isu utama yang melepasi sempadan politik justeru ia berkait masa depan ummah di akhirat kelak.

3. Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mempunyai Front Bertindak Anti Murtad [Forkad] untuk menangani isu pencemaran aqidah khasnya berkait dengan kes murtad dalam negara kita. Insyaallah Forkad akan terus berperanan khasnya operasi pembenterasan usaha memurtadkan ummat Islam dan operasi pemulihan aqidah bagi muslim yang tercemar aqidah dan keliru terhadap pegangan agamanya.

4. Dewan Pemuda PAS Malaysia bersedia memberi kerjasama dengan semua pihak untuk menjadi benteng mempertahankan aqidah ummat Islam. Komitmen ini selaras dengan dasar perjuangan PAS yang tidak pernah berubah. Justeru itu kita sokong JAIS yang bertindak untuk menyelamatkan aqidah ummat Islam dan kita konsisten dalam perkara ini.

5. Namun dalam masa yang sama, JAIS juga mestilah bermuhasabah malah jika jelas JAIS tersalah langkah, mestilah memohon maaf kepada ummat Islam di atas tindakan mereka meroboh, merantai dan menutup rumah Allah seperti yang pernah berlaku pada Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi, Masjid Kampung Berembang di Ampang, Masjid Fatimah az Zahra' Taman Kosas Ampang dan lain - lain. Begitu juga mengenai tangkapan yang dilakukan ke atas penceramah - penceramah hanya kerana kesalahan tidak mempunyai tauliah sedang JAIS boleh mengeluarkan tauliah kepada penceramah tersebut untuk membolehkan mereka berdakwah.

6. Sedang rumah Allah inilah menjadi "port" untuk memantapkan ilmu dan amal ummat Islam serta penceramah - penceramah inilah pula menjadi "agen" untuk menyelamatkan aqidah ummat Islam dari musibah murtad yang melanda negara.

7. Murtad yang berlaku dalam negara kita mempunyai beberapa faktor pendorong yang ketara. Samaada faktor itu kecil atau besar, ianya perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak khasnya pihak berkuasa negara dan juga pihak berkuasa negeri. Zaman ini adalah zaman yang disebut oleh ulamak sebagai zaman "Riddah wa Laa Aba Bakrin Laha" iaitu : Gejala Riddah dan Tiada Abu Bakar Menanganinya"

8. Sejarah Islam telah melakarkan format tindakan Abu Bakar as Siddiq Rha dalam memerangi murtad di hari pertama musibah murtad ini tercetus. Begitu juga di sepanjang zaman khulafa' ar Rasyidin yang mendapat petunjuk daripada Allah swt. Maka kesimpulan yang diambil oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui mesyuaratnya yang berlangsung pada 13 August 2011 ialah :

a] mendesak Akta Murtad dilulus oleh Parlimen Malaysia dan dilaksanakan dalam negara kita. [ Pada 25 Mac 1988, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi malangnya ditolak. Selepas itu, pada 2 November 1999, Tuan Guru sekali lagi tidak dibenarkan membentang rang undang-undang persendirian untuk mencegah murtad. Demikian juga pada sidang Parlimen yang bermula pada Mac 2006, Yb Salahudin Ayub Ahli Parlimen Kubang Kerian telah mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad. ]

b] mengusulkan agar Kementerian Pelajaran mewajibkan silibus pengajian agama sebagai silibus wajib ambil dan wajib lulus dalam semua jenis dan peringkat sijil peperiksaan.

c] menggesa supaya agensi seperti Pusat Pungutan Zakat, Baitul Maal dan lainnya dapat membuat agihan yang adil dan tepat kepada golongan yang memerlukannya termasuk membantu menaikkan taraf kehidupan mereka.

d] mencadangkan supaya agensi berikut membiayai atau mengeluarkan peruntukan untuk menghantar pendakwah Islam ke kawasan perlu seperti pendalaman, perkampungan orang asal, Sabah dan Sarawak.

e] mendesak supaya pihak berkenaan dan berwajib membuat tambahan pegawai agama di semua sektor agar dakwah Islam dapat digerakkan secara sistematik dalam negara kita.

f] mendesak kerajaan menukar kembali cuti hari Ahad kepada hari Jumaat seperti di negeri Johor dan Perlis sebagai hari kebesaran ummat Islam.

g] mengekang sebarang aktiviti yang melemahkan iman, akhlak dan pemikiran ummat Islam seperti hiburan keterlaluan, pergaulan bebas dan apa jua aktiviti maksiat dan mungkar.

9. Dewan Pemuda PAS Malaysia juga tidak mahu berlakunya pelanggaran hak non muslim yang telah dipelihara oleh syara' seperti menafikan hak mereka melaksanakan aktiviti agama mereka termasuk melakukan pencerobohan terhadap hak non muslim.

10. Ummat Islam mestilah peka dan sensitif dengan sebarang bentuk aktiviti yang boleh merosakkan nilai aqidah dan keperibadian mereka sebagai seorang muslim. Serentak itu menjadi tanggungjawab setiap individu muslim mendalami agama Islam melalui sumbernya yang betul agar keyakinan atau pegangan agamanya tidak mudah tergugat dan tercemar."


Jadi atas alasan apa kita mahu menunding jari ke arah PAS dan pihak PR berkenaan isu murtad ini? Perlu aku imbas kembali bahawa PAS telah beberapa kali membawa usul akta murtad ini di Parlimen. Pada Mac 2006, Hj Salahuddin Ayub (kini Naib Presiden PAS) telah mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad. Malangnya Rang undang-undang itu bukan sahaja tidak dipedulikan oleh ahli-ahli Parlimen Umno malah ditolak mentah-mentah.


Kemudia, beliau sekali lagi mengemukakan usul yang juga meminta Dewan Rakyat mewujudkan undang-undang mencegah murtad seperti meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan peruntukan yang jelas menghalang individu Islam daripada secara bebas mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam. dan Usul itu juga tidak dipedulikan oleh kerajaan dan ahli-ahli Parlimen Umno.


Sebelum itu pada 25 Mac 1988, Tuan Guru telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi ditolak. Selepas itu, pada 2 November 1999, Tuan Guru juga tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.


Jadi bagaimana hendak membasmi gejala murtad kalau hal perlembagaan pun kita fail? Kalau akta yg melindungi akidah umat Islam itu tidak diwujudkan? Melalaklah si Hasan Ali sekuat mana pun, ini akan tetap terus berlaku.


Sebagai menambah perisa dan fakta, mari kita renung kembali
apa yg telah berlaku kepada Tun Salleh Abbas berhubung ketegasannya dalam menangani (dan memelihara akidah) seorang budak perempuan cina yang bernama Suzie Teoh, atau Nur Aini (1990).

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada mahkamah agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.


Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, Tun salleh terpaksa buat perisytiharan berikut, "Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam."


Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Selepas ditanya oleh Tun Salleh, Suzie dalam pengakuannya berkata, "Saya yang arif, kekal dalam agama saya (Islam), saya masih nak nama Nur Aini."


Maka Tun Salleh Abas pun memutuskan bahawa Suzie Teoh telah sah memeluk Islam dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak.
Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

Ini baru betul memperjuangkan akidah. Tak perlu bising memekak dalam press, tetapi guna kuasa yg ada dengan arif dan bijak mengikut peruntukan undang2 yg ada walaupun lompong.


Kesimpulannya, kes murtad ni dah lama. Kenapa baru sekarang nak terjerit2?
Terjah Minda

7 comments:

Anonymous said...

Pendedahan demi pendedahan gejala murtad oleh DHA tak ada gunanya kalau pemerintah yg mengaku Islam tdk mahu melaksanakan hukum Islam berkenaan murtad nih...

Sebaik-baik pencegahan adalah melaksanakan hukum yg telah diperintahkan oleh Allah...

Wallahua'lam...

Anonymous said...

mASAALAHNYA ANON, YANG NAK BUAT HUKUM ISLAM PUN BISING WAKTU NAK PILIHANRAYA SAJA, DAH MENANG TAK BERSUNGGUH NAK BUAT PUN. KALAU DAH W/RAKYAT UNMO KATANYA TOLAK USAHA MENYEKAT MURTAD, KENAPA PAS YANG SANGAT 'PERIHATIN' TU TAK SETUJU DGN PENDEDAHAN HASSAN ALI? ADAKAH PAS YANG 'PERIHATIN' SANGAT TU PUN HANYA BERPOLITIK SAJA? KALAU TAK MASAKAN BEGITU KUAT MENENTANG HASSAN ALI?
SEBENARNYA PAS PUN TAKSERIUS NAK LAKSANA HUDUD, ITU SEBAB CAKAP NAK BUAT KERAJAAN BERKEBAJIKAN SAJA BILA KENA GERTAK DGN DAP.... TERIMALAH HAKIKAT.

Labu said...

Satu ulasan@pencerahan yang amat baik. Namun artikel sebegini baik adakah Hassan Ali akan membaca atau meneliti. Saya tak rasa dia akan baca. Pada dia, apa dia dapat kalau meneliti artikel ni. Bukan boleh masyuk pon... baik dia cari jalan hentam PR... ada jugak sponsor....

Anonymous said...

anon penacacai umporno dok beri komen yang sama . dah meluat nak baca, dah berapa kali dijawab dok guna hujah yang sama. menyemak sungguh.....

komen....komen....takut DAP? fitnah ja bukti habuk tarak. ajak berdebat kecut.

Anonymous said...

Habis tu umno buat apa selama memerintah lebih 54 tahun.. Usahkan nak laksana malah hina dan tolak hukum Islam lagi.. Umno sudah terbukti gagal..

Bagi peluang PAS perintah kerajaan pusat pulak... Sebab belum berpeluang perintah la macam2 boleh kata.. PAS tak mampu la.. Ikut telunjuk DAP la.. dan sebagainya..

Bagi peluang PAS perintah dulu dgn semua orang umno pakat undi PAS.. kalau tak dilaknakan jugak.. Barulah boleh kata macam2..

Kalau kata macam2 dlm keadaan sekarang ni dimana PAS tdk perintah kerajaan pusat.. Ianya hanya sekadar persepsi atau sangkaan semata-mata dan tdk semestinya benar..

Jom tukar..!! PAS ganti UMNO la pulak.. Tengok macamana..

wallahua'lam..

Anonymous said...

PAS mana boleh perintah kerajaan pusat macam UMNO perintah..Kalau PR menang (nauzubillah)..yg akan perintah bukan Hj. Hadi atau Mat Sabun..tapi Abg Anwar..dia dah tentu2 bukan PAS..dia bekas UMNO..isu nama Allah pun dia ambil mudah je apatah lagi isu Murtad ni..siap berfahaman plural agam pulak tu..tapi cerita ni mana org fanatik2 PAS percaya..yg depa percaya..Abg Anwar ni Pemimpin Anugerah Tuhan...ermm

Apa kata p/raya kali ni kita tukar..jangan sokong PR..sokong BN pulak..PRU12 kita dah cuba dengan PR tapi P.Buntar dok macam tu jugak..meh kali ni sokong BN..depa janji nak buat Hospital Pakar kat P.Buntar..takmau ka?..


ASHHH

Anonymous said...

nak berkempen kat sini pula pencacai umporno. meroyan nak minta sokong umno. pirrrrah......