Tuesday, May 8, 2012

DURIAN RUNTUH FELDA!!!! RM 25 000 atau RM 15 000, itupun nak tipu juga ka?

Broommm... Senjata terakhir Najib untuk PRU13 bernilai RM1.6b



Tah macamana tadi aku boleh tertengok Najib Rosmah berucap live dalam TV. TV1 ada live TV3 pun ada live. Bukan setakat tengok tapi mengikuti ucapan Najib Rosmah tu, benda yang memang dah lama aku tak buat.

Kena pulak ngam-ngam Najib Rosmah umumkan 'durian runtuh' untuk warga peneroka. Najib kata yang ni bukan BR1M tapi BROMMM...


Untuk ketua keluarga peneroka, FELDA akan bagi RM5,000 sorang. Tak cukup dengan tu isteri peneroka pun akan dapat jugak RM5,000 sorang dan yang lagi tak disangka-sangka, generasi kedua peneroka pun akan dapat RM5,000.


Katanya untuk bagi durian runtuh bersempena dengan penyenaraian  FELDA Venture Holding (FGVH) tu, FELDA akan belanjakan lebih 1.6billion.


Memang nampak sangat gila babinya Najib Rosmah punya usaha untuk pastikan kawasan penempatan Felda tetap jadi fix deposit untuk umno BN.

Nampak sangat Najib Rosmah cukup tertekan dengan apa yang ANAK dan Mazlan Aliman punya team dah buat. Nampak sangat yang Najib Rosmah cukup risau undi peneroka Felda beralih ke pada Pakatan Rakyat.


Yang lebih hebat lagi Najib Rosmah siap kata takkan halalkan durian runtuh ni kepada "puak-puak yang tak setia kepada kita."


Lepas ni, jangan harap la kut, ANAK boleh masuk ke kawasan FELDA lagi. Aku yakin dengan umpan RM5,000 ni akan ada ramai yang sanggup sekat Mazlan Aliman di tengah jalan, tak bagi masuk ke kawasan Felda.


Tentu ada punya 'samseng kampung dusun' yang sanggup tunggu Mazlan Aliman dengan kayu 3 tengah 2.Cenangau


Tapi bila baca berita di bawah, lain bula ceritanya......

JENGKA, 8 Mei - Bersempena pengumuman yang akan dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) berkenaan durian runtuh Felda, kami cuba membuat anggaran berapa sepatutnya yang diperoleh oleh setiap peneroka Felda. 
 Selepas 360 ribu hektar tanah Felda Plantation dicagarkan kepada Felda Global Ventures Holdings (FGVH) selama 99 tahun, peneroka Felda akan menerima bayaran lump sum RM5.9 billion. Bilangan peneroka Felda di Malaysia ialah 112,635 orang (rujukan: laman web Felda). RM5.9 billion dibahagi kepada 112,635 = lebih kurang RM52,381 per keluarga. 
Kalau peneroka dicampur dengan staf Felda pula, ada kira-kira 220,000 orang. Jadi RM5.9 billion dibahagi kepada 220,000 = lebih kurang RM26,818. Jadi anggaran jumlah durian runtuh sepatutnya antara RM25,000 ke RM50,000
Walaupun begitu, kita merasakan Najib tidak akan mampu memberikan wang sebanyak itu, menunjukkan bahawa sama ada FGVH tidak memberikan wang pampasan kepada peneroka Felda, ataupun wang yang diterima itu "digelapkan" oleh pihak-pihak tertentu sebelum sampai ke tangan peneroka. 
Malah, mungkin juga jumlah itu ada tetapi peneroka tidak akan mendapat wang tunai atas durian runtuh tersebut. Ini kerana ia akan dijadikan saham yang mana akan dibayar semula oleh peneroka menerusi perjanjian sulit Felda dengan bank-bank terpilih. 
Malah, ada yang mendakwa borang perjanjian pinjaman dengan bank yang diedarkan baru-baru ini juga umpama ada "udang di sebalik mee" yang akan menjerat leher para peneroka. 
 Ia terbukti apabila dokumen yang ditandatangani menunjukkan persamaan tawaran share oleh syarikat kepada pekerja dengan kaedah pinjaman bank seperti yang berlaku kepada Titan chemicals, Telekom dan Petronas Chemical Bhd, dimana selepas 6 bulan mereka perlu membayar semula pinjaman bank berkenaan. 
Bayangkan jika jumlahnya RM50,000 hingga RM100,000?. Felda ketika itu akan "lepas tangan" dan yang akan menjadi mangsa ialah peneroka akhirnya. Inilah dia "grand design" yang akan menjerat mereka. Jangan nanti peneroka "menang sorak kampung tergadai".

Inilah sebahagian daripada dokumen perjanjian kosong yang akan menjerat
peneroka felda seluruh negara tidak lama lagi sebenarnya (klik pada imej)



[Dokumen diatas adalah sebagai bukti bahawa para peneroka telah ditipu kerana tandatangan "borang kosong" untuk pinjaman bank bagi memiliki saham FGVH. 
Malah, dalam perjanjian itu peneroka akan dibebankan untuk menanggung segala kerugian dan bersedia untuk menanggung kerugian terhadap semua tindakan guaman, prosiding, tuntutan, permintaan, kerugian serta lain-lain yang berkaitan. Cuba fikir, agaknya bank mana yang boleh bagi pinjaman tanpa cagaran? Maka apa agaknya yang telah Felda cagarkan? 
Sudah pastilah tanah ladang milik peneroka terbabit. Memang asalnya penyenaraian FGVH tidak libatkan ladang seperti yg didakwa, tetapi peneroka akan terjerat pada perjanjian ini apabila mereka gagal membayar pinjaman bank terbabit. Felda akan lepas tangan selepas enam bulan dan siapa yang akan jadi mangsa?. 
Sudah pasti peneroka. Maka apa guna durian runtuh, jika untuk merosakkan mereka].PDO

46 comments:

ALahaI sI LunCAi said...

HE!HE!HE!

APA LAGI YANG HANPA BOLEH BUAT ?

danieyl said...

haloo. jangan nak cucuk. kalau tak ada bn kita org felda dah merempat la. dia org dah bg 15 ribu pun kita org dah bersyukur. pinjaman perumahan pun tak ada faedah. jd buat rumah pun senang. tak mcm org luar bayar faedah dgn bank. nak sambung belajar pun ada tajaan. tanpa faedah jugak. jd apa nak lg. klau pun ada org felda yang sokong pembangkang pun tak byk. dia org tu tak kenang budi. tu yg hidup susah sampai sekarang.

danieyl said...

kepada semua peneroka dan anak serta cucu peneroka. jangan jadi seperti kacang lupakan kulit. ingat macam mana kerajaan bantu anda semua. jangan kerana mulut badan binasa dan jangan mudah terpedaya dengan hasutan orang yang tak kenang budi

Anonymous said...

kita masuk felda kena bayar ler brother daniey bukan free tauuu..kita tengok siapa yang akan kena..bila dah kena esok baru tauuu...hihihihi...menyesal lah itu lah ini lah baru padan muka

Anonymous said...

sekarang ni seronok ler dpt duit itupun bukan semua... bayar ikut peringkat kalau btul btul nak bagi bayar ler semua sekali gus npk sangat takder duit

danieyl said...

memang la bayar tp bukan sekali gus. tp kan bagus felda. memberi harapan dan pekerjaan pada bumiputeta terutama org melayu. jadi tak kan nak lupakan itu semua mcm tu je. ala dulu pun org ckp rugi masuk felda kat ibu dan bapa saya. katanya tu semua tipu. tp akhirnya hidup keluaga saya lebih elok dari mereka semua. jadi saya harap sangat jangan la ada org cuba menghasut peneroka. kesian la pada mereka

danieyl said...

takpela asalkan dapat. daripada org lain yg tak dapat. tak kan nak tamak kut

Anonymous said...

dia bagi 15 ribu ingat bagi sahaja kaa..kalau kita nak pinjam duit kat bank pun kena ada cagaran bukan bank boleh bagi duit macam tu jer....

CUBA FIKIR GERAN NI BOLEH BUAT 2 JER
CAGAR ATAU GADAI...FIKIR FIKIR KAN LAH SAYA GENERASI KEDUA FELDA TAK AKAN TERMAKAN DENGAN JANJI-JANJI NAJIB SEBAB KAMI BANYAK MAKLUMAT BUKAN BOLEH DIPERBODOHKAN MACAM DULU ZAMAN LA NI ZAMAN IT

sham said...

saya duduk di felda sejak 1971..bapa saya tak mempunyai hutang dan kami semua senang sebab duduk felda.tanah 10 ekar dan tapak rumah 1.5 ekar itu benar..jgn jelesss

sham said...

anon - ko dok felda ke?

Anonymous said...

TAK DAPAT PUN TAKPER 15RIBU TU BUKAN BESAR MANA PUN.... BIAR LAH KAMI USAHA TANAH YANG ADA SEKARANG BOLEH MAKAN SIKIT-SIKIT PUN JADI LAH...JANJI TANAH KAMI TIDAK TERGADAI CONTOH SUDAH ADA FELDA SUNGAI BUAYA MASA PILIHANRAYA HULU SELANGOR ADAKAH BAKI JANJI 40RIBU TU MEREKA DAPAT? KALAU ADA INFO SAYA NAK TAHU.....

danieyl said...

generasi kedua ni la yang merosakan pemikiran peneroka. kalau tak suka kat felda jgn la nak jadi anak felda lg. pergi la jadi anak kl. tak sapa nak larang kalau nak keluar felda. kalau nak duduk felda pulak jgn la jadi batu api. tak baik. kita kena sepakat.

danieyl said...

ok. tak nak tak apa. tp jgn burukan org yg pernah berjasa dgn kita. diam je. hak terpulang pd peneroka itu sendiri. setakat ni byk faedah yg diberi oleh felda. bukan masalah. petnah nampak org felda kebuluran dan merempat. tak pernah kan. jadi jgn burukan org lain. tak elok.

Unknown said...

Masuk felda kena bayar?mmgla kena bayar..kena bayar duit untuk habiskan hutang tanah 10 ekar..dan sekarang dah dkt semua peneroka dapat geran..maknanya hutang dah habis..rumah dapat tanah 10 ekar dapat..so kami anak2 peneroka x kesah langsung mak bapak kami kena bayar msk felda..ko ada?

Anonymous said...

BAYAR SETENGAH MAMPUS HUTANG FELDA SAMPAI HABIS PASTU DIORANG SENANG-SENANG NAK GADAIKAN TANAH BANYAK CANTIKKKK...RAMAI GENERASI KEDUA SEMUA MEREMPAT BELAKANG RUMAH MAK BAPAK SEELOK-ELOKNYA TANAH PLANTION TU BAGI KAT GENERASI KEDUA BARU BTUL. TAK RETI RETI LAGI

imelayu said...

ini ler generasi melayu terpelajar masakini.....hanya tahu PHD SESAMA BANGSA SENDIRI...kesenangan orang lain dipertikaikan....sebab itu ler bangsa kita digelar MELAYU.....

Anonymous said...

ape yg hebat sangat dgn felda niiii.. baru dapat 15000 dah kecoh... memang bangang.........

Anonymous said...

gua cakaplu kerajaan tak adil kalau nak bagi x usah kat felda aje bagi semua rakyat samarata

ade tak said...

Lu ape celop. Felda bg guna duit felda.. So utk org felda la dpt.

pakar IT said...

Kalo zaman dulu dh diperbodohkan, xdelaa generasi kedua di zaman IT ni. Mmg banyak maklumat yg boleh kita dapat di zaman IT ni,tp adakah semua maklumat tuh benar dan sahih? Gunakanlah akal dan kebijaksanaan yg ada untuk kita menilai setiap maklumat tersebut.wallahuallam..

low profile said...

Memaki org yg memberi dan menerima duit tuh bukankah lebih bangang?

Anonymous said...

Ikut hang la labu.klu cerdik sgt apa je keje ko skang ni?xde la hebat mana.aku tahu la aku satu opis hang..

Anonymous said...

Itu generasi kedua sekolah tak abis macam ko.aku alhamdulillah tamat u dapat keje di bandar dgn ijazah aku.mak tak bagi tanah pun xpe sebab daampu beli umah sndiri di bandar ni.dulu ko sekolah tak berapa rajin kan?

Anonymous said...

Orang susah hidup jiwanya hasad dan kufur..bia la dia.mmg itu je taraf akal dia takat tu.nauzubillah

anak felda said...

orang memberi kita merasa... orang berbudi kita berbahasa. 15ribu tu yg aku tahu dividen kpf bapa kita tertunggak la.. die kumpul2 bg kat kita warga felda.. mane ada nak cagar tanah 99 thn la.. kalau ye pun dah lebih balik modal dr ape yg warga felda dpt.. smpi anak cucu mkn tak habis.. mcm family aku... tak payah nk kecoh2 sangat.. anak2 yg memekak2 ni bkn tlg bapak kat kebun pon dulu.. makan pon hasil dr felda.. sibuk nak membela konon.. nk hidup memang la kne bayar.. nak free live in forest la.. mkn batu n kayu.. yg kes2 lalu tu warga yg tamak sgt tgk duit.. padan muka.

anak jati felda said...

aku stuju ngan pndapat korg yg mmbggakn nma felda...org yg pkiran cetek je aggap felda ni tipu diaorg..sedar la diri sikit,kalo asal dr felda tu buat la mcm org felda..ni ble da dduk kl.bli rumah kt kl da belagak nk mampos...dulu ko kecik2 pn makan hasil sawit felda jugak,duit felda jugak la buat korg bjaya masuk u..

anak jati felda said...

setuju sgt...

Anonymous said...

Memang skrg tak merempat. Nanti bila saham dah merudum, mau melompat dan merempat. Tungguuu... Ingat zaman kemelesetan belum tiba. Spekulasi dlm 2013 apabila pakar ekonomi dunia menyahstabilkan ekonomi dunia nanti. Mau saham fgv nanti jadi mcm saham RENONG. Fikirkan la. Duit ambik. Tapi jgn terima tawaran saham..

ank felda tok tok said...

wat pe nk btekak..duitnye tk nmpk pn lg..tah2 cite tahyul je tu..bkn leh pcaye sgt..org mnanam tebu dpinggir bibir..mulut mau mnis..tp hati kaudu..

Anonymous said...

kalu korang nak jadi mcm felda sg buaya dan felda XXXX johnson tu.....yg asyik kene con oleh con-man BN.....signlah...jgn dah tergadai baru menyesal....oleh tu....lu fikirlah sendiri....

Anonymous said...

Alhamdulillah org nak bagi amik.. nak pangkah BN sori.. PM siap x halal lagi.. Pi rah... ABU

Anonymous said...

x pelik pun, felda nak bg 15,000, tiap2 tahun felda bg durian runtuh, x de tanah tergadai pun... cuma PM menumpang nama, memancing undi... org2 felda terima je la duit tu, undi nanti ikut suka korg la... yg x dpt jgn nak buthurt sgt...

Anti Pakatan said...

Korang nie dasar lidah bercabang biawak la...dah bagi salah, tak bagi memang la dah salah! Ape yg korang tak puas2 hati lagi nie?

Dey macha, RM 15,000 adalah permulaan...banyak lagi nikmat yang bakal dinikmati warga Felda akan datang...rugi woo aku tak jadi warga Felda...Felda akan jadi setaraf syarikat pertanian multinasional satu hari nanti dan jenama barangan Felda akan setaraf jenama Heinz, Nestle dan Harrison Crossfield!

Dulu korang momokan org Felda langsung tak dapat sesen pun...skrg nie bile kerajaan bagi RM 15,000 (sebagai permulaan) korang meroyan cam babi tak cukup tanah! Pegi jahanam la dengan Mazlan Aliman..die la barua sebenar yang anaiya warga Felda dengan mohon injunksi agar KPF tak joih FGVH...padan muka sape yg dengar cakap die! Ptuih! Aku cabar tuan punya blog approved komen aku nie kalau benar2 anak jantan dan bersikap terbuka dan dewa Anwar ko anjurkan!

saya anak peneroka said...

Assalamualikum semua,
Saya harap kita semua kena fikir positif...saya ni anak peneroka felda jugak..yg nak dpt durian runtuh ni mak ayah kita, kita generasi kedua ni dptlah juga tempiasnya...sepatutnya kita perlu bersyukur...mmg ada anak peneroka yg buat rumah di belakang rumah org tua mereka itu sy tak nafikan, itu hanya segelintir sahaja...tetapi sebagai anak yg telah diberi pelajaran perlulah guna akal fikiran utk memajukan diri jgn asyik nak menempel kat orang tua shj. Apa-apapun sy sekeluarga berterima kasih sgt kpd Felda kerana memberi peluang kpd kedua org tua saya menjadi peneroka. Banyak perubahan yg keluarga saya nikmati. Sy harap semua boleh berfikir secara matang.

Anonymous said...

Kami orang felda gak...BN bg ambik, bukan duit dia, duit kita juga...duit rakyat.Bukan duit poket najib....Dia punyer birtday pun pakai duit kita semua...ribu2 lagi...tapi pangkah jangan sekali2 tuan2...sign..jangan sekali-kali. Tenggok kes2 yg dah berlaku seblm ni. Setengah org kata, kita jangan jadi kacang lupakan kulit. Ini ler pemikiran UMNO nak tenam dlm minda kita generasi Felda. Kita kena faham, BN ni kerajaan, mmg kerja dia dah kena bantu rakyat, apa pulak nak termakan budinya. Dah suruh kita pilih dia jadi kerajaan, mmg le kena bantu rakyat, kerja dia, apa pulak nok terhutang budinya. Nampak sangat ada udang sebalik batu' dgn pemberian tu...Sekarang ni, kita nak bagi kat orang lain plak jadi kerajaan, moga2 lebih baik.UMNO dah lama sangat memerintah, terlampau banyak 'penyakit'....x mampu diubati lagi....Generasi felda x perlu malu2 nak sokong Pakatan...mak bapak kita masuk felda dulu, bukan free, berbayar..kita jangan gadaikan tanah kita kat puak2 musang berbulu ayam ni...nt menang sorak, kampung tergadai. Pemimpin2 UMNO ni kaya raya, diorang peduli apa kat kita...klu jadi sesuatu, harta diorang tak luak, sbb yang digadai tanah kita. kita tu lah tanah sekangkang kera...nak bahagi adik beradik 7/8 org...mehh fikir sama! Diorg yg ckp2 ni bukan org felda, berlakon jadi org felda je...mehh fikir..mehh fikir..mehh fikir..

Anonymous said...

Ada jaminan ke pakatan akan memerintah lebih baik dr skrg..klau tgk cam negara2 yang nak tukar kerajaan ni cam x aman2 pun lepas gulingkan kerajaan yang ada..klau nak pakatan yang memerintah biar la pemimpin tu bersih yang mcm demo bersih laungkan tu konon2 nya...
X nampak pun kemajuan pd negeri yang pembangkang tawan tu...nmpk cam asyik mansuh kan itu mansuh kan ini la...
x takut ke kalau2 bangsa lain yang memerintah cam kat sgpore tu..
rsanya krna felda la org melayu boleh ada tanah sndiri, klau x sampai bila2 pun org mlyu merempat kat negara sndiri..

peduli apa aku said...

anonymous-kamu x pyah la nk meracun fikiran orang lain...apa kamu dapat????tgk info terbaru ni,angkara bersih mcm pukimak 2 pnye pasal,org2 nk g buat umrah,haji da kne sekat...x ke bangang nmenye kalo buat demonstrasi kt tanah suci mekah...bangga kan sgt ambabiga 2...penghasut da perosak bangsa macam kau ni lah yang akan mghancurkan negara...

FSSSB SABAH said...

saya seorang anggota polis bantuan felda (FSSSB) yang bertugas di bandar wilayah sahabat 16 lahad datu sabah.. Sebelum mula berkerja dgn FSSSB dulu kami di katakan ada disediakan kebajikan perumahan.. Dan sampai sekarang sudah hampir 4 tahun saya bertugas.. Saya lihat masalah perumahan untk anggota FSSSB adalah masalah yg tidak dapat di selesaikan.. Sehingga ada sebuah rumah dihuni oleh 4pasang kelamin.. Masalah ini memang sudah lama wujud dan menghantui fikiran setiap anggota FSSSB apabila ada setiap kali pengambilan anggota baru.. Bukankah kami ni juga adalah KAKITANGAN FELDA.. Mengapa kebajikan untk kami diabaikan..?? Kalu tidak percaya dgn apa yg saya katakan.. Cuba panggil wartawan TV3 untk siasat setiap kawasan2 dan pelusuk2 setiap felda lahad datu sabah.. Masalah ini pernah disuarakan kepada org atasan.. Tp jawapan yang di terima amat menghampakan dan mengecewakan kami.. Minta kepada PM untk mengambil berat perkara ini..

bisnes topup said...

kaya org felda macam ni... dapat duit..........

Anonymous said...

Ank Jati Felda : Orang buat baik pon salah. dapat info pon entah dari mana agaknya. nak tanya kenapa semua blog anti-kerajaan ni suka sgt mggunakan perkataan kesat? Islam mengajar yg kita boleh berbuat demikian ker? Tertindas sgt ker kita kat melaysia ni? Aduhaiiii

Anonymous said...

Ye betul..pakatan memerintah lebih baik. Buktinya dah maklum & banyak. Contohya, di kedah, paling bagus UMNO boleh dpt hasil balak 8juta setahun,tapi bila pakatan perintah dapat 80juta. Berapa ratus kali ganda tu. Dulu syarikat2 GLC di kedah, memanjang rugi, tapi sekarang, sudah mula untung. Pelaburan di Kedah antara yg tertinggi di Malaysia sejak pakatan Perintah, mengalahkan 50thn BN memerintah Kedah. Dan banyak skim2 yg diwujudkan oleh Kerajaan Kedah sekarang ni, maleh nak cerita. Yang skim ni bersifat berpanjangan, bukan one-off seperti projek BN bagi duit time dekat pilihanraya. Kalau cari kat surat khabar UMNO,TV UMNO memang tak jumpa benda2 ni. Tapi kita ada otak, baca dua2 belah pihak punye berita, baru boleh buat keputusan sapa kita nak sokong.Yang tu aspek material, apa yang aku paling suke bila pakatan memerintah ialah, banyaknya program agama. Surau & masjid meriah dengan majlis2 ilmu. Dulu masjid Shah Alam yg tesergam indah tu, hanya senyap sunyi, tapi sekarang, penuh dengan org mengaji agama. Kalau di Kedah,tiap2 malam, hampir semua2 masjid & surau, dipenuhi dengan orang mengaji agama. Ini adalah suatu yang sangat indah. Berduyun2 orang mengikuti kuliah2 agama, tanda umat sebenarya amat perlukan tarbiyah jiwa, setelah 50th diterbiyah dengan material oleh UMNO. Ini menakutkan UMNO, bila org belajar agama, org jadi cerdik, kerana agama itu mencerahkan akal, tahu beza mana yang hak, mana yang batil. Jadi pemerintahan Pakatan ini amat baik, dan insyaAllah akan dinikmati oleh semua sekiranya Pakatan dapat tawan putrajaya. Jadi mehh kita sama2 fikir, dan sama2 pakat sokong pakatan.

Anonymous said...

Alahai anak jati Felda...blogger UMNO lagi teruk, hari2 fitnah, maki hamun, kafirkan orang...surat khabar UMNO & TV UMNO hari2 tayang perkara x senonoh, sampai nak tengok pun x lalu. Fitnah sana, fitnah sini, porno sana porno sini...iskkhhhh..kesihan umat!..semoga kita semua diberi taufik & hidayah oleh Allah, dan diselamatkan Allah dari bala ini.

imelayu said...

buat cayangku anonymous......
zaman fitnah sudah datang.......
adakah kamu salah sorang daripdanya..????????
saya bukan penyokong kerajaan(BN,DAP,PAS,MIC,MCA)... PKR (bukan dlm senarai kerajaan).
akal dianugerahkan kpd manusia untuk digunakan jalan yg benar,gunakan untuk kebaikan bukannya menjadi PENCETUS........???

imelayu said...

buat cayangku anonymous......
zaman fitnah sudah datang.......
adakah kamu salah sorang daripdanya..????????
saya bukan penyokong kerajaan(BN,DAP,PAS,MIC,MCA)... PKR (bukan dlm senarai kerajaan).
akal dianugerahkan kpd manusia untuk digunakan jalan yg benar,gunakan untuk kebaikan bukannya menjadi PENCETUS........???

Anonymous said...

Berapa agaknya nilai cagaran tanah felda plantation kepada FGVH selama 99th.Ingat ya selama 99 tahun bukan 99 bulan .Peneroka felda kehilangan hak dan penguasaan kepada tanah serta harta tersebut.Ini bukan bernilai RM 15 ribu seperti yang najib umumkan .Nilainya jauh lebih besar jika dikira hasil yang dijana selama 99 tahun oleh KPF .
peneroka secara nyata kena tipu dengan najib dan penyamun penyamun belaanya .Swajarnya seorang peneroka berhak mendapat tidak kurang dari 500 ribu .Ini jangkaan kasar pembangunan sumber industri penghasilan sumber makanan dunia .
Scara jujurnya peneroka kehilangan hak keatas harta dan tanah didalam FH felda holding .Felda holding sudah tiada dan sekarang sudah ditukar nama baru FGVH.
saya sebagai waris tungal harta dan tanah milik ayah dan ibu saya difelda , walaupun sudah lebih 20 tahun tidak pernah tingal disana .Segala urusan dan pengurusan kebun saya upah .Sebagai ahli perniagaan saya faham sangat soal saham .secara jujurnya memang para peneroka kena tipu .

Anonymous said...

Sian tgk korg ni yg trmkn janji BN....ak ni bljr investment so sdkt sbnyk ak tw risiko n pulngn yg felda bakal dpt...for short term mmg bgs but for long term its worst than u can imagine....msk dlm saham ni bkn senang..ble2 ms boleh jth..skali jth mcm2 trgadai...kalau men saham ni senang n jrng skali rugi,kompem ak da jd jutawan skrng...kpd warga felda yg x join ni..ak ucapkn tahniah sbb korg mempunyai otak utk memikirkan ms dpn...kpd yg join ak hrp sgt xtrgadai tanah korg tu