Tuesday, May 8, 2012

PANAS!!! Dato' Shariff Omar ditawar bertanding Parlimen Tasek Gelugur atas tiket PAS ?

Demam pilihanraya sudah semakin hampir, bahangnya amat dirasai apatah lagi bila Bapa Pengumuman Negara semalam telah mengumumkan 'durian runtuh' untuk peneroka Felda.

Mungkin esok beliau akan umum pula air percuma untuk rakyat 1 Malaysia tetapi air hujanlah... Kih kih kih


Dua hari lalu ketika sharpshooter ziarah Pak Njang Othman di ICU KPJ Perda Bukit Mertajam, tiba-tiba bertemu mantan timbalan menteri pertanian dan industri asas tani, Datuk Mohd Shariff Omar yang juga pernah memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri P.Pinang.


Beliau bercerita tentang beberapa pimpinan PAS telah menemuinya dan menawarkan untuk bertanding di Parlimen Tasek Glugor atas tiket PAS.


Lalu Sharpshooter bertanya "Dato' setujukah? " Beliau menjawab sedang berfikir dan akan pertimbangkan.


Pada 2008, beliau tidak dipilih mempertahankan kerusi parlimen Tasek Glugor dalam pilihanraya umum 8 Mac 2008, beliau juga pernah menafikan desas-desus yang beliau akan menyertai PKR.


Beliau juga tidak dipilih mempertahankan kerusinya untuk memberi laluan kepada menteri kewangan kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bertanding di situ.


Shariff telah berkhidmat di kawasan berkenaan selama 26 tahun - tiga penggal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan tiga penggal sebagai ahli parlimen.


Katanya lagi beliau juga rasa kesal dengan apa yang berlaku pd MP Tasek Glugor sekarang terutamanya kes Pembantunya Hasbi yang ditangkap oleh SPRM kerana memiliki wang tunai hampir 2 juta. Rakyat tahu duit siapa dan rakyat ketawa bila baca tuduhan yang dibuat di Mahkamah.


Beliau juga tempelak umno yang guna isu peribadi menyerang Anwar dan Azmin apatah lagi bila umno gunakan Umi Hafilda, Zahit Mat Arip, Anuar Shaari dan yang lain lagi kerana katanya "mereka-kereka ini tidak ada integriti, rakyat tak percaya cakap mereka" katanya rancak berbicara.


Mungkinkah benar desas desus esok Najib akan mengadap Agong dan akan bubar Parlimen pada 11 Mei 2012? Sama-sama kita tunggu...
SharpShooter

1 comment:

Anonymous said...

SURAT TERBUKA KEPADA CALON UMNO BAGI DUN PMTG BERANGAN, SPU

Sila beri penjelasan ke atas isu-isu berikut:

Isu no 1 melibatkan Omar sebelum jadi calon yang merupakan CEO anak syarikat Perda (Perda Ventures Incorporated Sdn Bhd) dengan satu syarikat proksi yang dibiayai sumber wang daripada seorang bisnessman china Bt Mertajam nama Pua melibatkan wang juta-juta RM dan 30-40 ekar tanah milik Perda di Lunas Wellesly Estet / Bt Tok Alang SPU. Tiada open tender. Semua direct nego. Encik Pua dah panas buntut tapi belum ambil tindakan undang - undang. Projek tak tentu hala. Wang dah habis. Tanah belum dapat tukar syarat.

Isu no 2 iaitu semasa Omar chambering di pejabat peguam Tn A....Z....... caw Tmn Selat (masa itu) dia ada skandal dengan seorang pompuan isteri org nama A..... (kini pompuan tu dah jadi peguam dan miliki firma guaman sendiri maka banyak dapat kes Perda daripada Omar ) . Omar dan pompuan ini pernah ditemui berduaan tanpa baju dalam satu apartmen istana hinggap di Penang milik salah seorang rakan kongsi firma guaman di mana Omar buat chambering masa itu. Omar perlu akui atau nafikan tuduhan ini untuk jadi calon yang bersih.

Isu no 3 mengenai syarikat proksi Omar ini dimiliki atas kertas oleh seorang ex banker nama U..... dan seorang nama A.... dan seorang husband kepada Puan M......yg kerja di firma guaman A......J....& Partners (juga banyak kes Perda daripada Omar) . Melalui syarikat proksi ini mereka akan sapu projek yang boleh disapu. Salah satu syarikat ini nama Asta Gemilang Sdn Bhd yg mana salah seorang pengarah ialah Rohaizat bekas calon umno dulu. Projek depa dapat semua direct nego tanpa open tender.

Isu no 4 ialah ramai kontraktor dan peguam melayu gelar Omar sebagai kaki pau. suka minta duit komisyen daripada kes atau projek ysng dia bagi kepada mereka. Contoh peguam nama Az.... byr RM....... ribu kepada Omar. Ramai tahu dan dah terkena , cuma mereka takut nak tampil dan bersuara.

Semua pertanyaan isu-isu di atas ditujukan khas buat Omar dan minta Omar beri komen dan versi jawapannya. Kalau Omar menipu maka kita akan bongkar kisah dan nama-nama yg terlibat dengan lebih terperinci.

Adakah pemimpin jenis ini yangg rakyat mahu memimpin Tasek Gelugur khasnya dan untuk Pulau Pinang amnya.

Mesti Ubahhhh Ini Kali Lahhhhh