Thursday, May 17, 2012

POLIS MUDA PUKUL!!! Polis tua yang disuruh kawat cam, mana nak dapat cam?


Pemberita: Polis dalam kawat cam 'terlalu tua'

Pemberita yang mendakwa dipukul polis semasa perhimpunan BERSIH hujung bulan lalu dipanggil membuat pengecaman tetapi gagal mengenalpasti penyerangnya.


Selepas meluangkan setengah jam di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Radzi Razak daripada theSun berkata, seramai 20 anggota polis yang dibariskan untuk kawat cam itu terlalu tua.

Radzi berkata, ini berbeza dengan kenyataan saksinya sebelum ini bahawa polis yang memukulnya semua "muda".

Menurutnya lagi, beliau juga sebelum ini meminta polis mencari suspek berusia bawah 30 tahun.

"Saya harap semua ini akan berakhir segera kerana sudah lama pemberita diganggu oleh pihak berkuasa. Kita tahu polis cuma melakukan tugas, tetapi pemberita juga melakukan tugas mereka," kata Radzi.

Radzi berkata, beliau akan dipanggil untuk sesi pengecaman berikutnya pada Jumaat minggu depan.

Hairan, cuba lihat polis-polis yang terlibat di bawah.

Polis yang ramai dan yang mengganas di perhimpunan BERSIH 3.0 tempohari kebanyakannya muda-muda (polis pelatih dari PULAPOL, buktinya, tiada sebarang "paku" di bahu), yang rata-rata umur mereka di dalam lingkungan 20an, tetapi yang dipanggil untuk kawad cam ialah yang tua bangka.

Apa maksud polis bertindak demikian?

Supaya tiada polis yang yang dapat dicam bagi mempastikan pesalah di kalangan anggota polis tidak dapat dikesan?

Kedua, apa yang boleh dipertikaikan sekarang, mengapa pelatih PULAPOL dibenarkan untuk melakukan kerja-kerja polis sekalipun mereka belum ditetapkan di dalam jawatan mereka?

Apakah pembelasahan di BERSIH 3.0 adalah medan bagi polis pelatih ini untuk mendapat penetapan jawatan dan kenaikan pangkat?

Berbagai hal boleh terbongkar, tetpai kebenaran dari Ilahi akan mencerahkan segala-galanya. -GB










1 comment:

Anonymous said...

aku nak tergelak tgk gambar pertama diatas.....tahu kau pedih...tapi kau sembor juga org ramai....haprak punya penjaga keselamatan....opsss sorry...mmg pun penjaga keselamatan.....keselamtan UMNO/BN......lagi satu masa perhimpunan tu...yg dilepas dari kandang adalah lembu2 muda yg garang semacam..tapi masa kawat cam..dikeluarkan kambing2 tua pulak.....hampeeehhhh