Sunday, May 27, 2012

TERKINI!! Majlis Pecah Tanah Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai hari ini


Kerajaan Kelantan hari ini mencatat sejarah sebagai negeri pertama yang akan membina lebuhrayanya sendiri hasil inisiatif kerajaan negeri tanpa perlu bergantung kepada Kerajaan Persekutan yang menganak tirikan cadangannya sejak PAS memerintah negeri ini pada 1990.

Upacara pecah tanah fasa pertama pembinaan lebuhraya baru ini sepanjang 43 kilometer akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat di Machang.


Fasa pertama pembinaan ini dari keseluruhan 73 kilometer dengan empat lorong dua hala bakal memberi impak besar menggerakkan ekonomi negeri ke kawasan Kelantan Tengah dan Kelantan Selatan sebanyak RM4 bilion setahun.


Projek yang menelan belanja RM1.7 bilion itu akan dilengkapi dengan dua hentian rehat dan rawat (R n R), tujuh persimpangan bertingkat, laluan untuk binatang liar serta tidak ada sebarang pondok tol dibina kerana ia lebuhraya tanpa tol pertama dibina di negara ini.


Walaupun bekas Perdana Menteri Abdullah Badawi pernah mengusulkan penbinaan lebuhraya ini semasa pilihanraya umum ke 12 namun ia tidak terlaksana kerana Kelantan kekal di tangan PAS selain ia hanya janji politik semata-mata bagi memancing undi.


Pakej pertama Kuala Krai-Machang akan bermula dari bandar Machang sebagai titik tengah kepada keseluruhan pembinaan menganjur ke selatan di Kuala Krai dan ke utara hingga ke Kota Bharu akan dilaksanakan oleh Menta Construction Sdn Bhd yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.


Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dalam kata-kata aluannya berkata, impian rakyat Kelantan untuk melihat sendiri kerajaan negeri membina lebuhraya untuk rakyat dan laluan khas untuk binatang memperlihatkan betapa Islam sangat adil kepada semua termasuk makhluk Allah yang hidup di muka bumi ini.


Tambahnya lagi, ia sekaligus dapat merancakkan sektor pelancongan dan perindustrian negeri kerana saban minggu jalan raya di Kelantan menghala ke ibu negeri penuh sesak dengan kenderaan pelancong sejauh Singapura semata-mata mahu melihat keindahan dan keunikan negeri Serambi Makkah ini.


Justeru adalah wajar bagi rakyat supaya menyokong usaha pembinaan lebuhraya baru ini dengan menderma sedikit daripada gaji kita untuk merealisasikannya.


Sumbangan boleh dibuat melalui akaun Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd melalui akaun Bank Islam bernombor 3036 01 000 3031.


Sementara itu, Kerajaan Kelantan meminta pihak luar memberi peluang kepada kerajaan negeri membina ‘lebuh raya rakyat’ tanpa mengeluarkan persoalan negatif apa lagi berbaur tidak sihat.

 
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Husam Musa, berkata sebaiknya berdiam diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan negatif berhubung perkara itu.
 
Beliau berkata demikian kepada media semalam ketika mengulas kenyataan Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Fatmi Che Salleh, yang mendakwa pembinaan lebuhraya oleh kerajaan negeri tidak akan berjaya.
 
Pada sidang medianya itu Husam seterusnya berkata, kerajaan negeri telah memilih lima daripada sembilan syarikat yang berhasrat untuk membina lebuhraya ini.
 
“Kita buat saringan akhirnya daripada lima syarikat dan hasil daripada pemerhatian itu, kita telah memilih dua daripada sembilan syarikat yang memohon.
 
“Syarikat ini kebetulan pula syarikat yang terkenal dan mana-mana pihak  yang meraguinya boleh menyemak track recordnya sebelum ini,” ujar Husam lagi.
 
Beliau turut mempersoalkan kenyataan negatif pihak berkenaan, adakah munasabah sebuah syarikat besar tiba-tiba ingin menyerah diri untuk melaksanakan projek yang tidak ada jaminan pembayaran.
 
“Kalau saya adalah pemilik syarikat itu, saya tidak akan menerima projek besar ini yang langsung tidak dijamin pembayarannya.
 
“Kerana dia yakin kerajaan negeri akan membayar berdasarkan strategi yang kita aturkan dengan syarikat berkenaan,” ujarnya.
 
Atas keyakinan itu katanya, syarikat berkenaan menawarkan diri, ia bukan syarikat tepi jalan yang tidak ada pengalaman iaitu Menta Contraction untuk fasa pertama.
 
Jadi katanya, Fatmi boleh menyemak latarbelakang kemampuan syarikat itu sebelum ini.
 
“Pilihanraya dijangka tidak akan diadakan pada tempoh yang terdekat ini, jadi kita ada peluang untuk melihat lebuhraya ini ada progress ataupun tidak,” ujarnya.
 
Beliau turut mengambil contoh Jambatan Sultan Yahya Petra yang pernah disindir akan pembinaannya oleh pihak Umno dan akhirnya dengan sokongan rakyat, ianya berjaya dibina.
 
“Andainya Jambatan Sultan Yahya dianggap satu perkara mustahil, lebihraya ini juga bukan suatu yang mustahil. Sebagai sebuah kerajaan negeri, kita mempunyai cara, kemudahan, untuk melaksanakan projek sperti itu.
 
“Ia akan menjadi tunggak kepada kejayaan pembinaan pembangunan yang lain pada masa akan datang termasuk pendaratan gas dan minyak,” katanya.
 
Menyentuh ada pihak yang membandingkan pelabuhan darat di Kuala Krai dan jambatan di Palekbang, Tumpat yang tidak berjaya dilaksanakan, Husam mendakwa ianya bukan projek kerajaan negeri.
 
Katanya, Jambatan Palekbang dicadangkan oleh sebuah syarikat swasta yang juga bakal memajukan Hotel River View yang ada sekarang.
 
Menurut Husam lagi, Hotel River View telah beroperasi kecuali jambatan kerana telah berlaku kegawatan ekonomi pada tahun 1997, di mana syarikat Ardona dari Pulau Pinang itu telah membatalkan projek berkenaan.
 
“Perkara ini dipersetujui bersama dengan Kerajaan Persekutuan dan ini bukan projek kerajaan negeri, sebaliknya projek swasta,” ujarnya.
 
Sambungnya, berlainan pula dengan projek pembinaan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai yang diusahakan oleh kerajaan negeri, begitu juga pelabuhan darat.
 
Katanya, pelabuhan darat dicadangkan oleh pihak swasta di atas tanah mereka sendiri dan bukannya dari kerajaan negeri.
 
Menurutnya, kegagalan itu kerana masalah kegawatan ekonomi menyebabkan tanah syarikat tesebut terpaksa dilelong.
 
“Kerajaan negeri hanya bekerjasama dalam beberapa perkara khususnya berhubung kelulusan bagi membolehkan pelabuhan darat itu diadakan sebahagiannya pula dari kementerian di peringkat Pusat,” ujarnya lagi.
 
Sambungnya, antara kerajaan dan syarikat suatu yang berbeza.
 
Katanya, pembinaan lebuhraya ini 100 peratus diusahakan dan milik kerajaan negeri.
 
“Tetapi saya tidak mahu berkata apa-apa sekarang, fokus kita insyaallah kita akan buat apa yang dapat dilakukan oleh kerajaan negeri,” katanya.
 
Husam seterusnya menambah, pihak di luar sana diharap memberi peluang pada kerajaan negeri untuk menjayakan hasrat rakyat tanpa sebarang kenyataan negatif.
 
Apa yang penting sekarang ini, jelas Husam peluang amat wajar diberikan pada kerajaan negeri untuk meneruskannya dan bukannya membuat sebarang spekulasi.

4 comments:

Anonymous said...

Gapo kawe nok kena derma pulak? Kawe doh bayar zakat, income tax. Gaji kawe pun cukup-cukup make jah..

Anonymous said...

demo tok sir ikut demo la, kawe nak derma

Anonymous said...

kalu nok dema, derma lah.. takde paksaan kalo tak nak derma.. kat KL neh, highway dibuat mmg tak mintak duit rakyat.. tp bila siap, berpuluh2 tahun ada tol.. haha..

Anonymous said...

baik derma duit utk wat highway yg kte x perlu byr tol dr highway yg kerajaan bina tp kte kne byr tol stiap kali guna..kalo wat kira2 dh byk duit tol yg abis stiap kali dok gne highway free...siap dpt pahala & memudahkan lg..alhamdulillah :)