Tuesday, June 5, 2012

JANGAN TAK BACA!!! Melayu Hilang Hak? Lu fikirlah sendiri….

Add caption
Beberapa minggu lalu aku pergi ziarah seorang kawan aku. Kebetulan masa tu hujung minggu dia pun ada tetamu lain juga, seorang ustaz. Nampak baik dan alim orangnya, tutur katanya lemah lembut. 

Ustaz lah katakan mestilah kena jaga tutur kata. Banyak juga kami sembang termasuk hal-hal politik tanahair. Mulanya aku tak ambik kisah sangat, sembang-sembang biasa je. Lebih banyak mengangguk dan mengiya. Nak cakap lebih-lebih pun tak boleh jugak, baru je kenal.

Ustaz tu memang semangat, apa lagi bila cakap tentang Melayu. Dia kata Melayu perlu sepakat, kalau tidak akan hilang hak dan keistimewaan. Dia sebut juga tentang Perlembagaan dan Hak keistimewaan orang Melayu. 
Dia cukup bimbang dengan kaum Cina yang nampak macam begitu agresif menuntut hak asasi dan kesamarataan. Pada pandangan aku dia nampak macam tak suka dengan DAP. Katanya DAP tu Cina yang agresif dan nak merampas hak Melayu. 
PKR pun dia tak berapa berkenan walaupun ada juga yang dia respek, ada dia sebut beberapa orang yang aku lupa namanya, bekas ABIM katanya.


Menurut ustaz tu PKR ni dikuasai oleh puak-puak liberal. Liberal ni katanya bahaya, boleh memesong akidah umat Islam. Entah, dulu aku belajar juga masa buat degree tentang liberalisme ni. 
Nampak macam lain je dengan apa yang ustaz ni cakap. Seram jugak aku. Takpe lah itu kita share lain kali. Aku tanya jugak tentang PAS. Maklumlah aku minat jugak Abg Mat (Mat Sabu). Ceramah dia lawak tapi banyak juga fakta. Dia kata, saya sokong PAS, dari dulu lagi tak pernah pangkah UMNO, cuma akhir-akhir ini dia kata PAS tu dah lain macam je sejak berkawan dengan DAP. 
Dia kata PAS mula lari dari perjuangan sebenar menegakkan Negara Islam. Dia ceritalah kat aku macam-macam istilah dalam bahasa Arab, tak dapat aku nak tulis kat sini, kerana aku pun bukanlah faham sangat. 
Cuma apa yang ustaz tu cerita sedikit sebanyak masuk juga dalam kepala aku ni. Nampak macam logik dan masuk akal. Tapi aku bukanlah jenis orang yang menerima bulat-bulat apa orang kata.
Mungkin pengaruh belajar di oversea satu ketika dulu memang diajar untuk banyak bertanya. Ingat lagi masa mula-mula balik oversea dulu, pernah juga join usrah sekali sekala. 
Ustaz atau naqib (tak tau lah aku dia tu betul ustaz ke tak, tak ada pulak aku nak check background dia), kurang senang dengan aku yang banyak bertanya. Last-last aku macam disisih dan tak dipanggil usrah lagi. Aku pun malas gak kalau tak boleh argue, terima bulat-bulat macam tu je. 
Sorry man!! Tapi itu dah lama, aku dah tak ikut lagi dah usrah. Masjid tu selalu jugaklah pergi masa free. Kebetulan masjid tempat aku tu agak aktif. Tapi lepas aku kena tarbiyah dengan ustaz tu..chewah!! Betul ke tak istilah aku ni? Aku mula fikir balik la wei. Cuma macam aku cakap aku bukan jenis orang yang terima macam tu je. Apa lagi isu ni macam menarik minat aku.
Kat ofis, aku kawan dengan ramai orang termasuk bukan Melayu, non Muslim. Ada seorang tu memang aku tau dia tu orang DAP. Tapi nampak ok je. Selalu je aku keluar dengan dia. Sesekali dia puji Tok Guru, bagus katanya, tak rasis. 
Aku bangga la sikit dia puji orang Melayu. Malu pun ada, aku tak tau sangat pun tentang tok guru. Abang Mat tu selalu lah jugak dengar ceramah dia hahaha. Suka dia buat lawak. ‘Orang Kelantan semua pakai bomoh sejak PAS memerintah’ kata Abg Mat. So dalam sehari dua ni kebetulan aku ambik cuti, dah penat sangat kerja. 
Aku ambik peluang tu untuk baca dan cari info dalam internet. Hari tu aku pegi Jalan Masjid India, cari beberapa buku dengan kawan aku, dia non Muslim jugak. Ikut aku sekali masuk kedai buku agama kat sebelah Wisma Yakin. Okey je dia.
Di bawah ni aku nak share apa yang aku dapat. Banyak yang aku copy paste dari blog dan laman web lain juga sebab aku tak larat nak tulis panjang-panjang. Kejap lagi nak tengok The Avengers. Kawan aku dah call dah.
1. Jika Pakatan Rakyat memerintah Hak Keistimewaan Melayu akan hilang
Betul ke semudah itu? Setahu aku hak Melayu itu sangat sukar untuk digugat. Ia melibatkan pindaan Perlembagaan yang mana ia memerlukan majority dua pertiga Ahli Parlimen. 
Sekarang ini jumlah Ahli Parlimen ialah 222 orang. Dua pertiga bersamaan dengan 148 orang. Sebelum ini BN (sebelum 2008) sentiasa mendapat majority dua pertiga. Sebab itu mereka dengan mudah meminda Perlembagaan termasuk berkenaan dengan keistimewaan Raja-raja Melayu satu ketika dulu. 
Hak dan Keistimewaan Melayu ini dilindungi oleh Perlembagaan (Perkara 153). Untuk meminda Perkara 153 bukan setakat memerlukan dua pertiga majority dalam Parlimen tetapi juga perlu mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja. Ia memang telah termaktub dalam Perlembagaan tentang Perkara 38 Majlis Raja-Raja.
(1) Maka hendaklah ada suatu Majlis Raja-Raja yang ditubuhkan mengikut Jadual Kelima. 
(2) Majlis Raja-Raja hendaklah menjalankan fungsinya bagi
    (a) memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Jadual Ketiga; 
    (b) mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama diperluas ke Persekutuan secara menyeluruh; 
    (c) memperkenankan atau tidak memperkenankan apa-apa undang-undang dan membuat atau memberikan nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang di bawah Perlembagaan ini dikehendaki diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja atau dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja; 
    (d) melantik anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182; 
    (e) memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum, atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42,dan boleh menimbang teliti soal-soal mengenai dasar negara (misalnya perubahan tentang dasar imigresen) dan apa-apa perkara lain yang difikirkannya patut.
(3) Apabila Majlis Raja-Raja menimbang teliti perkara mengenai dasar negara Yang di-Pertuan Agong hendaklah disertai oleh Perdana Menteri, dan Raja-Raja yang lain serta Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri disertai oleh Menteri-Menteri Besar atau Ketua-Ketua Menteri mereka; dan penimbang telitian itu adalah antara fungsi yang dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut nasihat Jemaah Menteri, dan oleh Raja-Raja yang lain serta Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri itu mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan mereka. 
(4) Tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. 
(5) Majlis Raja-Raja hendaklah dirundingi sebelum dibuat apa-apa perubahan tentang dasar yang menyentuh tindakan pentadbiran di bawah Perkara 153.
2. DAP akan memerintah Malaysia?
Ni kontroversi ni. Isu panas. Rilek la bro, kita tengok dulu fakta. Pada tahun 2008, DAP bertanding 48 kerusi Parlimen dan menang lebih 20 kerusi. Oleh itu bagaimana boleh dikatakan DAP akan memerintah Malaysia. 
Sekiranya DAP memenangi kesemua kerusi Parlimen sekalipun, mereka juga memerlukan 100 lagi kerusi untuk mendapat majority dua pertiga yang membolehkan mereka meminda Perlembagaan.
3. Lagi satu aku juga pernah terbaca dalam satu facebook yang kawan aku share bahawa Lee Kwan Yew berhasrat untuk memerintah Malaysia.
Katanya LKW bersumpah sebelum dia mati dia ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia. Pada aku ini berita paling lawak aku pernah dengar. Nak jadi PM perlu bertanding dan menang pilihanraya. 
Sebelum layak bertanding seseorang itu mestilah menjadi warganegara Malaysia. Untuk menjadi warganegara perlu bertahun-tahun menjadi penduduk Malaysia. Come on la bro.LKW dah umur 80 tahun lebih. 
Baru je tahun lepas kalau tak silap aku bini dia meninggal. Maknanya dia pun mungkin tak lama dah. So macam mana dia nak jadi PM? Lainlah jika Singapore serang Malaysia dan menang baru lah nampak logik LKW boleh jadi PM Malaysia.
OK bro..aku chow dulu. Member aku dah sampai dah..Lu fikirlah sendiri kata Nabil..

3 comments:

Anonymous said...

Sorang lg mangsa perangkap politik perkauman BN,kesian....

Anonymous said...

Wei ko beri fakta salah beb, pada pru12 DAP menang lebeh dp 20 kerusi parlimen!!!

P.Pinag 7 kerusi
Perak 6
Selangor 4
K.Lumpur 5
N 9 2
Melaka 1
Johor 1
Sabah 1
Sawawak 1

Aku tak pandai math, cuba ko tolong jumlah sat, berapa semuanya.

Anonymous said...

Salam Anonymoous 2012 07.57,
Sahabat kita tulis DAP menang lebih 20 kerusi...so apa masalahnya bro..28 adalah lebih dari 20 kan?..opss..lupa la pulak hang tak tak pandai math kan?