Friday, June 22, 2012

JAWAPAN SEBAB PRU TANGGUH!!! Najib takut BN kalah, UMNO tersungkor, Rosmah kecewa


Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menyifatkan Perdana Menteri, Najib  masih belum membubarkan Parlimen kerana takut kalah dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang.

"Pakatan Rakyat sudah lama bersedia menghadapi PRU, sejak 2011. Dah setahun pun, tapi Najib asyik menunda dan mengelak," katanya dalam ucapan di ceramah Merdeka Rakyat dekat Setiawangsa, malam tadi.


Kata Rafizi, Najib beberapa kali menangguhkan tarikh pilihan raya kerana berdepan banyak isu seperti skandal National Feedlot Corporation (NFC) dan himpunan Bersih pada 28 April lalu.


"Najib  nak buat pilihanraya November tahun lepas tapi bila kita jumpa lembu dalam kondo, terus tak jadi.


"Kemudian jangka umum bulan 3 tahun ni tapi dia tengok kita berkumpul lebih 300,000 orang semasa Bersih 3.0 dekat Dataran Merdeka, sekali lagi tak jadi," sindir Rafizi mengundang tawa hadirin.


Terbaru, katanya, perkembangan yang berlaku di Perancis membabitkan kes rasuah kapal Selam Scorpene, menyaksikan Najib sekali lagi menangguhkan hasratnya membubar parlimen.


"Terbaru, ada perkembangan panas yang sedang berlaku di Perancis. Kalau Najib tak boleh tangani akan menyebabkan beliau jatuh terduduk. Itu lagi satu sebab Najib  takut buat pilihan raya," katanya menjelaskan isu Scorpene yang melibatkan perdana menteri dengan tuduhan rasuah serta penjualan dokumen rahsia negara.


Rafizi meramalkan jika Najib masih tidak membuat apa-apa pengumuman berhubung pembubaran Parlimen sehingga hujung Jun ini, pilihan raya bakal berlangsung selepas hari raya iaitu September.


"Najib boleh tunda pilihan raya sampai bila-bila pun dia mahu tapi saya nak nyatakan di sini, tak kira lah apa tarikh pun, kamu dan Umno tetap akan kalah," tegasnya disambut sorakan hadirin.


Hari ini, Perdana Menteri Najib berkata, Barisan Nasional (BN) tidak terikat kepada desakan mana-mana parti politik atau pemimpin termasuk pembangkang untuk menetapkan tarikh pilihan raya.


Beliau yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno berkata mengadakan pilihan raya semasa musim haji juga bukan sesuatu yang baru kerana sejarah menunjukkan ia pernah dilakukan sebelum ini tetapi menegaskan ibadah perlu diutamakan berbanding sebarang urusan lain termasuk pilihan raya.


"Dalam sejarah kita, kita pernah buat pilihan raya masa musim haji. Pilihan raya tahun 1986 kalau tak silap saya. Saya tahu ia pada zaman Hussein Onn.


"Ada ahli jawatankuasa bahagian saya yang kebetulan hendak dicalon menjadi calon pilihan raya tapi saya tak dapat berhubung dengan dia sebab dia berada di Mekah.


"Bila dia balik, dia terima hakikat bahawa dia tak dapat jadi wakil rakyat sebab kalau dia bertanding, dia menang pada masa itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato Onn di sini, hari ini.


Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor.


JALAN PULANG 

6 comments:

Amuraria said...

MAMAT KAKI ELENTONG DEMI KUASA YANG MUNGKIN TERLEPAS ! ABU !

ALahaI sI LunCAi said...

BILA PULAK NAJIB BEBERAPA KALI TANGGUH PILIHANRAYA ? UMUM BUBARPUN BELUM..

HE! HE! HE!..

Anonymous said...

luncai kalau ko nak komen baca dulu. sebab bila ko tak baca , bila komen nampak sangat ko bodoh

ALahaI sI LunCAi said...

KOMEN BAHAN BODOH KENALAH DENGAN CARA YANG BODOH. KALAU AKU KOMEN CERDIK KORANG TAK KAN FAHAM...

HE!HE!HE!

Anonymous said...

CERDIK LUNCAI ADALAH BODOH

Anonymous said...

Biarkan siluncai yg bodoh terjun dgn lembu2nyer.....hihihihihi