Friday, June 22, 2012

NAJIB TERTEKAN LALU MERAPU!!! Perdana Menteri tahun 1986 dikatanya Tun Hussein Onn

Najib tertekan dengan isu pilihanraya musim haji. Cakap pun dah melalut dan merapu. Dia kata tahun 1986 elections pada zaman Tun Hussein Onn (arwah), bukan PM (B) Tun M kah masa tu. Najib fail  sejarah dulu. admin

http://2.bp.blogspot.com/-aqNVxRo_g3Y/T9lJz3rv4uI/AAAAAAAALzM/6Ea7Ly93adM/s320/najib-pening.jpgKUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) tidak terikat kepada desakan mana-mana parti politik atau pemimpin termasuk pembangkang untuk menetapkan tarikh pilihan raya.

Beliau yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno berkata mengadakan pilihan raya semasa musim haji juga bukan sesuatu yang baru kerana sejarah menunjukkan ia pernah dilakukan sebelum ini tetapi menegaskan ibadah perlu diutamakan berbanding sebarang urusan lain termasuk pilihan raya.


"Dalam sejarah kita, kita pernah buat pilihan raya masa musim haji. Pilihan raya tahun 1986 kalau tak silap saya. Saya tahu ia pada zaman Tun Hussein Onn.


"Ada ahli jawatankuasa bahagian saya yang kebetulan hendak dicalon menjadi calon pilihan raya tapi saya tak dapat berhubung dengan dia sebab dia berada di Mekah.


"Bila dia balik, dia terima hakikat bahawa dia tak dapat jadi wakil rakyat sebab kalau dia bertanding, dia menang pada masa itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato Onn di sini, hari ini.


Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
SH

No comments: