Monday, June 18, 2012

JOM KITA BACA!!! Bukti-bukti UMNO pecahbelahkan orang Melayu

Dalam Seerah Nabawiyyah, apabila Nabi Muhammad s.a.w. membawa Islam, mengajak kaumnya meninggalkan sembahan berhala, sembahan kepada manusia, judi, zina, penindasan, dan kezaliman, maka kaum musyrikin Mekah yang didominasi oleh kaum Quraisyh, sebangsa dengan Nabi Muhammad s.a.w., mengatakan Muhammad s.a.w. adalah pemecah belah kaum dan bangsa sendiri. 

Bangsa Quraisyh bertanya apakah kamu Muhammad mahu mengajak kami meninggalkan agama dan cara serta tabiat hidup nenek moyang kami?
Apabila PAS mengajak UMNO meninggalkan sembahan manusia ke atas manusia, melaksanakan hukum dan peraturan Islam, meninggalkan judi, menghadkan arak, menutup pintu maksiat dan kejahatan, berhenti songlap duit rakyat dan harta negara, berhenti menghina hukum Allah, maka orang-orang Melayu UMNO kata PAS pecahbelahkan orang Melayu seperti mana bangsa Arab kata pada Nabi s.a.w. bahawa Muhammad pecahbelahkan bangsa Arab. 

Bangsa Melayu UMNO bertanya apakah kamu PAS mahu mengajak kami meninggalkan agama dan cara serta tabiat hidup nenek moyang kami?

Dalam sejarah Melayu di Malaysia,
  • UMNO pecahbelahkan orang Melayu apabila UMNO ditubuhkan oleh penjajah untuk mewarisi undang-undang penjajah; UMNO memerangi Tok Ku Paloh, Tok Kenali Kelantan Abdul Rahman Limbong Pahang, Tuan Hj Hussin Kedah, Mat Kilau Pahang dan ramai ulama dan pahlawan Melayu yang menentang penjajah.  Orang Melayu yang tidak setuju menjadi talibarut penjajah tidak mahu bersama UMNO. http://albangi.wordpress.com/2011/09/01/learn-unlearn-relearn-sejarah-malaysia/
Lambang UMNO yang penuh dengan simbol  dan falsafah Zionis
 

jom kita baca

4 comments:

ALahaI sI LunCAi said...

HE! HE!

KESIAN PULAK KAT HANG NI. SUSAH PAYAH PADAHAL SEMUA ORANG TAU PUNCA PECAH BELAH UTAMA IALAH BILA HAJI MOHD FUAD KALAH BERTANDING YDP UMNO, MERAJUK DAN TUBUHKAN PAS... YANG LULUSKAN PENUBUHAN PAS IALAH PEGAWAI INGGERIS BERBANGSA INDIA BERAGAMA HINDU...

Anonymous said...

bodoh punya komen fitnah dari luncai

Anonymous said...

Luncai2,ko komen je la,ko kn luncai,anjing kurap je yg percayakn ko....

Anonymous said...

Woi luncai,hj fuad bkn merajuk,tp muak dgn sikap umno yg mgabaikn isu pmurtadan natrah,Judi loteri,kabaret dn lain2.... Ko tau apa?sb 2 la ko dok sokong lg parti maksiat 2