Monday, June 18, 2012

MUHYIDDIN DATANG TABUR!!! Rasuah projek 1.5 Juta di Larut,UMNO tertekan nak kalah



Aku berpeluang meninjau sekitar program Jelajah Janji ditepati yang berlangsung di kawasan parlimen Larut dan Taiping semalam..

Mungkin ada justifikasinya yang tersendiri kenapa kedua-dua buah kawasan Parlimen ini dipilih untuk dilawati Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin dan diumumkan pula pemberian projek jutaan ringgit.

Taiping dipilih kerana ia merupakan kubu kuat Pakatan Rakyat yang sukar ditembusi BN..Parlimen Taiping dan dua Dun di bawahnya telah menjadi milik Pakatan Rakyat pada PRU yang lalu..Hanya satu DUN sahaja di Parlimen Taiping yang dimenangi oleh BN iaitu DUN Kamunting..

Penyandangnya ialah YB Zahir yang juga merupakan exco pendidiikan yang dilantik oleh kerajaan haram BN di negeri ini.Itupun kerana DUN kamunting memiliki Jumlah Pengundi POS yang agak tinggi.

Wujud sebanyak 5 kem tentera yang sudah tentunya akan menjadi factor kemenangan mudah BN.Namun untuk sebuah kawasan separa Bandar seperti ini,kekalahan 3-1 memang cukup memalukan mereka.

Tidak cukup dengan penambahan undi pos yang naik secara mendadak,BN juga telah berusaha untuk menaburkan pelbagai janji kepada masyarakat di kawasan ini pada siri jelajah kali ini.Tujuannya agar pada pilihan raya akan datang mereka memilih BN dan menolak Pakatan Rakyat..

Seterusnya bagi Parlimen Larut pula,pada PRU yang lalu Pakatan Rakyat tewas 4-O di tangan BN.BN memenangi kerusi parlimen Larut dan ketiga-tiga DUN di bawahnya iaitu DUN Batu Kurau,Kubu Gajah dan Selama.

Namun sejak mutakhir ini,memang tidak boleh dinafikan,momentum sokongan masyarakat di kawasan ini terhadap Pakatan Rakyat meningkat dengan begitu drastic sekali dan ianya diakui sendiri oleh pimpinan Umno bahagian Larut.

Dalam setiap program yang dianjurkan PR mutakhir ini ternyata berjaya megundang kehadiran yang tidak pernah menghampakan.Contohnya,beberapa minggu yang lalu PAS kawasan Larut telah berjaya menganjurkan program konvoi raksasa yang telah disertai hampir 5000 orang anak muda.Satu pencapaian yang agak membanggakan biarpun mereka-mereka ini tidak dibayar sesen pun oleh pihak PAS supaya hadir.

Fenomena ini berlaku mungkin disebabkan kewujudan akses maklumat yang meluas dalam kalangan generasi muda di kawasan ini.Ia secara tidak langsung telah berjaya menyuntik satu kesedaran baru kepada mereka untuk membuat perubahan dengan menolak sebuah kepimpinan yang penuh dengan rasuah,penyelewengan dan salah guna kuasa.

Tidak cukup dengan itu,Umno begitu gusar dan tertekan sekali apabila seorang anak jati Larut yang juga merupakan individu yang cukup berpengaruh di kawasan ini telah mengisyhtiharkan kemasukannya ke dalam PAS.Beliau adalah Dato’ Fauzi Shaari yang pernah berkhidmat dalam PDRM.

Jawatan terakhir yang disandangnya sebelum bersara ialah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah(CID) iaitu merupakan jawatan ketiga tertinggi dalam PDRM.

Umno telah menyusun pelbagai strategi bagi memastikan kedudukan mereka di kawasan ini kembali utuh setelah masyarakat di kawasan ini mula beralih sokongan terhadap PR.Salah satu daripada tindakan itu ialah dengan berbohong di media-media seperti RTM dan TV3 kononnya 866 ahli PAS Larut keluar parti dan menyertai Umno.

Mereka fikir dengan mengambil tindakan berbohong itu,sokongan masyarakat di sini terhadap BN akan kembali seperti sedia kala.Tapi tanpa mereka sedari tindakan mereka itu menambahkan lagi kebencian masyarakat di sini terhadap parti itu apabila Dewan Pemuda PAS kawasan Larut berjaya membongkarkan pembohongan tersebut.

Seorang warga emas yang turut serta dalam majlis penyerahan borang tersebut mengakui dalam laporan akhbar Harakah dan Sinar Harian mendakwa beliau telah diupah untuk berlakon oleh Umno BN.Yang sebenarnya,tidak wujud sejumlah yang dinyatakan bertindak keluar PAS dan menyertai Umno.Pembongkaran komplot terancang ini sememangnya cukup memalukan mereka.

Tekanan demi tekanan yang dihadapi Umno Larut memaksa mereka mengaturkan lawatan Second Big Boss Umno ke kawasan ini.Dalam lawatan Muhyiddin ke Larut semalam,beliau telah mengumumkan peruntukan berjumlah 1.5 juta dalam usaha membangunkan infrastruktur dan menaiktaraf pekan Batu Kurau,Larut.

Inilah rasuah politik yang terpaksa dilakukan Umno bagi memastikan kemenangan terus berada di tangan mereka.

Namun tanpa mereka sedari,zaman kejatuhan Umno BN sudah semakin hampir.Buatlah apa cara sekalipun,umumlah berapa juta sekalipun,ia sedikitpun tidak berjaya meredakan kemarahan rakyat di Negara ini yang sudah mula muak dan jelik dengan Umno BN..

Dosa dan pengkhianatan mereka terhadap agama dan bangsa selama lebih 54 tahun berkuasa sememangnya tidak mampu ditebus dan dibayar oleh pengumuman projek jutaan ringgit malah pemberian segunung intan dan emas permata.Dan ini adalah mesej daripada anak muda kepada mereka..Hancur! Hancur! Hancur! BN!!PersepsiKitaBerbeza

1 comment:

Anonymous said...

menang undi dari hasil menipu..bila dah jadi pemimpin suka menipu..rakyat jugak yg jadi mangsa si penipu ni..