Thursday, June 14, 2012

UMNO PENGECUT!!! Takut walaupun rakyat bawa garam dan botol air mineral



DS Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri apabila disoal oleh YB Lim Kit Siang diParlimen hari ini, mengaku secara terbuka bahawa kerajaan ada bukti yang para demontras Perhimpunan BERSIH 3.0 akan menggunakan air botol dan garam sebagai senjata untuk menggulingkan kerajaan UMNO secara kekerasan.. secara revolusi.

Admin tak tahu cara mana nak respon pada jawapan seorang Menteri Kanan UMNO ini.

Nak ketawa kesian nanti kata dia bangang...nak diamkan diri nanti rakyat pula kata kita yang bangang.. nak menangis tak sampai hati.

Inilah mutu dan kualiti yang ada pada para pemimpin UMNO...Dengan botol air mineral dan garam boleh tumbangkan kerajaan yang mempunyai kelengkapan senjata canggih termasuk kapal terbang pejuang, kapal perang dan kapal selam.

Begitu sekali lemah dan longgarnya sistem pertahanan dan keselamatan dinegara kita?.

Mengapa tergamak dan sanggup seorang Menteri veteran mengeluarkan kata-kata sedemikian rupa dalam parlimen?

Sebabnya dia ingat rakyat kini boleh diperbodoh-bodohkan...boleh hina dan perlekehkan kebijaksanaan rakyat.


ENOUGH IS ENOUGH.. CUKUPLAH TU UMNO DIBERIKAN AMANAH DAN MANDAT UNTUK MEMERINTAH NEGARA KITA YANG TERCINTA, MALAYSIA...

1 comment:

Anonymous said...

Esok pegi keje nk bawak botol air mineral dn garam sbb aku nak jatuhkan bos aku yang ego tu hehehe...