Friday, June 8, 2012

UMNO SASAU!!! Konon Kerajaan Selangor tak mampu, hakikatnya takut makan diri


SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengesahkan pembekuan kemudahan pinjaman agensi itu kepada penuntut Universiti Selangor (Unisel) ditarik atas alasan kurang kemampuan kerajaan Negeri Selangor untuk menyediakan pendidikan percuma.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, kemudahan PTPTN yang disekat terhadap Unisel telah ditarik balik ekoran ketidakmampuan Kerajaan Negeri Selangor untuk memberi pendidikan percuma di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) itu.

"Betul (PTPTN telah membatal sekatan bantuan kewangan)," kata beliau dalam kenyataan ringkas menerusi SMS kepada Sinar Harian Online sebentar tadi.

"Kerajaan Negeri Selangor dilihat belum berkemampuan untuk memberi pendidikan percuma yang diuar-uarkan mereka sebelum ini," katanya lagi.

Terdahulu dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, pemangku Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad memaklumkan kepada Sinar Harian bahawa PTPTN menarik semula pembekuan kemudahan pinjaman kepada penuntut-penuntut Unisel tengahari, setelah perbincangan dibuat bersama Ketua Eksekutif PTPTN, Agos Cholan di pejabat PTPTN jam 11 pagi tadi.


Tak payah propaganda

Mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) berharap agar mereka tidak lagi terlibat dalam "propaganda" berhubung isu pinjaman mereka yang sebelum ini disekat oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Siswa berkenaan, ada antaranya yang bercadang untuk berhenti belajar kerana tidak mendapat pinjaman tersebut, hari ini berasa lega dan gembira dengan keputusan PTPTN untuk menarik balik pembekuan pinjaman tersebut.

NONEPelajar daripada Fakulti Seni dan Rekaan yang mahu dikenali sebagai Edy berkata, beliau berasa tenang selepas mendapat tahu berita tersebut.

“Saya gembira. Tenang nak belajar. Tak payah fikir pasal masalah duit. Lepas ini (PTPTN) tak payah nak buat propaganda sangatlah. Kita pelajar," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Katanya beliau bimbang kerana pembekuan pinjaman tersebut akan menjejaskan pelajarannya.
“Jangan nak libatkan pelajar dalam politik. Kami tak nak terlibat,” kata Edy, 18, yang sebelum ini merancang untuk berpindah ke institusi pengajian tinggi lain kerana bimbang tidak mendapat pinjaman.

Beliau mengulas keputusan PTPTN menarik balik pembekuan pinjamannya kepada siswa universiti berkenaan dan juga Kolej Universiti Islam Selangor.
NONESeorang lagi siswa Unisel, Bob, yang berasal daripada Johor berkata, beliau gembira dan bersyukur dan berterima kasih kepada pihak yang prihatin terhadap masalah yang mereka hadapi.

Siswa di Fakulti Komunikasi dan Media itu juga berpandangan bahawa isu seperti ini tidak wajar dipolitikkan.

“Alhamdulillah sebab mereka (PTPTN) masih boleh berfikir lagi. Tak patut politikan benda macam ini. Tapi saya gembira. Apa pun saya masih nak tunggu hitam putih daripada pihak Unisel dahulu,”
katanya.

Pandangan sama disuarakan Kabil, 19, yang berkata beliau dan rakan-rakan lain gembira dengan berita tersebut, walau Unisel masih belum membuat pengumuman rasmi mengenainya.
NONE“Saya sangat gembira dengan berita ini. Saya rasa semua pelajar berasa gembira sebab kami dapat membuat permohonan untuk membuat pinjaman dengan PTPTN.

“Terima kasih pada pihak menteri, Unisel dan semua pihak. Jangan risau, kami akan bayar balik pinjaman ini,” katanya lagi.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata tindakan pembekuan pinjaman PTPTN itu dibuat untuk memberi peluang kepada kerajaan Selangor yang mahu pendidikan di negara ini, termasuk di peringkat tinggi, diberi secara percuma.
Khaled Nordin dalam laporan Utusan Online hari ini berkata tindakan menarik balik pembekuan pinjaman itu diambil ekoran "rayuan dan penjelasan Unisel bahawa ia tidak berniat untuk memberi pendidikan percuma kepada pelajar."
Khaled memutuskan demikian susulan keputusan kerajaan Selangor untuk menggunakan hartanah seluas 500 ekar bagi membantu pelajar yang dalam kesukaran meneruskan pengajian.

4 comments:

Anonymous said...

xde la hebat sgt PR nie.. ingat bleh bagi belajar free.. bukan byk pun, 2 kolej jek..uitm x termasuk.. ipts2 lain yg bukan milik negeri pun x termasuk..tu pun x mampu ker.. apa lg kalau nak bagi free kat satu msia..
agak2 la nak menipu pun..

Anonymous said...

kalau pr perintah malaysia mestilah boleh dilakukan bodoh.. sebab duit kerajaan pusat yang control.. puak umno ni memang lembu

Anonymous said...

Ada gak puak umno bangang nie. Tu mesti tak sekolah tinggi. Dah ckp bila pr memerintah pusat la bangang. Bukan negeri la bangang.. yg sebenarnya puak bein cuak bila mb ckp nak support students tu dgn tanah talam corp. Pr tau pru13 kot mana pun kena buat gak sblm april 2013. So setakat 2 sem tarak halnya. Lepas pr menang pru13 , gerenti Pendidikan percumanya...

Anonymous said...

Tindakan Aww!!No... ni mengingatkan saya cerita budak2 tadika ... bila mana cikgu suruh tolong ambil makanan dan bawa balik ke kelas... untuk dikongsi... budak tu cakap ni makanan semua dia punya... sebab dia kata cikgu yg suruh dia tolong ambil.. . dia x nak bagi orang lain... bila cikgu paksa dia bagi..dia hanya bagi pada kawan kawan yang dia suka saja... lepas tu dia cakap dia yang bagi bukan sekolah yang punya... bila ada baki dia nak bawa balik nak bagi kakak2 dan abg2 dia.. walaupun ramai lagi pelajar dalam kelas tu belum dapat ...sampai ada yang merayu... dia suruh pula pelajar tu beli dikedai dengan duit sendiri.... ini lah perangai Aww!No... sah Aww!No belajar sampai tadika je...tu pun x habis... itulah ilmu yg diamalkan selama 66 tahun... bila dah 66 tahun bukan senang nak ditegur.. malah makin menjadi2.... dia x sedar yang dia dah uzur... x lama lagi comfirm padam..... apake bodoh suruh negri cari duit Sendiri utk selesaikan tgjwb pusat... klu semua negri cari sendiri pusat nak buat apa duit yang dikutip dari semua negri....pusat mana ada negri... nak guna duit pada siapa... comfirm 2x bodoh... mungkin dia ingat Malaysia tu cuma 1je kot ..xkn la Putrajaya,WpL,WpKl tu je yg namanya Malaysia... sah 3x bangang.... soal pendidikan,keselamatan,kesihatan adalah dibawah tgjwb pusat... sbb tu semua hasil negara di beri pada pusat... jangan la tunjuk sangat kalau x pandai nak mengurus... malu la kat pondan2 lain....Aww!!Nooooooo ..tekejut mak!!! ..kalau nak cabar cara yg adil....ha cam ni..WAHAI PAKATAN RAKYAT I CABAR U...KALU U DAPAT TADBIR PUSAT NANTI ..BERI PENDIDIKAN PERCUMA DAN KESIHATAN PERCUMA PADA RAKYAT... I DOA U MENANG... BARU HANG TAU MACAMMANA NAK BELI KAPAI SELAM YG X LEH MENYELAM.... BELA LEMBU KAT KONDO... HAMPA INGAT SENANG.... banyak taik nak kena cuci kat semua negri ada... walahualam......ab-mt