Monday, June 25, 2012

UMNO TAK BOLEH PAKAI!!! Pemimpin rasuah penyokong samseng

1. Umno tidak boleh dipakai lagi sebab pemimpin mereka sudah rosak akhlak. Bila pemimpin di atas rasuah, maka pimpinan bawahan termasuk kakitangan kerajaan juga banyak melakukan rasuah danpenyelewengan. 

Negara akan rosak jika dipenuhi dgn amalan rasuah,ujar beliau. Beliau juga mengingatkan, sekiranya Wakil Rakyat dariPakatan Rakyat menang di dalam PRU akan datang, rakyat diminta tidak mengajaratau mendorong Wakil Rakyat untuk melakukan rasuah. 

"Hindari dari sikap sukameminta yang bukan-bukan kepada Wakil Rakyat, melainkan apa yang menjadi hakbuat rakyat. "

2. Budaya samseng. Semenjakkebelakangan ini budaya samseng telah dibawa oleh Umno di mana banyak programceramah anjuran Pakatan Rakyat diganggu oleh mereka. Provokasi pihak Umnokadangkala sudah melampau sehingga melibatkan kecederaan dan kerosakan hartabenda milik pimpinan Pakatan Rakyat.

3. Media menjadi penaja seks/lucah. “Sekarang kita nampak zamanfitnah keterlaluan, budak-budak kecil dengar cerita-cerita di dalam akhbarberkaitan isu fitnah dan seks yang menjijikkan, mereka ini sudah pandai membacadan bercakap dan mereka akan terikut dengan apa yang ditunjukkan olehakhbar-akhbar dan TV ini.” Videolucah dan fitnah diedar di setiap rumah di mana akan merosakkan akhlakanak-anak remaja”.

4. Pelihara maruah. Rakyat jangan mudah lupa diri dan menggadaikan maruah hanyakerana mendapat imbuhan yang sedikit sementara waktu menjelang PRU. Mereka mesti ingat, imbuhan yang mereka terima amat kecil jika dibandingkandengan hak mereka dan wang rakyat yang telah disapu oleh pemimpin ini.

5. Ulamak Jahat. Ulamak tidak lagi dihormati rakyatapabila Ulamak ini menjual agama mereka demi untuk mempertahankan jawatanmereka. Ulamak dan para Mufti mesti berani menegur sesiapa sahajatermasuk pemimpin negara jika mereka melakukan kesalahan besar yang menyalahihukum Islam.

6. Umno Pengkhianat Raja. 

(1) Tuduhan raja memelihara Babi. Umno mahu raja menyokong mereka dan mereka mahu simpati apabila menjaja ceritakononnya raja mereka telah di hina. 

 “Saya ingin kembali pada awal 80-an, siapa yang awal membawa slogan anti-raja padawaktu itu?” "Mahathir Mamak Kutty", sebab dia sudah merasa kuat. Pernah berlaku di Negeri Sembilan beberapa tahun lalu, “Daraemon” (Isa Samad) telah membuat kenyataanakhbar mendakwa Tuanku Jaafar (Almarhum) telah memelihara babi di Port Dickson. ""Ketika itu orang-orangMelayu marah pada Raja. 

"Hakikatsebenarnya tanah yang dikatakan tempat peliharaan babi tersebut telah dijualoleh Tuanku Jaafar 10 tahun sebelum isu ini timbul". "Pihak Istana telah menjawab isuini, tetapi tidak disiarkan oleh media ketika itu. 

(2) Umno Hina Sultan Terenganu(DiPertuan Agung waktu itu). Kisah bagaimana sekumpulan ahli Umnoyang menyokong Idris Jusoh sebagai MB Terengganu telah menaikkan kain rentangmenggelar Sultan Terengganu sebagai `Natang" (Binatang). "Apa pemimpin Umno buatketika itu untuk membela Sultan Terengganu?"

(3) Raja akan diseret dan dimasukkan ke dalam kawah. Sewaktu isu PindaanPermbagaan tahun 1993, Tunku Harny menceritakan, satu malam lebih kurang jam 11malam beliau telah menerimapanggilan telefon daripada Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar(Almarhum). 

Almarhum Tuanku mengadu bahawa Baginda telah menerimapanggilan daripada seorang Menteri Kanan di Persekutuan yang mengugut jika Tuanku tidak tandatangani Pindaan Perlembagaan ini, mereka akan tiupkanseruling pemberontakan di seluruh negara. Raja-Raja akan diseret kejalanraya dan akan dicampakkan ke dalam kawah.

"Siapakahpengkhianat Melayu dan raja-raja sebenarnya? "Kalauraja-raja Melayu boleh mereka lakukan sedemikian rupa, apa jaminan rakyat biasadan peneroka felda? “PemimpinUmno tidak lagi boleh diberi muka walau satu inci sekalipun”, ujar Tunku Harny.

Topengsiapakah Umno sebenarnya telah didedahkan oleh YTM Tunku Harny. Kiniterpulanglah kepada rakyat untuk menilai sendiri apakah Umno masih releven lagiuntuk menjadi tempat bergantung rakyat di negara ini terutamanya yang berbangsaMelayu dan Islam.

Programmalam tadi telah berjaya menarik tidak kurang dari seribu orang penduduktempatan dan sekitar felda Bukit Goh.

No comments: