Sunday, July 8, 2012

JANGAN TAK BACA!!! Kisah Abdullah Antong, bekas SU DUN PERAK


Saya antara  yang tidak pernah kutuk Abdullah Antong ketika krisis Perak begitu hebat bergolak, saya kenal beliau. Beliau beritahu, sebagai pegawai kerajaan dia tertekan antara mengikut kehendak kerajaan yang haram  atau kerajaan yang dirampas. Kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau hanya mengikut skrip yang diarahkan.

Sepanjang 11 bulan PR memerintah, beliau banyak memberi kerjasama yang cukup baik. Beliau rajin berjamaah Zohor yang diimami oleh Hj Nizar, dan mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Hj Nizar. 

Beliau sering ke pejabat saya dan berbincang banyak perkara. Sebelum PR memerintah, saya tidak pernah mengenali beliau pun, hanya setelah masuk pejabat, beliaulah antara pegawai kerajaan yang awal masuk pejabat MB dan tanya siapa Setiausaha Politik MB, dan beliaulah yang keluarkan surat perlantikan saya atas nama YAB MB Perak, dan ucap tahniah kepada saya.

Apabila Sivakumar, selaku speaker yang sah melantik saya sebagai SU DUN Perak, sidang DUN pertama yang kecoh itu (Speaker diusung keluar), Abdullah Antong setuju, sayalah yang akan menjalankan tugas sebagai SU Dewan, saya sudah bersiap pagi itu, tetapi dipintu pagar lagi sudah dihalang oleh polis sebab tidak ada pas masuk. 

 Pengawal Keselamatan tidak ada masalah untuk membenarkan saya masuk, hari itu yang ambil tugas menjaga pintu pagar pihak polis. Saya tidak dapat masuk dan Abdullah Antong pun menjalan tugas seperti biasa.

Beliau dipindahkan ke Jabatan lain (PTG) beberapa bulan selepas BN merampas kerajaan. Beberapa tahun kemudian beliau bersara.

Saya dapat maklumat beliau berhasrat untuk bersama dengan PAS dan membantu PAS dalam PRU akan datang. Alhamdulillah,saya dapat bersembang dan bersarapan pagi dengan beliau bersama YDP Gopeng. 

Saya ajak beliau untuk hadir dalam program Himpunan Hijau bersama Tok Guru Mursyidul Am di Bagan Serai, beliau setuju hadir tetapi pada hari tersebut, beliau tidak berapa sihat badan. Saya diberitahu, beliau baru sahaja menjalani operation rupanya. Saya memahami masalahnya.

Sekali lagi saya jemput beliau untuk menjadi salah seorang tetamu dalam program Hi Tea bersama Mat Sabu dan pimpinan PAS Perak yang lain. Alhamdulillah, beliau tidak menghampakan jemputan dan hadir pada petang Sabtu 7hb Julai. Turut hadir, Datuk Bahari Jabar, bekas Timbalan Pengarah PTG negeri Perak, dan ramai lagi yang hadir.

Abdullah Antong turut diberi peluang berucap bersama rakan-rakan tetamu yang lain. Ucapannya cukup menyentuh dan diberi laungan takbir oleh orang ramai. Menurutnya, pengalaman berkhimat dengan MB Hj Nizar dan kerajaan PR walaupun 11 bulan tetapi jauh lebih baik, selesa, seronok berbanding dengan kerajaan terdahulu. 

Banyak perubahan yang dibuat walaupun baru 11 bulan, beliau yakin PR mampu buat lebih baik lagi kalau lebih lama memerintah. Beliau juga menyatakan kalaulah UMNO BN baik dan tidak menyeleweng, mengapa perlu bersama PAS. Beliau bersama dengan PAS kerana UMNO BN sudah tidak betul lagi, dan beliau lebih yakin dengan PAS.

Saya diberitahu, selepas desas desus beliau akan meyertai PAS dan hadir dalam program bersama Tok Guru 16 Jun lalu, beliau dikunjungi oleh bekas pegawai tinggi kerajaan Perak seminggu selepas program 16 Jun. (beliau tidak dapat hadir sebab faktor kesihatan). 

Dalam kunjungan ke rumahnya hampir 1 jam itu,  lebih kurang kesimpulannya beliau dinasihati oleh orang itu untuk tidak bersama dengan PAS. 


Tetapi tekad dan semangatnya kuat, beliau hadir ke majlis jamuan teh bersama Mat Sabu dan menyampaikan ucapan.

Selepas berita kehadirannya tersiar dalam blog, ramai yang memuji dan ucap tahniah, yang kutuk dan ugut pun ada juga. Beliau juga menyedari pasti akan ada tekanan dan ugutan ke atas dirinya dan isteri beliau yang masih lagi berkhidmat sebagai guru.


Namun katanya, beliau tetapi istiqamah dan akan bersama dengan PAS untuk tumbangkan UMNO BN pada PRU akan datang. Doakan semuga beliau kekal istiqamah dalam perjuangan
. Misabah
                                         
 Leman Raja Lawak turut hadir dalam menyampaikan ucapan

No comments: