Sunday, July 8, 2012

TERKINI!!! Pemimpin UMNO berebut DUN Chenderoh

Kedudukan Dato’ Siti Salmah (ADUN Chenderoh) kini dilihat semakin tergugat berikutan wujudnya gerakan team UMNO yang tidak mahukan beliau bertanding di DUN Chenderoh pada PRU ke- 13 akan datang. Maklumat yang diterima daripada penyokong – penyokong UMNO yang mahukan tempat tersebut diambil alih oleh kepimpinan UMNO yang lain.

Keluhan penyokong- penyokong UMNO rata- rata tidak berpuas hati dengan sikap Dato’ Siti yang dilihat hanya menunjukkan muka apabila ada majlis- majlis rasmi terutama yang melibatkan Ahli Parlimen serta musim hampir tibanya pilihanraya sahaja.

Kekayaan Dato’ Siti dan ahli keluarganya bukan lagi rahsia di kalangan penyokong- penyokong UMNO tempatan. Projek- projek terutamanya yang melibatkan kerajaan negeri banyak dibolot oleh syarikat- syarikat keluarganya dan kroni- kroninya. 

Malah isu pemberian tanah kerajaan di Kampung Chegar Galah suatu ketika dulu menjadi panas disebabkan sebahagian besar individu yang memperolehi tanah berkenaan terdiri daripada orang luar termasuk dari kalangan ahli keluarganya. Menyedari protes yang dihadapi dari penduduk tempatan senarai penerima tersebut telah dirombak semula dan dibuat pengubahsuaian.

Oleh yang demikian, kini wujud kumpulan yang menjalankan kempen yang terancang bagi memastikan calon lain menggantikan Dato’ Siti pada PRU ke- 13. Antara nama popular yang sedang giat menjalankan kempen ialah Cikgu Zainon (Setiausaha Sulit, Ahli Parlimen Padang Rengas)

Kedudukan beliau di peringkat Parlimen memberikan kelebihan kepadanya untuk mempromosikan diri. Rata- rata penyokong UMNO mahukan beliau untuk bertanding kerana beliau merupakan anak tempatan yang tinggal di Kampung Beluru. Apatah lagi, beliau seringkali akan mewakili Dato’ Nazri Aziz dalam majlis- majlis rasmi apabila Dato’ Nazri tidak dapat hadir.

UPU Beluru merupakan antara UPU yang paling ramai jumlah pengundi di DUN Chenderoh. Cabaran Cikgu Zainon dikatakan terpaksa berusaha mendapatkan sokongan pengundi wanita yang dilihat lebih cenderong untuk menyokong Dato’ Siti Salmah.

Persaingan kedua- dua kem ini semakin sengit di mana pelobi- pelobi mereka sedang bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan sokongan penyokong UMNO.

Terkini… Dato’ Siti tidak berpuas hati dengan program yang dilakukan oleh Cikgu Zainon di Kg. Beluru yang tidak menjemput beliau selaku ADUN dilihat cuba membelakangkan beliau.

Seorang penyokong tegar UMNO dari Chegar Galah yang tidak mahu namanya disiarkan secara peribadi memilih Cikgu Zainon sebagai calon BN yang terbaik untuk bertanding di Dun Chenderoh pada PRU ke- 13 akan datang

TCS

No comments: