Wednesday, July 25, 2012

KAJIAN UUM!!! Buat Mat Bashah dan pengidam jawatan MB Kedah 'hot' terhadap Mukhriz anak Mahathir

http://4.bp.blogspot.com/-UiAWQhGVr38/T3lOp82uEUI/AAAAAAAARbc/UPQP9wpEEMI/s1600/Mukhriz+Mahathir.jpghttp://1.bp.blogspot.com/_P6bgLo1z_aw/SRkPA2eaRgI/AAAAAAAAAEQ/ZpH8t2NyjxI/s400/Mukriz+%26+Tun+005.jpgSatu kajian oleh Universiti Utara Malaysia menyatakan bahawa anak kepada bekas perdana menteri, Mukhriz Mahathir merupakan pilihan ramai sebagai bakal calon menteri besar Kedah.

Kajian yang dibentangkan oleh Prof Madya Dr Rohana Yusof itu dari UUM juga menyatakan bahawa BN lebih berpeluang untuk merampas Kedah dari tangan PAS dalam pilihan raya umum akan datang.


"Rakyat Kedah inginkan seorang menteri besar yang mempau menyelesaikan masalah mereka dan pada masa yang sama rajin menemui rakyat.


"Nada ini secara tidak langsung memberi gambaran ketidakupayaan menteri besar dari kerajaan PAS melaksanakan tanggungjawab yang diharap oleh pengundi," kata Rohana dalam slaid pembentangan kajiannya.


Kajian itu dijalankan ke atas 10,800 orang rakyat Kedah di 36 DUN, yang sebahagian besarnya berusia antara 21 hingga 34 tahun.


Ia membandingkan peluang Mukhriz berbanding tiga lagi pemimpin Umno Kedah – ketua perhubungannya Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, ketua penerangan Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom dan ketua pembangkang DUN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.


Seramai 67 peratus responden Melayu, 78 peratus responden Cina dan 71 peratus responden Melayu memilih Mukhriz, manakala Ahmad Bashah mendapat peratusan kedua terbanyak, masing-masing 13, 11 dan 14 peratus dari setiap kumpulan kaum.


Rohana membentangkan kajiannya itu di program perbincangan anjuran Majlis Profesor Negara di Kuala Lumpur hari ini.


Turut membentangkan kajian di sesi pagi pada program tersebut ialah rektor Universiti Islam Antarabangsa Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid.

4 comments:

ALahaI sI LunCAi said...

MAKNANYA AZIZAN ' BALAK ' DAH BOLEH MULA PACKING BARANGLAH..

HE!HE!HE!

Anonymous said...

ITU KAJIAN UNTUK CALON MB UMNO LA BODO

Anonymous said...

YG KENA PACKING BARANG NAJIB 'ALTANTUYA' DAN KUNCU-KUNCUNYA.......HE!HE!HE!

Anonymous said...

10800 org pendatang asing tanpa izin kut....hihihihihi