Wednesday, July 25, 2012

SOKONG!!! Setpol MB Kedah akan saman blogger UMNO yang memfinah beliau



ALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah menyatakan sokongan agar Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memfitnah dirinya.

Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya berkata, dakwaan kononnya Sanusi ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kes rasuah bernilai RM1.3 juta itu jelas satu fitnah dan agenda politik jahat.

“Nampaknya budaya fitnah yang disuburkan Umno hinggakan tidak peduli tempat dan waktu termasuk bulan suci Ramadan ini.

“Maka kami menyokong agar Sanusi yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang mengadakan fitnah jahat terhadap dirinya itu,” tegas Ahmad.

Ujarnya, tindakan perundangan tersebut penting kerana fitnah yang dilemparkan itu bukan sahaja dilihat untuk memberikan imej negatif terhadap peribadi semata-mata, tetapi juga berangkai sebagai agenda politik jahat terhadap PAS Kedah dan Kerajaan Negeri Kedah.

Terang beliau, pihak terbabit mempunyai agenda untuk mengaitkan PAS Kedah dengan isu tersebut, seterusnya merosakkan kejayaan kerajaan negeri yang dipimpin Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak terhadap kemampuan mengekang rasuah dalam pentadbiran.

“Imej bersih PAS dan Kerajaan Negeri Kedah dari sebarang rasuah menjadi sebahagian beban kepada Umno-BN untuk ke gelanggang PRU-13, maka fitnah ini dicipta dan disebarkan,” simpul beliau.

No comments: