Thursday, July 5, 2012

THE VANCOUVER SUN!!! Siar rencana terbaru kes Scorpene , Najib jadi tumpuan


Satu rencana akhbar The Vancouver Sun pada 3 Julai lalu menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangguhkan rancangan mengadakan pilihan raya umum kes rasuah Scorpene. Rencana ditulis Jonathan Manthorpe itu melaporkan Setiausaha Parlimen Najib memaklumkan pilihan raya hanya akan diadakan selepas tamat mandat lima tahun pada Mac 2013, walaupun sebelum ini sumber dalam Umno mengatakan ia akan diadakan Julai. 
 
Lebih teruk bagi Najib, tulis Jonathan, dokumen siasatan polis Perancis menunjukkan firma pertahanan Perancis, DCNS membayar USD$45 juta untuk mendapatkan dokumen sulit Tentera Laut Malaysia.

“Pembangkang Malaysia berkata jika dakwaaan itu benar, penjualan dokumen sulit yang memberi kelebihan kepada DCNS dalam tender kapal selam itu adalah satu pengkhianatan.

“Masalah Najib yang bertimpa-timpa diberatkan lagi apabila 133 fail hasil serbuan Unit Anti-Jenayah Terancang Polis Kehakiman Perancis ke pejabat DCNS di Paris dibocorkan kepada laman Asia Sentinel.


“Dokumen itu antaranya menjelaskan DCNS bertindak membeli pengaruh melalui orang kanan Najib, Abdul Razak Baginda selepas merasa ketinggalan dengan syariket German, Kockums AB dalam persaingan melobi kerajaan Malaysia.


“Dalam dokumen lain, pegawai DCNS mengatakan bayaran USD142 juta kepada Perimekar akan dibahagikan kepada beberapa individu dan juga parti pemerintah iaitu UMNO,” jelas Manthorpe seperti dipetik.


7 Mei lalu, rencana Manthorpe dalam akhbar utama British Columbia itu melaporkan mahkamah Perancis memulakan perbicaraan kes Scorpene yang kini memasuki peringkat perbicaraan di Tribunal de Grande Instance, Paris.


Kes itu turut dikaitkan dengan Najib dan pembunuhan penterjemah Altantuya Sharibuu dalam skandal berkenaan. ~
keadilandaily

3 comments:

Hamdan Rukun said...

SETIAUSAHA PARLIMEN NAJIB CAKAP PASAL PILIHANRAYA?

BILA BICARA YER..? SUARAM BAYAR JUTA JUTA PADA PEGUAM UNTUK ' CETUSKAN' KES TAPI MAHKAMAH PERANCHIS TAK TAU MENAU. KALAUPUN NAK TIPU BIARLAH PADAN...

HE!HE! INI HANG YANG BODO KA SUARAM YANG PERBODO HANG ?

Anonymous said...

ko la yg bangang luncai, kes ni dah satu dunia tahu.ko masih nak kata mahkamah perancis tak tahu.

ko ingat mahkamah perancis mcm malaysia

Anonymous said...

silunchai masuk bawah tempurung dgn lembu2nyer....biarkan..biarkan......hihihihihi