Saturday, August 11, 2012

KAFIR HARBI!!! Kenyataan Dato' Dr Haron Din serlahkan kecetekan ilmu Fathul Bari dan Abdullah Saamah


SHAH ALAM 12 OGOS : Tidak wujud istilah penggunaan ‘kafir harbi’ selagimana tidak tertegaknya sebuah pentadbiran negara Islam yang sebenar, tegas Datuk Dr Haron Din.

Dr Haron yang merupakan Timbalan Mursyidul Am PAS ketika dihubungi TVSelangor berkata, polemik itu perlu hentikan segera kerana ia ditakuti boleh mencetuskan suasana tidak tenteram dalam negara.

Ujar beliau definisi kafir harbi itu merujuk kepada golongan yang perlu diperangi oleh umat Islam.

Beliau juga mengingati agar mana-mana pihak yang mahu mengeluarkan kenyataan dan melabelkan sesuatu golongan itu agar berhati-hati serta berdasarkan hujah yang kukuh dalam menyampaikan pandangan.

“Kafir harbi ini merujuk kepada golongan yang perlu diperangi oleh orang Islam, saya menegaskan istilah kafir harbi ini hanya timbul dengan sendirinya apabila wujud sebuah pentadbiran negara Islam yang sebenar.

“Dalam konteks ini negara ini masih belum lagi memenuhi ciri-ciri sebuah negara Islam, justeru penggunaan istilah kafir harbi dan sebagainya tidak wujud,” katanya.

Sementara itu, memetik laporan Malaysiakini,Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata tidak perlu mengisytiharkan haram kepada umat Islam untuk menyokong DAP kerana ia hanya berkaitan perbezaan pandangan dalam politik.

Katanya, ia hanya persoalan politik dan bukan berkaitan soal apa yang boleh atau tidak seperti dalam bidang kesalahan jenayah.

Sebelum ini, kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Kelantan, Abdullah Sa’amah, dipetik Utusan Malaysia menyatakan bahawa umat Islam haram menyokong DAP kerana ia menolak Islam dan tergolong dalam kafir harbi.Selangorku

2 comments:

Anonymous said...

Saya kenal siapa Abdullah Sa'amah kerana dia ada masalah mental. Ada di antara fatwa-fatwa beliau adalah ganjil. Orang UMNO memang suka kepada perkara sensasi padahal mereka kurang faham apa itu maksud "kafir harbi".

Dia suka berkata fasal kitab Imam ash-Shafie ....kononnya puak macam DAP adalah kafir harbi. Kalau mengikut istilah itu bererti kita boleh berperang serta MEMBUNUH orang Cina atau Melayu yang berkawan dengan DAP.

Inilah kekeliruan Abdullah Sa’amah dan UMNO , mengguna istilah “harbi” yang tidak kena pada tempatnya. Pertama , untuk mengisytiharkan satu puak sebagai kafir harbi ialah urusan Negara Islam yang akan berperang dengan mereka , bukan pendapat satu puak atau individu.

Sebenarnya Abdullah Sa’amah boleh dikatakan menghasut kerana menghalalkan pertumpahan darah sebagai sentimen perkauman dan patut dikenakan ISA. Maksudnya …halal bagi UMNO membunuh orang kafir harbi macam DAP. Kalau orang Melayu membunuh seorang kafir harbi , maka mengikut perundangan Negara Islam , tidak boleh dikenakan hukuman balas ( hokum qisos ) ke atas si pembunuh kerana membunuh kafir harbi ? Kalau betul-betul UMNO mahu pakai maksud sebenarnya istilah “Kafir Harbi “ bukan sekadar gimik politik mereka boleh membunuh orang-orang DAP.

Kedua , perkata “harbi” itu jelas dan boleh difahami oleh semua ummat Islam di Malaysia. Orang yang menentang Negara Islam , orang yang menolak Hudud , orang yang kata politik suku ugama suka , semua mereka termasuk perkara “harbi” …yang boleh diperangi dan dibunuh. Saya tidak fikir kalau ada orang UMNO akan bertanya orang Cina adakah dia menyokong DAP atau MCA …orang Cina itu patut dibunuh ???? Inilah maksud saya , istilah “kafir harbi” diguna tidak kena pada tempatnya.

Anonymous said...

Saya hendak tambah ulasan tentang Abdullah Sa’amah. Kita boleh semak ceramah-ceramah beliau di YouTube untuk mengenal kenapa dia itu manusia problematik. Antara isi ceramahnya yang menjatuhkan kredibilitinya sebagai guru ugama yang waras. Antara yang dia tuduh :

Anwar Ibrahim melakukan perbuatan liwat dan zina. Tidakkah Abdullah Sa’amah yang ditonjol oleh pihak UMNO seorang tokoh ugama …boleh melakukan perkara QAZAF padahal itu adalah haram ?

Dia tuduh TG Nik Aziz itu mendokong fahaman Wahabbi dan memakinya. Padahal dalam UMNO sendiri ada ramai ulama yang berfahaman Wahabbi , seperti Ustaz Fathul-Bari ?

Abdullah Sa’amah dalam satu ceramahnya mendakwa bahawa dia mendapat arahan daripada PM Najib Tun Razak untuk mengisytiharkan TG Nik Aziz adalah kafir.

Banyak lagi perkara-perkara ganjil tentang tokoh ulama UMNO ini yang panjang cerita kalau disebut di sini.