Saturday, August 25, 2012

KANTOI!!! Koh Tsu Koon nak tutup kes RM100?


Penyakit flip-flop yang menyerang pemimpin Barisan Nasional (BN) kini datang lagi!

Kelmarin cakap lain, tapi semalam tiba-tiba pusing 180 darjah!


Kes cakap pusing-pusing kasi Najib pening ini berikutan pendedahan laporan semalam oleh portal berita The Malaysian Insider bahawa satu emel yang diterima daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengenai usaha mencari peserta sambutan Kemerdekaan ke-55 dari kaum Cina dan India yang dibayar RM100 semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Koh Tsu Koon menafikan ada usaha sedemikian dibuat.


Memetik laporan dari The Star Online hari ini, Koh yang juga Presiden Gerakan berkata sebenarnya peserta yang terbabit itu terdiri daripada anggota Jiran Muda, sayap pemuda Rukun Tetangga yang terletak di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.


Jabatan tersebut terletak di bawah pengawasan Jabatan Perdana Menteri yang diketuainya sendiri.


Sambil menafikan wujudnya emel sedemikian (mahasiswa kaum Cina dan India di universiti tempatan sahaja diberi RM100) Koh bagaimanapun tidak menafikan peserta tersebut diberi makan dan minum serta baju-T sepanjang raptai dan semasa sambutan tersebut yang akan diadakan di dua tempat, Dataran Merdeka pada sebelah pagi dan Stadium Nasional Bukit Jalil sebelah petang dan malamnya.


Polemik tersebut muncul ketika Pakatan Rakyat mula mempersoalkan kewajaran dan rasional pembayaran dilakukan hanya kepada peserta kaum Cina dan India serta menggalakkan penglibatan mahasiswa universiti di beberapa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sekitar Lembah Klang.


Selain itu ia juga menimbulkan persoalan mengapa peserta kaum Melayu tidak diberi keistimewaan serupa sedangkan ada juga peserta kaum terbesar di Malaysia itu yang turut mengambil bahagian dalam raptai yang bermula semalam.


Dijangka sekitar 1000 peserta kedua-dua kaum itu diperlukan bagi membuat formasi bendera dan logo yang mencetuskan kontroversi kerana diciplak dari pelekat kereta perdana menteri Najib  dan lagu tema yang melodinya juga diciplak dari sebuah lagu gospel gereja di Indonesia.


Mahasiswa universiti tempatan masih terbelenggu dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang melarang sebarang pembabitan mereka dalam kancah politik tempatan.


Bagaimanapun mahasiswa yang menuntut di luar negara tidak terikat dengan akta tersebut walaupun Najib sudah meminda seksyen 15 akta tersebut yang membolehkan mahasiswa universiti tempatan berkecimpung dalam politik tetapi mesti mendapat kebenaran Naib Canselor universiti masing-masing.


Persoalannya di sini bagaimana Jabatan Perdana Menteri boleh mengeluarkan arahan sedemikian dan dengan pantas pula menafikannya sedangkan emel tersebut sudah tersebar sejak beberapa hari lalu dan disahkan oleh seorang pegawai jabatan tersebut semalam?


Ternyata dengan acara sambutan kemerdekaan yang cuma tinggal empat hari saja lagi selain isu logo rasmi yang belum dimuktamadkan, BN bakal berdepan kecaman keras daripada rakyat yang kini semakin mempersoalkan satu-persatu tindakan rejim pemerintah itu.


JALAN PULANG

2 comments:

Anonymous said...

so poor...Jalan Pulang are totally very racist mesti kait kan gospel (christian)..why to blame minority religion??i'm being support PR (PKR,PAS,DAP) almost 4years now.its quite clear now for me..i'm very dissapointed :(

Anonymous said...

anon 23:15

dont misinterprete what jalan pulang has written...bdw..buang jauh2 prasangka memburukkan gereja atau kristian..it is juz d melody yang ditiru...its not about d religion itself..=)...nothing to do wif racist.