Thursday, August 2, 2012

MAI BACA!!! Blogger Umno tibai Pemuda Umno Kedah kow...kow..




Pemuda UMNO Kedah tak sedar diri

(Petikan dari blog pro Umno, Mummy Rokiah)

Kedah Pergerakan Pemuda Umno Kedah, Badrol Hisham Hashim telah melahirkan hasrat semoga kepimpinan tertinggi UMNO dapat memberi 8 kerusi calun kepada pemuda dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Mereka telah mencadangkan nama-nama lapan calon kepada ibu pejabat parti yang dirasakan mempunyai kredibiliti, sangat komited dan sering turun padang bersama rakyat dan kononya mempunyai ciri-ciri winnable candidate. Permintaan kerusi tambahan dibuat kononya lagi berdasarkan satu kajian mereka baru-baru ini yang menunjukkan perubahan mood pengundi, yang kini berpihak kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Nampaknya generasi pemuda UMNO Kedah ini masih tak sedar diri, kerja tak buat dok dabik dada nak jadi calun” kata seorang sahabat MR dari Kedah dalam e-mail beliau semalam. Pemuda Kedah kelihatan mandom (bahasa Kedah = lemah) seperti ayam cirit berak kapor. Keberanian mereka tidak sehebat Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR anak muda alat DS Anwar yang bertelor kehadapan. Cuma nasib beliau tidak baik apabila terlalu ghairah mendedahkan maklumat sehingga terperangkap dengan strateginya sendiri dan boleh didakwa mengikut Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia). Sebaliknya maklumat DS Anwar yang konon berkotak-kotak masih disimpan sehingga sekarang.

Berbalik kepada pemuda UMNO Kedah, soal rakan itu lagi, apa kaedah dan sampel kajian yang mereka pakai?. Realitinya hari ini ialah perubahan mood pengundi kepada BN adalah berdasarkan aura kekuatan DS Najib sendiri bukannya kekuatan UMNO Bahagian atau kepimpinan UMNO negeri. Rata-rata 83% bahagian-bahagian UMNO dalam negeri Kedah masih lagi bergolak dan bertokak dalaman mereka. Kencing dah naik haring. Peruntukkan penyelarasan Parlimen yang diamanahkan telah digunakan untuk popularkan diri mereka.


Di dalam situasi kapal hampir karam seharusnya pemuda UMNO Kedah menyerah kepada nakhoda kapal untuk mengemudikan bahteranya. Di dalam kontek ini serah sahaja kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan. Bukannya mendesak atau kata oghang Kedah dok kenen-kenen kot-kot Tok Najib ikut cakap hangpa, awai sikit....

Akhir kalam, sedarlah diri, suluhlah cermin.


PS/ Nasihat tambahan kepada Pemuda UMNO. Untuk menambahkan ilmu sejarah konflik bangsa Melayu dan kaum Cina mohon Pemuda UMNO baca buku terbaru edisi keempat “RED STAR OVER MALAYA” kajian Dr Cheah Boon Kheng yang boleh didapati di Kedai Buku Kinokuniya, KLCC dan MPH. Ianya berkisarkan peristiwa ketegangngan Melayu dan Cina semasa ‘interregnum period’ selama dua minggu 15 Ogos – 3 September 1945. Semoga mendapat kesedaran diri supaya Melayu tidak dibangsatkan.Kedah La

No comments: