Thursday, August 2, 2012

NOW!!!Pusat Pendedahan Maklumat dilancar , Penyamun & Perompak Harta Negara panas


Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mengumumkan penubuhan pusat pendedah maklumat bagi mendedahkan lebih banyak "skandal besar" yang didakwa cuba dilindungi badan berkepentingan awam.

Badan itu yang dikenali sebagai Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Negara (Now) sudah didaftarkan dan akan beroperasi dari Sungai Besi dekat ibu negara.

"Menyedari bahawa tanggungjawab melindungi pemberi maklumat dan menjaga kebajikan mereka tidak akan dipikul oleh kerajaan, saya merasa terpanggil untuk bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan sedia ada dan seluruh masyarakat untuk menubuhkan sebuah badan khusus untuk melindungi dan menjaga kebajikan pemberi maklumat," katanya
.

No comments: