Thursday, August 2, 2012

MINGGU DEPAN!!! Anwar maklumkan Tsunami ke - 2 akan berlaku di Sabah





PETALING JAYA 2 Ogos: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, lebih banyak berita baik akan datang dari Sabah pada pemergian beliau ke negeri itu minggu hadapan.

“Saya akan kembali ke Sabah pada 12 Ogos, dengan kemungkinan lebih berita baik dan kita kena bersedia,” katanya ringkas kepada pemberita pada sidang medianya di Ibu Pejabat KEADILAN, dekat sini hari ini.


Hujung minggu lalu, Ahli Parlimen BN, Lajim Ukin (Beaufort) dan Wilfred Bumburing (Tuaran) meletakkan jawatan dalam parti.Lajim adalah Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ahli Majlis Tertinggi Umno bagi sesi 2009 hingga 2011, bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Pengerusi BN Beaufort, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Ketua Umno Cawangan Kerambai Kebatu.

Wilfred pula merupakan Timbalan Presiden Upko, Timbalan Presiden Angkatan Manah Merdeka, Pengerusi BN Tuaran dan pernah sertai parti Pertubuhan Kebangasaan Pasok Nunukragang Bersatu (Pasok) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).


Kedua-dua mereka menyertai Pakatan Rakyat melalui penubuhan Angkatan Perubahan Sabah dan Pakatan Perubahan Sabah.Penyertaan mereka itu disaksikan Anwar pada majlis pelancaran kedua-dua penubuhan tersebut di Sabah, masing-masing pada Sabtu dan Ahad lalu.

2 comments:

Amuraria said...

RASANYA ADALAH LEBIH BAIK BUAT SERANG HENDAP BILA MUSUH LALAI DARI MENGHEBOH STRATEGI AWAL-AWAL LAGI,TAKUT DIPATAHKAN USAHA BILA MUSUH DAPAT BACA HELAH & RANCANGAN ,MACAM 16 SEPTEMBER DULU JIKA TAK SILAP ! LAST APAPUN TARAK ! MUSUH LAGI CEPAT BERTINDAK BILA DIUAR-UARKAN SENEGARA, ABU !

Anonymous said...

ye betul kata amuraria..bg aku pun elok jgak pakatan buat serang hendap senyap2..pastu terus tawan...fuyoo...ini mcm baru taktik perang politik...biar bn ni ade akal ckit..