Sunday, August 26, 2012

RUMAH TERBUKA MB KEDAH!!! Tiada sambutan menurut blogger UMNO ?





Oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

(Wartakedah.net)

ALOR SETAR – Kemeriahan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar pada tahun ini amat terasa apabila menerima kunjungan orang ramai di luar jangkaan, dianggarkan lebih 40 ribu menghadirinya.


Jika sehari sebelum (Jumaat) sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar hujan di bumi Kedah begitu lebat dan berterusan selama sehari. Namun, dengan izin dan kurniaan Allah, pada hari Sabtu, cuaca amat baik tidak mengahalang rakyat Jelapang Padi menziarahi kediaman rasmi Menteri Besar ini.


Malah, kesesakan lalulintas juga tidak menghalang mereka untuk berkunjung ke rumah terbuka ini. Ada di kalangan mereka yang sanggup berjalan sejauh lima kilometer untuk ke Seri Mentaloon.



Orang ramai dari pelbagai kaum mula membanjiri Seri Mentaloon seawal jam 9 pagi walaupun masa yang dijadualkan bermulanya majlis sekitar 11 pagi bagi membuktikan kesejahteraan di kalangan rakyat Kedah. Walaupun terpaksa berasak-asak mereka tetap gembira dan berpuas hati kerana dapat berkunjung ke kediaman pemimpin yang dekat di hati rakyat. Hidangan yang disajikan juga disediakan seawal pagi untuk tidak membuatkan orang ramai menunggunya dengan lebih lama.

Majlis yang berlanjutan sehingga 5 petang menyediakan pelbagai menu makanan seperti nasi dagang, sate, murtabak, laksa, soto, lontong, bihun sup, mee goreng mamak, tapai, koey teow kerang, keropok lekor, kuih raya, buah-buahan, ketupat dan rendang dan lain-lain.


Seperti tahun-tahun sebelum ini, pihak penganjur memastikan makanan yang disediakan mencukupi dengan kehadiran orang ramai yang di luar jangkaan.


Kemeriahan majlis turut diserikan dengan keberangkatan Tunku Bendahara Kedah (Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah), Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Bendahara Kedah serta Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.


Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri turut hadir bagi memeriahkan majlis ini sekaligus rakyat Kedah dapat melihat dengan lebih dekat pemimpin-pemimpin mereka.


Rata-rata pengunjung yang setiap tahun datang majlis ini merasakan tahun ini adalah yang lebih meriah dan mereka berpuas hati dengan layanan serta keadaan suasana yang terkawal sepanjang berlangsungnya majlis ini.


Para petugas juga tidak kenal erti penat lelah untuk melayan serta menyambut tetamu yang tidak henti-henti mengunjungi rumah terbuka ini.

Rumah terbuka tidak meriah jika tidak diserikan dengan kegembiraan dan keriuhan kanak-kanak untuk mendapat duit raya. Maka, pihak penganjur menyediakan puluhan ribu ringgit untuk diberikan kepada kanak-kanak.

12 comments:

Anonymous said...

blogger umno ni, kalau nak menipu pun, patut-patutlah. setelah pas membisu pasal isu murtad, mestilah orang kristian dan paderi akan datang ke rumah terbuka pemimpin pas bagi menunjukkan tanda terima kasih mereka kepada pas.

Anonymous said...

orang syiah pulak, diaorang tak nak datang rumah terbuka pemimpin umno sebab pemimpin umno ahli sunnah. mereka confirm akan datang ke rumah terbuka pemimpin pas. sambil beraya, boleh diaorang bertukar-tukar fikiran pasal mana nak dapat rotan untuk sebat badan sendiri masa perayaan karbala nanti.

Anonymous said...

tu tak termasuk lagi penganut agama dan sami buddha. selepas tok guru membina patung buddha terbesar di asia tenggara di kelantan, mesti diaorang pun akan datang rumah terbuka pemimpin pas. lepas tu, bila perayaan agama buddha, orang pas pulak datang ke tokong buddha. ini bagi mempromosikan slogan 'pas for all'.

Anonymous said...

wah... ramainyer. ada konsert lagu 'putrajaya' daripada muslimat pas tak?

Anonymous said...

Ketiga-tiga anonymous di bawah ni penuh dengan prasangka,tuduhan melulu dan hati berpenyakit yang bersarang dengan hasad dengki . Kalau tak ramai orang ,kata majlis tak ada sambutan,bila ramai orang datang kata yang bukan-bukan . Inilah rupa Melayu totok yang bangkrup idea da kaya dengan sifat mazmumah.

Anonymous said...

apa,ingat macam program Umno ke ada konsert

Anonymous said...

teruk betul lah muslimat pas ni. masa perbicaraan anuwar, diaorang buat konsert nyanyi lagu 'putrajaya'. masa raya, diaorang tak buat pulak. kalau macam ni, lebih baik aku datang rumah terbuka pkr. mesti ada konsert macam bertam nite hari tu. syok woo... konsert bertam nite. kalau tak percaya, cuba tanya ustaz pas yang hadir hari tu.

XUMNO said...

Wahai ahli2 parti syaitan, tak usahlah tunjukkan perangai iblis dalam komen anda. Tempat yang layak bagi hang semua ialah dalam lubang2 jamban.Jadi jangan menyibuk dalam upacara PAS.

Anonymous said...

komen mcm budak x sekolah.. prejudis x abis2.. menampakkan kebodohan dan kedangkalan dalam berfikir.. harap2 anda mendapat hidayahNya. Jauhkan diri dari prasangka buruk.

Anonymous said...

hanya sorang je pencacai umporno yg komen. orang yang sama, dapat upah untuk komen di blog ini. bila komen nampak ketara banggangnya

Anonymous said...

usah dilayan lembu2 UMNO/Bn tu...lepas die makan rumput kala biru karat....blah lah dier tu.....hihihihihi

Anonymous said...

setakat sokong parti syaitan,x yh memekak la kt sini BN oiiii