Saturday, August 11, 2012

UMNO SABAH TERUS PARAH!!! Kepimpinan UMNO Silam berpecah dua


Kepimpinan Umno Silam berpecah dua antara kumpulan Ketua Umno bahagian, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur dengan bekas ketua, Mohd Yusuf Apdal.

Bagaimanapun, perpecahan ini tidak membabitkan ahli parti, kata Mohd Yusuf yang juga adik kepada menteri pusat, Mohd Shafie Apdal.


Mohd Yusuf kalah kepada Datu Nasrun dalam pemilihan jawatan ketua bahagian 2008.


“Kita tunggu hari pencalonan, jika saya tidak bertanding, penyokong-penyokong saya akan kecewa. Bagaimana saya hendak mengawal penyokong-penyokong saya.


“Mereka mahukan saya bertanding tidak kiralah kerusi Parlimen atau salah satu kerusi negeri dalam Parlimen Silam ini.


“Kalau kerusi negeri berilah satu antara DUN Kunak, Lahad Datu mahu pun Tungku,” kata Mohd Yusuf.


Bagaimanapun, menurutnya masih ada jalan untuk menyelesaikan perpecahan antara beliau dengan Datu Nasrun.


Mohd Yusuf mencadangkan beliau dan Datu Nasrun dicalonkan bertanding dalam pilihan raya umum ke 13 ini.


Mahu bertanding


“Kalau saya dan Datu Nasrun dicalonkan tidak kiralah sama kerusi Parlimen atau negeri, masalah antara saya denganya akan selesai,” tambahnya.


Namun, Mohd Yusuf memberi jaminan seandainya namanya tidak dicalonkan bertanding, beliau akan tetap menyokong calon BN atas semangat parti.


“Saya tidak ada masalah untuk menyokong Datu Nasrun tetapi saya tidak boleh mengawal penyokong-penyokong saya.


“Bagaimana saya hendak mengawal mereka,” katanya.


Mohd Yusuf mendakwa sebahagian besar ahli dari kalangan Bugis dan Bajau di Silam merupakan penyokongnya.


“Mereka semua mengundi saya,” tambahnya.


Mohd Yusuf berkata, walaupun ada jawatan tetapi tidak ada peluang menyebabkan orang berkenaan tidak akan bekerja untuk parti.


Katanya, pemegang jawatan jika tidak menjadi calon mereka mudah terpengaruh untuk tidak melakukan kerja-kerja untuk parti.


Datu Nasrun umumkan calon


Baru-baru ini Datu Nasrun mengumumkan senarai calon pilihan bahagian itu untuk kerusi Parlimen dan ketiga-tiga kerusi DUN.


Bagaimanapun, pengumuman yang dibuat oleh Datu Nasrun itu dikatakan tanpa mendapat restu sebilangan AJK Umno berkenaan.


Datu Nasrun dikatakan mencadangkan namanya sendiri, Aljen Johnny, Amat Kaoh dan Rahman Kassim sebagai calon ADUN Lahad Datu.


Manakala bagi DUN Tungku, Nasrun mencalonkan Suhaili Mohd Said, Mohamad Serangit dan Mizma Apehdullah.


Bagi DUN Kunak, Nasrun telah mencalonkan Nilwan Kabang, Bernama Kauluh, Herman Rahim dan Jasa Rauddah.


Bagi Parlimen Silam, Nasrun menggugurkan nama Salleh Kalbi sebaliknya mencalonkan dirinya sendiri (Nasrun), Mahil Kamaruddin, Saleha Abdul Wahid dan Ali Andu Injil.


Bagaimanapun, Datu Nasrun sebaliknya menyangkal dakwaan itu.


“Ini adalah suara 95 peratus daripada ahli jawatankuasa bahagian Umno Silam, bukan keputusan peribadi saya walaupun saya adalah Ketua Bahagian,” tegas beliau.

3 comments:

Anonymous said...

ek ele..kalu pun suara ajk yg pilih...faham2lah sendiri.....jgnlah semua nak bolot.....gila kuasa punya org.....awk berbincanglah dgn ajk2 awk tu....kalu ajk2 pun tak boleh nak kawal apatah lagi nak kawal daerah atau negeri......hampeeeehhhh

Anonymous said...

statment bodoh.... tak de guna jadi pemimpin tetapi tak boleh kawal ahli2 sendiri.... bangang....

Anonymous said...

sangat merbahaya bila seseorang itu menawarkan diri untuk memiku amanah atau tanggungjawab seperti untuk menjadi calon YB.
Islam tidak membenarkan perkara ini diakukan kerana ianya mendatangkan musibah di kemudian hari