Monday, September 3, 2012

PEMIMPIN UMNO MENGAKU!!! Untung RM 5 juta, beli tanah orang Melayu jual kepada pemaju

NONEIsu dua pemimpin Umno di Pulau Pinang yang dikatakan telah mengaut jutaan ringgit keuntungan daripada penjualan plot tanah Melayu di Balik Pulau empat bulan selepas membelinya, kini bernada perkauman.

Timbalan Ketua Perhubungan Umno negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir (kiri) membidas Ketua Menteri Lim Guan Eng, dengan memanggilnya "rasis" kerana mensasarkan beliau dan pengarah strategi pilihan raya negeri, Omar Faudza berhubung penjualan tanah tersebut.

Musa, yang juga merupakan ketua Umno Bukit Mertajam, berkata Lim tidak akan mensasarnya seandainya beliau seorang ahli perniagaan Cina.

Musa berkata, beliau boleh katakan bahawa ramai pemaju yang menyokong DAP telah membeli tanah di Pulau Pinang, tetapi bertanya mengapa Lim hanya mensasar Umno.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini, Musa berkata Lim berbuat demikian kerana dia tidak senang melihat Melayu melakukan lebih banyak perniagaan.

Musa dan Omar telah mengaku membeli plot tanah seluas 10 ekar daripada 31 penduduk Melayu di Kampung Terang pada harga RM8.6 juta.

NONEMereka kemudian menjualanya kepada pemaju swasta pada harga RM13.5 juta.

Bagaimanapun, mereka menafi menjual tanah itu untuk mendapat keuntungan cepat, tetapi berkata mereka dipaksa berbuat demikian kerana syarikat mereka telah "disenaraihitamkan" oleh kerajaan negeri.

Musa menegaskan demikian sebagai mengulas kenyataan Lim yang mempersoalkan mengapa pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow didakwa membisu berhubung isu tersebut, sambil menuduh dua pemimpin Umno itu  bertindak sebagai "broker" penjualan tanah tersebut. Malaysiakini

1 comment:

Anonymous said...

Itu dia pejuang Melayu Menggadaikan Melayu dan Memperbodohkan Melayu. Tak rugi depa menyalak ke hulu dan hilir memperjuangkan Melayu dapat gak Pejuang Melayi RM5 juta.