Monday, September 3, 2012

UMNO TUDUH DAP ANTI MELAYU!!!! Tapi Prof Dr Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi pula sertai DAP

JOHOR BAHRU - Sepasang suami isteri yang memiliki latar belakang akademik tinggi mengambil keputusan menyertai DAP bagi membuktikan parti berkenaan adalah untuk semua rakyat Malaysia.

Prof Dr Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi bersama isterinya, Norhayati Yusof memilih parti itu untuk menjelaskan bahawa DAP bukanlah untuk bukan Melayu sahaja.


Mohamad Tajuddin berkata, serangan segelintir pihak terhadap DAP kononnya parti itu anti-Melayu dan anti-Islam mahu ditanganinya secara ilmiah.


“Saya tidak terlalu minat bidang politik dan orang parti. Cuma saya agak kurang senang terhadap serangan segelintir pihak kepada rakan-rakan bukan Melayu khususnya dalam DAP bahawa mereka anti-Melayu dan anti-Islam.


“Sebagai seorang ahli akademik, saya mahu perkara ini diperbetulkan dan saya mahu menjadi ‘jambatan’ antara orang Melayu dan bukan Melayu seterusnya mengajak bersama menyertai DAP,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Bilik Gerakan DAP Dewan Undangan Negeri (Dun) Stulang di Taman Maju Jaya, di sini, semalam.


Hadir sama, Setiausaha Publisiti DAP merangkap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; Pengerusi DAP Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai, Dr Boo Cheng Hau dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.

Tajuddin berkata, penyertaan dalam DAP sebagai ahli biasa membuktikannya percaya kepada kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) termasuklah parti komponen lain iaitu Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Saya juga hormat satu atau dua pemimpin Barisan Nasional (BN) kerana mereka orang yang bertanggungjawab.


“Akan tetapi, saya memilih untuk menyertai DAP. Tambahan pula, saya kenal dengan rapat Dr Boo selama beberapa tahun malah percaya dengan kepimpinan beliau,” katanya.


Sementara itu, Norhayati yang merupakan bekas guru berkata, penyertaan dalam DAP dengan mengikut jejak suami merupakan percubaan baru dalam kehidupannya.


“Sebab saya masuk DAP adalah kerana saya mahu memberitahu kepada rakyat bahawa DAP bukanlah parti untuk bangsa Cina dan India sahaja, sebaliknya untuk semua.


“Ini kerana kebanyakan masyarakat mempunyai persepsi DAP adalah untuk bukan Melayu sahaja. Oleh itu, menerusi penyertaan ini, saya mahu rakyat Malaysia buka hati dan minda untuk menerima DAP,” katanya.


Sumber : SHarian.


Sudah berbuih-buih mulut pimpinan DAP menafikan bahawa DAP anti Melayu dan parti perkauman. Malah ianya sudah lama dibuktikan dengan lahirnya pimpinan Melayu DAP seperti Allahyarham Ahmad Nor, Fadzlan Yahaya, Allahyarham Tan Kassim, Tunku Aziz, Tengku Puri dan sebagainya.Mutaligat

10 comments:

Anonymous said...

Kenapa Dr. Tajuddin dan Isterinya hanya sebut untuk buktikan kepada bangsa melayu dan bukannya orang Islam? Yg PAS bangang bermegah;megah dgn tindakan Dr. ni spe ke halnya?

Anonymous said...

Manisnya bahasa, mesti lawar rupanya. Kalau tak berkenan jagalah imej dan maruah, jangan ikut hati.

ALahaI sI LunCAi said...

HE! HE! HE!

DR TAJUDIN...

Anonymous said...

pencacai umporno dah meroyan tak tahan ada orang Melayu Islam masuk DAP.

Anonymous said...

umno bn jahanamkan bangsa melayu gadai harta mellayu, jual tanah melayu dan banyak lagi laaa, haram jadah.

Anonymous said...

he3 si luncai...

Anonymous said...

hahaha bijak2 krna ko Dr mmg la org nak psal nti snang bantai org melayu. org bijak pandai akn pk logik n fakta tgk la nti camna fakta akan musnahkan melayu. macai2 keja kilang ker keja kampung ker masuk la parti DAP.

Anonymous said...

Respect. Aku dah cakap dah, kalau nak masuk pakatan, jom kita masuk dap, sbb pemimpin dap berwibawa. Aku pun keluar pas, masuk dap.

Mari semua, kita keluar tinggalkan pas, kita masuk dap. Dap yg plg disegani dlm pakatan. Pas hanya keldai tunggangan kita.

Anonymous said...

meroyan tak sudah lembu umporno beri komen

Anonymous said...

ABU....Asal Bukan Umproco
DAP tu sokong PAS ....Upmno tu tentang atau lawan PAS kalau orang berakal dan sempurna sifat mesti la akan happy.. tapi kalau Dr Tajudin masuk Upco jadi musuh ape cer...ada paham ka...Dr bejuang untuk Melayu tu kira ok la juga dari Apcoco hanya untuk KRONI je...lagi bangsat... ehh!! senang cakap la siapa yang sokong PR adalah warga negara yang bertanggungjawab sebab anti Kezaliman,anti Rasuah,anti Kebocoran,anti Penindasan dan dari golongan rakyat yang Berprinsip la bukan penjilat...bukti!! lihat Fakta dan Sejarah...la (ab-mt)