Monday, October 8, 2012

AMBIK KO !!! Utusan memohon maaf dan bayar RM 50 000 kos penyelesaian kerana fitnah Ahli Parlimen DAP



Pengerusi Institut Akhbar Malaysia,  Chamil Wariya dan Utusan Malaysia memohon maaf kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kerana fitnah yang disiarkan dalam artikel bertajuk 'Politik Baru YBJ' yang diterbitkan oleh edisi hujung minggu akhbar harian milik Umno itu pada 12 Oktober 2008.
 
um book launching 021205 chamil wariyaPeguam Zalil Mohd Mess - dalam kenyataan pemohonan maaf yang dibacakan di Mahkamah Tinggi hari ini - berkata artikel itu telah diubah oleh edisi hujung minggu Utusan Malaysia - Mingguan Malaysia - tanpa persetujuan Chamil.

Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Datuk Abdul Hamid Sultan Backer

Peguam Sankara Nair yang mewakili Teresa memberitahu mahkamah bahawa ahli parlimen DAP itu tidak menuntut bayaran kos daripada Chamil.

Katanya, Utusan Malaysia perlu membayar RM50,000 kos sebagai sebahagian daripada penyelesaian tersebut dan penerbit bersetuju untuk menyiarkan permohonan maaf itu dalam 
Mingguan Malaysia.

1 comment:

Anonymous said...

kantoi lagiii

dah mcm ni punya banyak kena saman dan kalah, masih ada lagi ke rakyat yang nak membaca dan percaya cerita karut Utusan ni?

Tak faham bila ada lagi orang yang masih nak berkepit dengan akhbar fitnah ni.

Joyah Tak Jongang - maintain Harakah