Saturday, October 6, 2012

BAKAL KALAH!!! The Economist samakan nasib Najib dengan Gordon Brown


Perdana Menteri Najib mirip bekas perdana menteri Britain Gordon Brown (gambar, kiri) yang gagal mengadakan pilihanraya ketika beliau secara relatifnya masih popular, kata majalah antarabangsa mingguan Economist.

Ini berlaku ketika usaha Najib menonjolkan dirinya sebagai pembawa perubahan progresif dengan imej pendahulu Brown - Tony Blair; hatta mengupah penasihat Blair.


"Bertahun-tahun Brown gelisah untuk menolak lawannya ke tepi. Apabila berjaya, Brown mensia-siakannya dengan gagal memanggil pilihan raya ketika beliau secara relatifnya beliau masih popular," kata akhbar yang berpangkalan di London itu.


"Bukan sahaja gagal mendapat mandat, Brown, tidak dipilih dan masih diragui, melihat kuasanya semakin tersudut apabila terpaksa mengadakan pilihanraya di penghujung penggal - yang mana dia kalah."

Dalam artikel itu, Economist berkata, Najib sekarang menghadapi keadaan sama dengan Brown selepas mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Abdullah Ahmad Badawi pada 2009 selepas Barisan Nasional (BN) hilang penguasaan dua pertiga dalam parlimen untuk pertama kalinya.

No comments: