Saturday, October 6, 2012

BUKTI TERBARU!!! Najib restui perasuah

Tanpa mempedulikan, jauh sekali menghormati siasatan yang baru saja bermula oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), nampaknya pemimpin Umno-APCO cukup kebal dengan sebarang tindakan undang-undang apatah lagi membabitkan kepentingan rakyat.

Kontroversi majlis perkahwinan membabitkan anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam yang dikatakan memakan belanja sehingga RM600 ribu dan menyalahgunakan kedudukannya sebagai ketua kerajaan negeri terus bertiup kencang.


Genap seminggu majlis tersebut yang berlangsung di Dewan Tun Ali, Bukit Katil yang dihadiri lebih 100 ribu pengunjung tersebut, malam tadi, Perdana Menteri, Najib dan suaminya Rosmah Mansor pula menghadiri majlis resepsi pasangan mempelai tersebut di sebuah hotel mewah lima bintang di Kuala Lumpur.


Turut hadir, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan Siti Hasmah yang dijemput khas Ali tidak lama selepas Mahathir pulang dari New York, Amerika Syarikat.



Kira-kira 900 tetamu VVIP dan para kenamaan dilihat berada dalam majlis tersebut yang turut dihadiri beberapa menteri kabinet yang diundang khas Ali dan seluruh keluarga.

Sepatutnya, Najib menasihatkan Ali supaya menangguhkan atau membatalkan majlis tersebut sebagai tanda hormat terhadap siasatan yang sedang berlangsung, tetapi dengan kehadirannya di majlis tersebut seolah-olah Najib  merestui penyalahgunaan kuasa Ali Rustam semasa mengadakan majlis yang sama minggu lalu.


Jika harga RM600 ribu yang dihabiskan Ali Rustam untuk 'kenduri rakyat' yang purata seorang berharga RM6, berapa pula bil majlis untuk seorang di hotel mewah yang cukup eksklusif yang menambah syak wasangka di kalangan rakyat, dari mana pula datangnya wang tersebut sedangkan gaji dan elaun Ali cuma RM40 sebulan?


JALAN PULANG

No comments: