Tuesday, October 2, 2012

DUN PANGKOR!!! Bekas pegawai TLDM bakal tentang Zambry Kadir


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak yakin calon daripada Pakatan Rakyat (PR) yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pangkor mampu mengalahkan penyandangnya yang juga menteri besar,Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss (gambar) berkata, oleh kerana berkemungkinan besar calon PR berlatarbelakangkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sudah tentu mampu mendapat undi daripada separuh pengundi Dun itu.

Ini, katanya kerana hampir 70 peratus pengundinya adalah anggota TLDM di pangkalan TLDM, Lumut.

Katanya dalam satu kenyataan, dengan keyakinan tersebut akan merancakkan lagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

“Kami berharap rakyat memberikan sokongan kepada bekas pegawai tinggi TLDM yang akan dipertaruhkan jika semua kompenan PR Perak telah bersetuju kelak,” ujarnya.

Katanya, kekerapan Zambry memasuki pangkalan TLDM beberapa kali menunjukkan kebimbangan beliau.

Malah, ujarnya Zambry turut melaksanakan program yang jarang dapat dilihat di pangkalan-pangkalan tentera lain oleh orang politik.

“Tetapi di pangkalan TLDM pelbagai program ‘politik’ telah dilakukan oleh Datuk Seri Zambry. Jelas Zambry cuba mempolitikkan pasukan keselamatan demi survival politiknya,” ujarnya lagi.

1 comment:

Syaitan dikenali said...

Hrp pengundi warga TLDM Lumut boleh tumbangkan Zambry Mamak Pangkor, ini telah dibuktikan di Pahang pd PRU12 lalu, PR menang dgn undi warga TLDM Kuantan.. Ayoh teruskan misi kita tumbangkan Umporno Perak.... A.B.U...