Tuesday, October 2, 2012

SELEPAS BAJET!!! Muncul Roti Najib lebih murah dari roti telur



Gara-gara bacul.. takut berbahas dengan Anwar Ibrahim semasa sesi perbahasan Bajet 2013 pada 1 Oktober lalu, peniaga roti canai mempersendakan Najib dengan meletakkan menu roti canai di kedainya sebagai 'Roti Najib'.
Dijual dengan harga 80 sen sekeping, Roti Najib ini dipercayai mula dijual semalam sebagai simbolik ketakutan Najib. Roti Najib ini merujuk kepada roti kosong yang tiada telur, yang orang ramai istilahkan tiada telur sebagai bacul, pengecut ataupun penakut.

Najib enggan berdebat dengan Anwar walaupun berkali-kali Anwar menggesa Najib membincangkan intipati bajet yang dibentangnya sendiri pada Jumaat lalu.


Dalam senarai menu yang sama, roti telur dijual lebih mahal dengan harga RM1.50 sekeping. Tidak dapat di pastikan sama ada peniaga roti canai ini adalah anti Umno BN namun beliau tidak gentar sekiranya pihak berkuasa akan mengambil tindakan di sebabkan menu istimewa Roti Najib.


Dengan bukti jelas Najib  kini dimalukan secara terbuka tanpa rasa takut atau bimbang mengenai sebarang tindakan yang akan dikenakan ke atasnya sepertimana berlaku di Twitter #TanyaNajib malam tadi.


Gambar ~jalan pulang

1 comment:

rakab said...

Fitnah lagi !! berapa ratus kali harakahdaily nak kantoi ??

Superimposed !!

Gambar asal seperti yang dipetik daripada blog "Penang Food, Penang Travel and Penang Lifestyle" .

Sebagai parti yang mengaku Parti Islam, tindakan membuat fitnah sebegini lebih kepada sebuah Parti Syaitan.