Wednesday, October 17, 2012

EDISI GEMPAR!!! Skandal RM207 Billion terlondeh


Beberapa orang bekas buruh paksa dari Terengganu telah memulakan inisiatif untuk menuntut pampasan dari Kerajaan Jepun dan sekitar Disember 2005, Kerajaan Jepun telah menjemput wakil persatuan untuk berbincang di Narita, Jepun. 
 
Apa yang mengejutkan ialah, Kerajaan Jepun mendakwa telahpun membayar pampasan kepada Kerajaan Malaysia sejumlah RM207 billion. Pengesahan tentang wujudnya sejumlah wang pampasan tersebut dibuktikan dengan satu memo yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia yang bertarikh 29 Mac 2011.


Pada 27 Julai 2011, Persatuan telah memohon secara rasmi bayaran wang pampasan tersebut setelah menunggu begitu lama. Namun, pada 3 Oktober 2011, Bahagian Kabinet, Jabatan Perdana Menteri telah menghantar satu surat kepada Persatuan untuk memberitahu bahawa pengeluaran wang pampasan ini memerlukan proses tertentu kerana kelulusannya melibatkan Dana Khas.


TETAPI ADA 2 FAKTA YANG AMAT MENGEJUTKAN SEMUA...


Pada 10 Oktober 2012 yang lalu, DS Hj. Nizar Jamaludin telah membangkitkan isu ini di Parlimen. Soalan Hj. Nizar itu cukup serius tapi malang, tidak ada akhbar arus perdana yang membangkitkan isu tersebut. 
 
Mengapa? Apakah wang tersebut sudah dibelanjakan oleh Kerajaan Umno? Dalam ucapan Hj. Nizar di Parlimen, Hj. Nizar menyentuh tentang satu memo yang ditulis oleh Gabenor Bank Negara, Zeti Aziz yang juga menyebut tentang wang RM207 billion. Apakah wang yang disebut oleh Zeti ini wang pampasan…atau secara kebetulan?

Dari laporan yg ditulis di KOSMO, pampasan tersebut sebenarnya tidak pernah wujud - 
Kira-kira 9,000 ahli Persatuan Buruh Paksa kempunan RM80,000-RM120,000. 
 
Pampasan ratusan ribu ringgit yang dijanjikan kepada ahli Persatuan Bekas dan Warisan Buruh Paksa ke Burma 1942-1946 (PBP) oleh bekas presidennya, Wan Mamat Ngah sebenarnya tidak wujud langsung.Era Pasca

2 comments:

RojakPasembor said...

Wang tersebut dah jadi BR1M kot.

Orang Jerlun said...

Salam.Alhamdulillah dan terima kasih kpd generasi yg berusaha menyambung usaha Persatuan yg diwujudkan terdahulu. Arwah bapa saya adalah salah seorang individu yg turut hadir ke Narita, Jepun pd tahun 2005. Juga utk makluman, Arwah Datuk saya dan Arwah Bapa saya adalah 2 individu yg turut terlibat bersama lain2 rakyat Malaysia yg secara paksa di kerah utk membina jambatan tsbt. NORDIN 013-4343144