Thursday, October 4, 2012

IC PALSU!!! Komplot terancang UMNO/BN untuk menang p’raya

KUALA LUMPUR 4 Oktober: KEADILAN percaya Umno BN berkomplot dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memalsukan kad pengenalan untuk melayakkan warga asing mengundi bagi membantu kemenangan mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Naib Presidennya, N Surendran berkata, tidak mungkin JPN atau SPR boleh memalsukan kad pengenalan dan senarai daftar pemilih tanpa komplot bersama Umno BN.

“Jelas modus operandinya bagi memastikan survival Umno BN. Perbuatan ini secara terancang. Mana mungkin SPR atau JPN melakukan perkara ini bersendirian.
“Sebaliknya ada pihak lebih berkuasa mengarahkan mereka melakukan penipuan,” katanya ketika dihubungi.

Merujuk laporan Daily Express, Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh pada sidang medianya di Parlimen kelmarin mendedahkan, dua nama dimasukkan dalam data senarai daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), walaupun mereka didapati bersalah oleh mahkamah kerana memiliki kad pengenalan palsu.

Individu terbabit adalah Hassanuddin Manna, warga Filipina layak mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai, bawah Parlimen Sepanggar, Johor.
Nama kedua pula adalah Salleh Samsul, memiliki kad pengenalan dari Sabah layak mengundi di DUN Permas dalam Parlimen Pasir Gudang.

Surendran berkata, isu kad pengenalan palsu dan pengundi yang meragukan bukan perkara baru, malah dibangkitkan Pakatan Rakyat, namun tiada tindakan serius oleh Umno BN.

“Kalau diperhatikan setiap pendedahan, tiada satu pun tindakan yang diambil. Mereka hanya menafikan kewujudan pengundi hantu dan kad pengenalan palsu.

“Kerajaan enggan menyelesaikan masalah ini dan juga daftar pengundi yang diragui kerana ia memberi manfaat untuk kemenangan mereka,” ujarnya.

3 comments:

rakab said...

Ini semua helah puak pakatan untuk mewajarkan kekalahan mereka dalam PRU13 nanti.

Anonymous said...

komen mengarut dari lembu umno

Anonymous said...

jangan marah.otakya otak lembu