Tuesday, October 16, 2012

TERKINI!!! PKR Pasir Salak secara rasmi serah kerusi Parlimen kepada PAS Pasir Salak

16 Oktober 2012, tercatat suatu deklarasi bersejarah buat seluruh warga Parti Islam Semalaysia (PAS), Kawasan, Negeri dan Pusat apabila persetujuan Parlimen Pasir Salak kini milik PAS dicapai daripada JK Tertinggi Cabang PKR Pasir Salak. 
 
Persetujuan ini berlaku sekaligus menjadikan tambahan kerusi parlimen yang dipertandingan menerusi PAS kini bertambah satu lagi. 
 
Syukur Alhamdulillah dan terima kasih buat barisan kepimpinan parti PKR khususnya yang menjadi Hero dalam Redho untuk bertindak sedemikian. 
 
Sesungguhnya persepakatan sebegini menunjukkan bahawa segala-galanya boleh berlaku dan terjadi asal dengan ada kerjasama dan permuafakatan erat antara Pakatan Rakyat kini dan selama-lamanya. 

"Saya redho menyerahkan kerusi ini kepada sahabat saya PAS" inilah ungkapan Tn Hj Osman b. Abdul Rahman selaku Ketua Cabang PKR Pasir Salak sewaktu pertemuan tertutup anggota tertinggi kawasan dan cabang baru-baru ini. 
 
Rentetan persetujuan tersebut maka, suatu surat rasmi dan deklarasi telah dibuat dengan ditandatangani oleh semua Jawatankuasa Cabang PKR Pasir Salak dan JK Pas Kawasan Pasir Salak. 

Berita yang ditunggu-tunggukan ini telah menaikkan semangat rakyat marhain Parlimen Pasir Salak untuk terus menerus berkerja dan berusaha melaksanakan tanggungjawab memenangkan Pakatan Rakyat menerusi PAS yang bertanding. 

Untuk perhatian bahawa Parlimen Pasir Salak mempunyai 2 Kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu N48 Sungai Manik & N49 Kampong Gajah. Menerusi catatan surat berkenaan yang ditujukan kepada Pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat Pusat menyatakan dengan jelas sepertimana berikut :-

3.1. PKR bertanding di N48 Sungai Manik pada PRU-13
3.2. PAS bertanding di P073 Parlimen Sungai Manik pada PRU-13
3.3. PAS bertanding di N49 Kampong Gajah pada PRU-13

Persetjuan tanpa bantahan
Persefahaman dan tolak ansur yang hebat penuh bersejarah ini disambut dengan laungan Allahu Akbar!!! dan ikrar untuk berkerja keras memastikan calon bagi kesemua yang bertanding kelak akan memperolehi kemenangan mutlak demi merealisasikan 'Hijau ke Putrajaya'. 
 
Ikrar ini biarlah diterjemahkan kepada semangat berkerja berpasukan yang sedia ada dari semua pihak termasuk ahli-ahli PAS dan PKR sendiri. Tanpa kerjasama tersebut maka impian kelak akan bertukar igauan. Namun keyakinan dan semangat malam ini membuktikan bahawa musuh dihadapan perlu diganyang habis-habisan. 

Hero & Redho
"Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang dia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." Surah at-Taubah ayat 40
 
PAS Pasir Salak

12 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah. Tak sia-sia unit amal pas jaga parking utk pkr. Akhirnya berbaloi jugak.

Anonymous said...

beruk umno pantang lepa nak komen

Anonymous said...

Pkr je yg kasi kerusi, dap tak kasi ke? Dulu dap cakap kalau kita gugurkan negara Islam dgn menolak hudud diaorg akan kasi kerusi dkt kita.

pok nik said...

PKR Pasir Salak tu tinggal nama jer,..ahli dah tak ada !

daripada malu hilang deposit lebih baik bagi Pas mencuba nasib..

Anonymous said...

beruk umno komen syiok sendiri

Yong said...

Salam PASPB

Aperpun, kiter ucap timakasih. Lepeh ni PAS kena keroje kuat lagi. Kot idak malu jer.

Kat Sungai manik tu...Hmmm...no comment

abdul razak bin ismail said...


Terdapat kekeliruan di sini.

PKR Pasir Salak sign deklarasi itu bagi memudahkan PAS Pasir Salak membuat "RAYUAN" kepada ibupejabat Pas Pusat.

Tak berbangkit PKR serah kerusi Parlimen Pasir Salak kepada PAS.

Status quo ( kedudukan kerusi adalah sama seperti PRU tahun 2008)

SETAKAT HARI INI , kerusi DUN Sg. Manik dan PARLIMEN Pasir Salak "MASIH KEKAL" ditandingi oleh PKR

Ini bagi mengelakkan salah tafsiran deklarasi tersebut

-ABDUL RAZAK BIN ISMAIL
Penyelaras PKR Parlimen Pasir Salak

Anonymous said...

Kesian pas. Pertahankan abg nuar sokong yahudi pun tak dpt kerusi tambahan.

mat shah said...

kami sekeluarga sepakat akan memboikot tak mengundi jika tiada calon PAS DUN sg manik atau parlimen... ingat!! petugas PAS bukan lembu2 untuk sekadar buat kerja dan PKR yg tiada jentera akar umbi berlagak jadi boss nak bertanding!!!

Anonymous said...

siapa razak ismail sibuk nak jadi calon tu...?? jgn biar sejarah berulang.. bila menang keluar parti... blah laaaa lu..

Anonymous said...

kalau tak pueh hati... razak ni boleh tanding tiket BEBAS... 3 penjuru, berapa undi dia dapat... kah kah kah..

Anonymous said...

wahai razak...ada kami kesah?kenapa bercakap macam ular berjalan,berbelit2,,,cuba turun kawasan dan tanya pada orang ramai adakah mereka sudi menerima PKR bertanding di Sg Manik?ukur baju bdan sendiri laaa