Wednesday, October 3, 2012

TIADA PENDAKWAAN!!! Walaupun 6 kertas siasatan SPRM sudah dibuka ke atas seorang 'Ketua Negeri'


Seorang anggota panel khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Salahuddin Ayub (kiri) berkata suruhanjaya itu sebelum ini membuka sebanyak enam kertas siasatan ke atas seorang "ketua negeri" berhubung dakwaan rasuah.


Namun, pendakwaan terhadap "tokoh popular dan memiliki harta yang banyak" itu tidak dapat dibuat kerana kelemahan peruntukan undang-undang bawah Akta SPRM 2009, kata Naib Presiden PAS itu tanpa menamakan individu tersebut.


Ahli parlimen Kubang Kerian itu berkata, kelemahan dalam peruntukan berhubung pengakuan dan beban pembuktian berkaitan kes rasuah perlu diteliti semula melalui satu suruhanjaya pembaharuan undang-undang yang perlu segera ditubuhkan.


"Sebab itu SPRM mencadangkan kepada (panel khas SPRM) untuk membawa (cadangan ini) ke parlimen, supaya diadakan pembaharuan kepada undang-undang ini," kata naib presiden PAS itu lagi dalam satu sidang media di banguna Parlimen hari ini.


Jelasnya, kelemahan itu melibatkan peruntukan dalam Seksyen 23 dan Seksyen 50 Akta SPRM 2009.



"Kes rasuah ini, berlaku satu sama satu. Kita tak ada beri rasuah di tengah jalan atau diiklankan. Tetapi kelemahan undang-undang (seksyen) 23 dan 50 ialah mahkamah tidak menerima kes pengakuan tidak seperti Amerika Syarikat, Hong Kong dan Singapura.

"Sebab itu SPRM mencadangkan kepada (panel khas SPRM) untuk membawa (cadangan ini) ke parlimen, supaya diadakan pembaharuan kepada undang-undang ini 
"...Sebab itu dalam kes rasuah ia memerlukan pengesahan (corroboration), tidak boleh mengaku sahaja... Sebab itu, kita mahu (peruntukan itu) dilihat semula," katanya lagi dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

SPRM pada tahun lalu mengakui sedang menyiasat dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud.


Pada Mei lalu, suruhanjaya itu menyatakan bahawa siasatanberhubung dakwaan rasuah itu masih belum diselesaikan.



JALAN PULANG

No comments: