Sunday, November 25, 2012

DARI 70 KE 20 000!!! Gambar terkini di Dataran Merdeka membuktikannya



KUALA LUMPUR 25 NOV : Pemimpin perarakan Anti-Lynas “Green Walk” akan meneruskan misi mereka dengan berarak ke Parlimen esok bagi menyeru Kerajaan Pusat supaya menghentikan operasi loji nadir bumi Lynas di Pahang.
 
Ini setelah perarakan yang berjaya mencecah 20,000 orang itu dihalang daripada memasuki Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, hari ini.


Pengerusi Himpunan Hijau Wong Jack berkata beliau dan aktivis lain akan bermalam di Kuala Lumpur dan meneruskan kempen mereka dengan berarak ke Parlimen.
 
“Saya akan teruskan kempen ini sehingga kerajaan menghentikan operasi Lynas,” kata beliau kepada media di luar perkarangan Dataran Merdeka.

Sebelum itu perarakan yang telah mencecah kira-kira 20,000 orang telah sampai di Dataran Merdeka Kuala Lumpur petang tadi di mana mereka di halang daripada memasuki padang bersejarah tersebut.
 
Peserta yang berbaju hijau daripada berbilang kaum itu telah membanjiri persimpangan Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak tetapi dihalang daripada memasuki Dataran Merdeka oleh pasukan polis dan penguatkuas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
 
Walaubagaimanapun, mereka berada di dalam keadaan aman dan ceria sementara menunggu isyarat daripada pemimpin mereka berkenaan langkah seterusnya jika masih dihalang untuk memasuki Dataran Merdeka.
 
Turut kelihatan dalam perarakan tersebut pemimpin Pakatan Rakyat seperti Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, MP Kuantan Fuziah Salleh, Exco Alam Sekitar Selangor Elizabeth Wong dan Adun Rawang Gan Pei Nei.
Acara “Green Walk” dimulakan oleh Wong sebagai kempen untuk memupuk kesedaran tentang bahayanya operasi loji nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan, Pahang.
 
Wong yang memulakan acara Green Walk di Kuantan pada Nov 12, telah berjalan kaki sepanjang 300 km dari Kuantan ke Kuala Lumpur bagi meraih sokongan terhadap kempen itu.
 
Beliau yang memulakan acara tersebut secara peseorangan telah mengumpul beratusan penyokong yang turut berjalan bersama beliau.















16 comments:

Anonymous said...

Abg nuar naik jet peribadi. Pemimpin pkr naik bas mewah. Pemimpin dap naik treler mewah. Tapi pengikut kene jln kaki?

Anonymous said...

Aku dengar citer che rosli, pemimpin pas pakar nuklear yg membuat pendedahan pasal penipuan fuziah saleh, pkr dan dap berkenaan isu lynas skrg dah jadi kambing hitam. Betul ke? Tulah padah berkata benar bagi pemimpin pas. Mereka terpaksa berdiam diri untuk mendapat kerusi walaupun nabi Muhammad menyuruh berkata benar meskipun pahit.

Anonymous said...

Ahli pas sekelian, ketahuilah bhw isu lynas adalah penipuan. Ust hadi dulu apabila ditanya, dia suruh kita merujuk kpd dr che rosli. Dr che rosli pula mengatakan lynas selamat dan mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa, mematahkan penipuan fuziah salleh dan beberapa pemimpin pkr dan dap. Mahkamah pun berpihak kpd lynas. Jgnlah krn politik, kamu mengetepikan kebenaran dan menabur pasir di dalam periuk nasi org lain.

Anonymous said...

Kembalilah kpd ajaran Islam wahai ahli pas, berkatalah benar meskipun pahit dan tidak memihak kpd parti kamu. Semoga kamu diberi petunjuk.

Anonymous said...

Memang PAS nak kembali kepada ajaran yang sebenarlah ni, kami pun nak ikut Chua Toilet, boleh kot...???

Anonymous said...

Aku bukan org umno lah. Aku org yg dulu menyokong pas. Tu sbb aku suruh ahli pas kembali kpd ajaran Islam sebenar, supaya kita sama2 selamat di dunia dan akhirat.

rasugam abu zikri said...

..Lembu dan kuli lah percacai bn/umno al-Syaitan yg di-kenali..tiada ulasan yg menbena kalau menberi ulasan ..hanya penuh dengan iri hati dan dengki sahaja ..tiada satu-pun yg menberi pelajaran..begini-lah kalau dah jadi lembu ternakan Pemimpin-Pemimpin al-Saitan yg di-kenali..buat berubah -lah pencacai bn/umno al-Syaitan yg di-kenali..orang dah tak nak jadi lembu dan kuli pemimpin-pemimpin Bn/umno al-Syaitan yg di-kenali lagi..orang dah benci ..hanya Pencacai yg Lembu sahaja yg suka jadi kuli ..kau nak jadi lembu dan kuli Pemimpin-Pemimpin bn/umno al-Syaitan yg di-kenali sampai mati ke..

Anonymous said...

Pencacai umno serupa saja dengan pemimpinnya...penakut nak berdebat tapi memfitnah nombor wahid

Anonymous said...

rasugam ni bukan ke nama tuhan keling ????

Anonymous said...

Blh jadi jugak. Sebagai org pas, aku mintak maaf kpd org yg memberi komen di sini di atas bahasa kasar, kesat, caci maki yg digunakan oleh rasugam. Sifat yg ditunjukkan oleh rasugam seperti org tidak bertamadun yg tidak menunjukkan wajah pakatan. Sekian

Anonymous said...

Anon 0906, bukan aku yg cakap tapi presiden pas dan dr che rosli. Kalau tak percaya, blh check vid dkt youtube. Ataupun ko tanya sendiri dr che rosli. Berkatalah benar meskipun pahit.

otaklunyai said...

SYABAS!!!! Kita himpun lagi sampai kera-jaan amngok laknatullah itu tumbang.... TAKBIR!!!!

Anonymous said...

anon 16.22 tak perlulah nak menyamar. mengakulah ko tu beruk umno

jelutong a.k said...

semasa kami kerja dimakmal RIA dulu kami kena gantung 'batch pengesan radioaktif'kat baju labcoat. aku kerap jumpa dr rosli, tiap2 bulan sekurang2nya. serahkan batch yang tercemar dan ambil yang baru.dia tahu kalau kami tak pakai. Selalunya memang dia pesan dengan nada marah kalau kami tak pakai. kamu kena pakai untuk sy analisa, BAHAN RADIOAKTIF NI SANGAT BAHAYA WALAU SEKECIL MANA SEKALI PUN. KESANNYA TAK NAMPAK SEKARANG. kata prof madya dr che rosli memarahi aku. dr che rosli org nya serius, aku tak pernah tenguk dia senyum. Dia seorang pakar yang hebat di institusi pengajian tinggi. itu cerita lama, aku dah lama pencen, dia pun dah jadi YB , tak kan dia kenal aku.

Jony Smith said...

Nice your blog and your blog topics is so good and interesting bust luck
and care on..............

Panama Shipping
Move to Panama
Miami to Panama

Anonymous said...

Umno bila nak hancur? Hancurla jangan wujud lagi..hinanya malaysia kerana d perintah BN..