Wednesday, November 21, 2012

DEDAH LAGI!!! Projek lembu di Pendang zaman BN rugi RM 3.3 Juta



Kita telah mendengar 10 projek tinggalan BN yang jadi biawak hidup terpaksa ditanggung oleh kerajaan Pakatan kini. Rupanya terdapat satu ekor biawak hidup lagi yang ditinggalkan BN yang belum disenarai melibatkan kerugian RM3.3 juta. Perkara tersebut didedahkan oleh YB Dato' Amiruddin Hamzah pada Persidangan DUN Kedah tadi.



Oleh : SARINA ISMAIL

ALOR SETAR – Akibat salah tadbir dan perjanjian yang longgar semasa pemerintahan dahulu, kerajaan negeri terpaksa membayar tuntutan kepada syarikat-syarikat  berkaitan yang mengendalikan beberapa projek.
Demikian didedahkan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’Amiruddin Hamzah (PAS-Anak Bukit) bagi menjawab soalan yang diajukan oleh YB Abdullah Jusoh (PAS- Pantai Merdeka) yang inginkan penjelasan berkaitan nama syarikat, projek yang dikendalikan, nama agensi dan jumlah tuntutan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri.
 
“Antara nama syarikat yang terlibat ialah Kedah Agro Industries Marketing Berhad (KAIMB) di mana mahkamah telah memutuskan tuntutan sebanyak RM2.16 juta akibat satu projek pengurusan ternakan udang di Kerpan. KAIMB telah menandatangi  perjanjian pengurusan ternakan berkenaan bersama Kedah Aquaculture Sdn. Bhd (KASB).


“KAIMB telah melantik sebuah syarikat Agro Shrimp Sdn. Bhd untuk menguruskan kerja-kerja berkenaan dan Agro Shrimp pula melantik syarikat lain iaitu Usaha Fadilat Sdn. Bhd untuk mengendalikannya,” jelasnya.


Tegasnya lagi, apabila hasil ternakan dijual dan keuntungan diperolehi oleh Usaha Fadilat Sdn. Bhd, amat malang sekali keuntungan berkenaan tidak dimasukkan ke dalam akaun Agro Shrimp Sdn. Bhd dan ini mengakibatkan ianya dituntut oleh KASB. Tuntutan tersebut telah dibawa ke mahkamah dan mahkamah memutuskan KAIMB perlu membayar kepada KASB sebanyak RM2.16 juta.
“Kita cuba dapatkan maklumat dengan Usaha Fadilat Sdn. Bhd tetapi malang sekali tiada perjanjian yang dibuat. Sekarang pihak kerajaan negeri sedang berusaha memohon perkara ini kepada KASB memandangkan ianya syarikat yang dikuasai oleh Menteri Kewangan DiPerbadankan (MKB).
“Ini semua berlaku berpunca dari salah tadbir  pengurusan  dan berlaku sebelum kerajaan negeri sekarang memerintah Kedah,” sambungnya lagi.

Selain itu beliau turut mendedahkan projek Feedlot di Pendang yang juga di bawah KAIMB serta dibina oleh Bina Ekoculture Sdn. Bhd dan melibatkan RM3.3 juta dan tiada sebarang perjanjian yang diadakan bersama tuan tanah. Setelah dibelanjakan sejumlah wang berkenaan, agak mengejutkan kerana sebaliknya ianya hanya disewa dengan syarikat lain dengan bayaran RM60 ribu setahun dan menuntut kepada bayaran sewaan RM5 ribu sebulan.


“Kita pun tak tahu apa yang syarikat itu buat. Kalau kita nak dapatkan semula kos RM3.5 juta itu kita kena sewa kepada mereka selama 58 tahun. Sekarang ini pun mereka telah berhenti beroperasi dan sewa RM5 ribu sebulan pun tidak dibayar. Insfrastruktor yang ada di kawasan berkenaan pun tidak boleh diambil kerana tanah berkenaan milik orang,” dedahnya lagi.

Lain pula apa yang berlaku kepada Yayasan Islam Negeri Kedah (YIKed), di bawah syarikat YIKed Pengkalan Kundur Sdn. Bhd, akibat kecuaian dalam pengurusan ianya di bawa kemahkamah yang melibatkan pembayaran sebanyak RM11 juta.
“Kita pun tak faham, projek ini sebahagian berjalan manakala sebahagiannya tidak. Ada tanah yang dikeveat tapi kemudian dilepaskan, akibatnya berlaku kecuaian dalam pengurusan dan dibawa ke mahkamah. Orang yang pegang YIKed ketika itu adalah Menteri Besar lalu, Tan Sri Osman Aroff dan akibat kecuaian, kerajaan negeri (kini) terpaksa membayar kepada Syarikat Senisinga Sdn. Bhd sebanyak RM11 juta,” ujar Amiruddin.
Jawapan itu berikutan bersidangnya Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah, Mesyuarat Kedua Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri Kedah Kedua Belas (Mesyuarat Bajet 2013) di Wisma Darul Aman.

1 comment:

Hamdan Rukun said...

HE!HE!HE!

NAK SENANG BUAT MACAM PAS, TEBANG JER BALAK PEGHABIH. LEPAS TU PAKAT TAMBAH BINI...