Wednesday, November 21, 2012

DILEMA MCA!!! Pengarah urusan The Star, Ho Kay Tat letak jawatan


Pengarah urusan The Star, Ho Kay Tat meletak jawatan dan dijangka menyertai kembali The Edge, memberi tamparan hebat kepada akhbar milik rejim MCA itu kerana gagal mengekalkan khidmat pemberita disegani itu.

Portal pengiklanan Campaign Singapore melaporkan peletakan jawatan Ho dan dijangka menyertai The Edge, disahkan oleh timbalan pengerusi eksekutif The Star, Vincent Lee yang juga veteran dalam industri pengiklanan.

Sumber dari bilik berita juga mengesahkan perkara tersebut, sementara ahli lembaga pengarah The Star masih membincangkan isu ini petang tadi.

"Ahli lembaga pengarah sedang bermesyuarat tetapi kami sudah mengetahui bahawa Ho akan meninggalkan The Star," menurut satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Difahamkan hari ini adalah hari terakhir Ho, walaupun peletakan jawatannya hanya akan berkuat kuasa pada 30 November.

Sumber memberitahu bahawa lembaga pengarah tidak membincangkan pengganti Ho dalam apa digambarkan sebagai "mesyuarat yang menyedihkan".

"Vincent dan Wong Chun Wai akan mengambil alih pentadbiran korporat," sumber memberitahu dengan merujuk kepada pengarah eksekutif akhbar tersebut dan ketua pengarang kumpulan.

Difahamkan bahawa Calvin Kan (pengarah pembangunan perniagaan) dilantik sebagai ketua pegawai operasi (COO) untuk cetakan dan Wong Siah Peng (COO perniagaan digital) akan mengawal penerbitan komersil.

Ho ialah pemberita veteran yang pernah berkhidmat di News Straits Times dan Singapore Business Times dan membawa kejayaan kepada The Edge sebelum menyertai The Star pada tahun 2010 sebagai ketua pegawai operasi.

Beliau kemudian dilantik sebagai pengarah urusan The Star pada Julai 2011.

Campaign Singapore memetik sumber dengan menjangkakan Ho akan kembali ke The Edge dan memegang jawatan di atas ketua editor Leslie Lopez.

Tetapi sumber berkata Ho juga mampu memacu cita-cita media dari pemilik The Edge, Tong Kooi Ong, dalam pelaburan peribadinya seperti portal fz.com, yang dilancarkan Oktober lalu tetapi terbantut tiga minggu kemudian apabila ketua pengarangnya meletak jawatan.


MCA memegang saham majoriti akhbar itu melalui sayap pelaburannya, Huaren Holdings yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Presiden, Chua Soi Lek.

No comments: