Sunday, November 18, 2012

KALAU DAH BETUL BERJUANG ISLAM!!! Kenapa takut dengan doa yang dibaca orang PAS?


Doa yang dibaca oleh adik Menteri Besar Kelantan, Nik Razi Nik Mat dan diaminkan oleh puluhan ribu penyokong Pas selepas solat hajat sempena Muktamar Agungnya di Stadium Sultan Muhammad IV Kelantan, baru-baru ini mengundang isu baru yang diperkatakan oleh hanpir setiap orang.

Doa itu, selain meminta dimudahkan perjalanan Pas dan PR untuk menawan Purtajaya dalam pilihanraya akan datang, ia juga meminta kepada Allah supaya dihancurkan UMNO dalam pilihanraya ini sebagaimana hancurnya Firaun, Qarun, Namrud dan Abu Lahab.


Sementara Pas dan puak pembangkang mempertahankan doa itu atas alasan UMNO telah melakukan pelbagai penindasan, penganiayaan, menghina hukum Allah, menolak hudud, tidak memberi royalti minyak dan pelbagai deretan kesalahan lainnya, UMNO sebaliknya telah menggunakan isu doa itu untuk mengecam Pas sebagai parti yang tidak Islamik sehingga dikatakan sanggup mendoakan kehancuran orang yang sebangsa dan seagama dengannya.


Sehingga kini UMNO ternampak rimas dengan doa ini dan cuba menunjuk baik dengan mengatakan biarlah Pas berbuat demikian tetapi bertegas bahawa UMNO tidak sekali-kali akan mendoakan kehancuran untuk Pas.


Najib sendiri turut menggunakan isu doa ini untuk mengaitkan Pas sebagai tidak Islamik kerana menurut PM, doa biasanya hanyalah untuk meminta panjang umur, murah rezeki dan diberikan kesejahteraan sahaja dan bukannya meminta dimusnahkan pihak lain.


Sebagaimana yang semua umat Islam ketahui serta yakini, doa adalah senjata akhir yang paling berkuasa dan mampu mengubah Qada dan Qadar. Dengan berdoa dan kemudian jika dimakbulkan Allah, sesuatu perkara yang luar biasa dan di luar jangkaan boleh berlaku.


Namun doa mestilah dilakukan setelah berusaha dan bertawakkal kepada Allah.


Itulah kepercayaan seseorang yang menganut Islam. Bahkan dalam Islam juga disebut bahawa doa orang yang dizalimi akan terus sampai kepada Allah tanpa hijab atau tanpa sebarang halangan. Sebab itu doa memang amat digalakkan dalam Islam sebagai usaha akhir memohon sesuatu kejayaan.


Dalam konteks doa Pas yang meminta dihancurkan UMNO dalam pilihanraya akan datang, perlulah diingat bahawa doa adalah hak sesiapa juga yang meyakini kekuasaan Allah serta merasakan ianya dizalimi atau dianiaya untuk berbuat demikian.


UMNO juga boleh berdoa untuk kehancuran Pas jika mereka merasakan Pas menzalimi mereka. Soal sama ada doa itu akan dimakbulkan atau tidak, itu adalah ketentuan Allah.


Sebagai parti Islam yang didokong oleh ramai ulama serta pencinta agama, Pas tidak mungkin berdoa untuk kehancuran atau kekalahan UMNO dalam pilihanraya jika persaingan yang diterima selama ini masih dalam lingkungan serta batas-batas yang dibenarkan oleh Islam.


Pas tentulah ada alasan serta hujah tersendiri dengan berdoa demikian kerana hanya mereka yang mengalaminya. Orang yang yakin kepada Allah, berdoa dan menyerahkan segala-galanya kepada Sang Pecipta adalah nikmat yang tak terhingga rasanya.


Bagi UMNO pula, reaksi yang keterlaluan terhadap doa itu hanya memperlihatkan nereka berada di pihak yang salah dan seolah-olah takut doa itu akan dimakbulkan Allah. Jika UMNO dan para pemimpinnya sentiasa berasa di jalan yang lurus, sentiasa menegakkan hukum Allah, memerintah dengan adil dan amanah, tidak rasuah,tidak makan harta rakyat, tidak menindas, tidak menganiaya, tidak melakukan fitnah dan sebagainya, tidak ada apa yang ditakutkan dengan doa itu.


Hanya orang salah saja yang takut dengan doa kehancuran itu.


Dalam sejarah Islam sendiri, sebagaimana yang disebut oleh bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin, ada meriwayatkan beberapa peristiwa bagaimana orang berdoa kepada Allah kerana merasa dizalimi serta minta diberi pembalasan dan akhirnya doa itu dimakbulkan oleh Allah.


Doa Pas meminta Allah menghancurkan UMNO sebagaimana hancurnya Firaun, Qarun, Namrud dan Abu Lahab adalah jelas bahawa doa itu dipohon sekiranya tahap kerosakan, penganiayaan, kemungkaran serta penolakan terhadap hukum-hukum Allah yang dilakukan UMNO sudah sampai ke tahap yang pernah dilakukan oleh musuh-musuh Islam itu.


Makanya, tiada salah dan cacatnya doa itu.


Yang pentingnya Allah tidak akan menganiaya hamba-hambanya. Allah maha mengetahui. Tidak peru risau, takut atau mengelabah dengan doa Pas itu jika UMNO dan pemimpinnya berada di landasan yang betul dan lurus selama ini.


Tetapi jika UMNO dan pemimpinnya memberi reaksi yang berlebih-lebih dan ketakutan yang melampau ditunjukkan terhadap doa itu, ia hanya menunjukkan doa Pas telah pun dimakbulkan lebih awal dari yang sepatutnya.(SH 18/11/2012)

19 comments:

Anonymous said...

Paspb ni macam budak tadika aja elok belajar tentang ilmu agama islam lebih mendalam lagi. Kalu tak faham juga lebih baik dok diam kerana berdiam tu lebih baik dari berkatax perkara yang lagha.

Anonymous said...

Bukannya takut pada doa sesat nik razi, tapi berniat ingin menyelamatkan ahli pas dari kesesatan dan kebatilan. Umno berdoa dgn penuh kebaikan dan kasih sayang supaya ahli pas sedar pada kesilapan dan kembali kpd Islam sebenar.

Anonymous said...

cakap la ko takut beruk. tak payah dok spin

Anonymous said...

Suruhla ahli umno kbanyakan kmbali kpd islam ye....

rakab said...

Aku pelik betul tengok gelagat orang Pas nih !

Ada ke patut berdoa kemusnahan sesama Islam. Sudah tu berdoa dengan suara yang sengaja dikuatkan sehingga terpekik-pekik.

..takut-takut Allah tak dengar ke ??

Inilah pertama kali orang berdoa menyebut perkataan'KO' berulangkali !
Tidak beradab langsung..!

Jkkk Utara said...

Saudaraku rakab,dalam berdoa,kita boleh minta apa saja yg kita mahu.yg makbulkan Allah.istilah apa pun kita guna,Allah memahami.adakah istilah KO dikatakan tak beradab?baiklah,mengapa kita tak dikatakan tak beradab dgn Allah apabila kita gunakan istilah aku dan Engkau?mengapa kita dianggap beradab jika digunakan istilah yg sama utk golongan yg lebih tua dari kita?renungkan dan fahami.berbalik kpd isu.adakah doa disebut orang umno atau umno sahaja?2istilah yg berbeza.adakah berdosa jika berdoa setelah dizalimi walaupun dilakukan oleh orang islam sendiri?adakah orang yg dizalimi berdoa dikatakan melampau,tetapi orang yg membuat zalim terus dipertahankan?mengapa saudara mengutuk doa yg dibaca dgn kuat dikawasan yg lapang dipenuhi orang yg bersolat?mengapa saudara tak mengutuk konsert2 di kawasan yg lapang diiringi muzik2 yg kuat yg melalaikan.sekadar meluah isi hati sebagai renungan.

Anonymous said...

Jkkk utara, Islam tidak terdiri dari logik akal dan tindakan pemimpin pas tidak menghalalkan kebatilan. Kemukakanlah bukti dari al-quran dan sunnah sekiranya kamu org yg benar. Rasulullah tidak pernah berdoa beramai-ramai untuk kehancuran dan kebinasaan sekumpulan besar umat Islam. Sekiranya yg berlaku zalim itu hanya beberapa org, maka hanya org yg dizalimi mendoakan kpd penzalim. Seperti sahabat nabi sa'ad bin abi waqas, hanya dia seorg sahaja yg berdoa supaya ditimpa musibah kpd org yg menfitnahnya. Beliau tidak langsung mengumpulkan org ramai untuk berdoa dan beliau hanya mendoakan musibah pada penfitnahnya, tanpa melibatkan keluarga, saudara atau keturunannya. Bertaubatlah ahli pas yg terlibat, dan kembalilah kpd Islam sebenar.

Anonymous said...

Pandai pulak cai umngok ni ckp Islam tak terdiri dari logik akal.
Agaknye selama hari ni dia ni pekak ke bila bos2 dia guna akal ckp:
1. Ramai org islam akan kudung kalo laksana hudud
2. Zaman nabi dulu xde pisau cukur, sebab tu nabi bela janggut
3. "saya tak pernah jumpa hukum judi dalam Al-Quran"

Hanya orang yg buta hati masih mahu bersama umngok!
Alif Min Nun Wau = SARKIS

Jkkk Utara said...

Ada betulnya apa yg saudara luahkan itu.tetapi saya memohon saudara berfikir sejenak.kita guna contoh situasi di Gaza sekarang.kita tak berada dan tak terbabit langsung di sana.tetapi mereka seagama kita dan kita hanya mampu berdoa di sini smoga di lindungi rakyat Gaza dan hancurkan israel.mengapa kita perlu berdoa hancurkan israel sdangkan israel tak serang kita pun?jawpannya kerana semangat dan tanggungjawab seagama.kita tak doa bersendirian sahaja.kita juga berdoa beramai-ramai ketika solat jumaat.bukankah berdoa beramai-ramai akan menjadi lbih kuat doa itu?kita hanya mampu berdoa,Allah jua yg memakbulkannya.kita berbeza parti politik,sudah semestinya pemkiran kta juga berbeza.jadi,tidak adil rasanya kalau saudara hanya menyuruh ahli PAS sahaja bertaubat jika melakukan kesilapan.di pihak saudara pun perlu berbuat sedemikian.setiap manusia tak kan dapat lari drpd melakukan kesilapan.

Anonymous said...

doa la kawan tu dapat hidayah...sebab kezaliman si puak kerajaan ni bukannya terang..samar2...rasuah?org sebaliknya..100% tak rasuah?si pendosa perlu didakwah dgn hikmah..

Anonymous said...

Masalahnyer jkkk utara, aku bukannya org umno/bn. Aku org yg dahulunya menyokong pas tapi kini kecewa dgn perjuangan pas skrg. So, aku mengajak saudara pas supaya meninggalkan kebatilan dan kembali kpd Islam sebenar.

Anonymous said...

hehehehe...nak tergelak aku puakx nih ajak ahlix PAS kembali pada Islam sebenar...KPOP, Gangnam style, hajjah tak pakai tudung...ISLAMIK ke tu....sapa yg sesat sebenarnya...masa bila pulak UMNO doa dgn penuh kasihsayang utk orang PAS..mengutuk dan memfitnah semasa perhimpunan UMNO sedikitmasa lalu ada le..
oleh itu jgnlah hanya nampak PAS, PKR dan DAP aje...tapi toleh kebelakang dan lihat pada UMNO, MCA, MIC dan GERAKAN...mana lebih lama main gabung...dulu masa PAS sendirian tak dek jugak kamux nih nak bersama pun...tetiba hari ni nak ajak ahlix PAS kembali pada Islam sebenar....kan lawak tu....macam le UMNO benarx Islamnya..soal hudud pun tak kurang juga pemimpin kamux ni memberikan alasan tak sesuai..nasib le ada sorang kat johor nun yang sedar...tupun senyap sampai sekarang...jgn pandang pada karpal aje...tapi pandang juga pada chua soi lek...biar terpekik dalam berdoa dikalangan yg ramai tapi jangan membaling selipar dalam rumah ALLAH....apapun SEGALA PUJI-PUJIAN HANYA BAGI ALLAH YG TIADA SEKUTU BAGINYA..

rakaqb said...

Jkkk Utara,

Apa yang dipohon melalui doa hendaklah sesuatu yang baik untuk diri, masyarakat dan umat keseluruhannya. Islam melarang umatnya memohon sesuatu keburukan ke atas seseorang lebih lagi sesama Islam. Doa adik Nik Aziz itu sama sekali tidak mencerminkan kehendak Islam.

Bahasa yang diucapkan ketika berdoa kepada Allah seharusnya bahasa yang sopan dan tertib. Bukannya terpekik-pekik dalam masa tertentu seperti mengulang-ngulang perkataan-perkataan 'hukumlah Umno' dan KO BN.

Nada suara terutama bila melafazkan kehancuran dan kemusnahan UMNO/BN sengaja dibuat dengan nada yang paling tinggi. Jelas ianya menunjukkan suatu sifat yang angkuh. Sepatutnya adab berdoa hendaklah memilih kata-kata yang sopan, halus dan nada suara yang penuh kerendahan hati.

Bagaimana jika ada antara ahli Umno pula bertindak balas dengan mendoakan kehancuran Pas dengan kaedah yang sama ?? Tentu ia akan semakin memarakkan api permusuhan antara umat Islam di negara ini.

Anonymous said...

Pas tak kisah jika beruk umno yang berdoa macam ko rakab

Drrita said...

Pas sudah melampau batas... Aku benci pas

Anonymous said...

Kalu kita hayati tulisan pencacai Pas ni dah dikirakan terkeluar dari Akhlak/Akidah Islam
orang lain menggunakan bahasa yang elok sebaliknya berliau menggunakan bahasa yang kurang sopan(kurang ajar)macam ni kah akhlak orang yang mengaku islam.

najeb rajak said...

stakat komen cacai umno ni kita xyah la nk amik port pun. buat bahan gelak ketawa je lah oiii.. kah kah kah kah kah kah kah kahhhhh!!!

Anonymous said...

Hi saudara..
Adakah anda bebal?
sbelum itu,sy nk tnye?bile mase islam larang umat nye berdoa untuk kehancuran?
Kt atas tu sibuk saudara minx hadis la,nas la,kitab la..ha skrg tunjuk kn kitab mane yg ckp islam larang umat nya berdoa utk kehancuran?
Allah maha memberi, kau doa nk jd pelacur, jd la pelacur jika diizinkn-Nya.kau minx jd kaya, maka kaya la engkau klau diizinkn allah..
Doa la ape kau suka skali pun..ape salah nye?mane kau belajar adab2 berdoa ni?kitab mane?sampai xboleh jerit2?ape MIC yg ajar ke?xde sape nk larang kite berdoa melain kan pihak yg bersalah..jd knape kau memekak mcm org bebal ni?
Memang doa pas tu minx dihancurkn kerajaan yg zalim..jd salah ke? Sape2 yg zalim,xkire umno ke pas ke pkr ke,kalau zalim kite minx dihancurkan..itu bukan kuasa kita,semua ketentuan allah..
Lain kali cakap pakai otak,jgn pki hembus je..buat malu je..

Hamba Allah said...

Doa itu adalah hak sesiapa jua.
Samada Allah makbul atau tidak, itu hak Allah.

Untuk apa ahli UMNO melatah, melompat marah dengan doa tersebut. Biarlah Allah yang menilai kerana hanya pandangan Allah-lah yang sebenar benarnya benar.

Lain penyokong, semestinya akan lain tafsirannya.

Kalau kita tidak pernah menzalimi dan menganiaya, kita tidak perlu khuatir dan mempertikaikan doa tersebut.

Allah itu Maha Adil, Maha Menilai dan Maha mengetahui segalanya baik dan buruk.