Tuesday, November 6, 2012

MIC KANTOI!!! Minit mesyuarat 29/11/2007 sahkan bukan sahaja Kohilan tapi 3 lagi wakil MIC sokong projek Kondo di Batu Caves


(Muka depan akhbar The Sun hari ini yang mendedahkan minit mesyuarat MPS pada 29 Nov 2007)

PETALING JAYA: Minit mesyuarat Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 29 November 2007 mengesahkan, projek kondominium bersebelahan Batu Caves turut disokong oleh ahli majlis dari MIC.

Antara ahli MPS yang menyokong cadangan pembinaan kondo itu adalah timbalan Menteri Luar, Datuk A Kohilan Pillay yang menjadi ahli majlis dari Gerakan antara 1997 hingga 2007.

Turut menyokong adalah tiga wakil MIC dalam MPS iaitu Rajakupal Sinarthamby, Jayakumaran Govindasamy dan Rajadran Muniandy, lapor muka depan akhbar harian The Sun hari ini.

MIC dan Gerakan baru-baru ini menyalahkan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat kononnya mereka yang meluluskan pembinaan itu.

Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu 26 Oktober lepas memimpin tunjuk perasaan membantah pembinaannya dengan alasan akan merosak alam sekitar Batu Caves yang menjadi kuil hindu itu.

Minit mesyuarat yang diperolehi oleh The Sun itu mengesahkan bahawa permohonan untuk pembinaannya turut disertakan dengan pelan lengkap layout dan bangunannya.

Minit itu juga mengesahkan, kebenaran telah diberikan kepada pembinaan 18 unit rumah kedai tiga tingkat dan dua bangunan menara, satu 25 tingkat dan satu lagi 29 tingkat.

10 comments:

Anonymous said...

Memang geng2 beruk macam tu. Apa lagi bekawan2 dengan species beruk yg mudah lupa. Akhirnya dijangkiti penyakit yg sama. Lepas nei, hutang negara berbillion2, beruk nie cakap bukan kami yang buat, kami tak pernah perintah malaysia.

Anonymous said...

Keh! Keh! 3 ahli mic jugak yg jadi isu. Sama mcm paslah, minoriti dlm pakatan. Bila org pakatan sokong org melayu murtad, org pas pun bisu sbb minoriti.

Anonymous said...

Conclusionnya, ni semua salah bn walaupun org pakatan yg majoriti dkt selangor. Apa punya pemikiran lah.

Anonymous said...

Aku rasa org pas kene pegi sekolah balik, sbb majoriti dgn minoriti pun tak tau bezakan. Lps tu, kene belajar perbaiki kesilapan sendiri. Kalau tak, semua bende nak salahkan bn/umno.

Anonymous said...

apa susah sgt..minoriti yg menyebok kat sini ngan komen bangangnyer adalah beruk UMNO......hihihihi

Anonymous said...

Sebut 'beruk' lagi... Boring... Cari idea barulah..

Anonymous said...

bukan apa nk bg biasa.. Memamg spesis beruk.. Lama2 nanti sinonim la 2.

Anonymous said...

Aku ni bukan apa. Saje je nak nasihatkan. Takut org cakap org pas ni bodoh kurang kemahiran berfikir sbb selalu ulang2 perkataan sama. Niat aku baik

Kalo korang perasan, teguran aku semuanya membina

Anonymous said...

TAKE..BEER..!

Unknown said...

Pencacai umno ni dh buta hati ngaku je la hoi kafirun yg ko suruh ambil beer tu knp ko je la tonggang beer dasar fahaman firaun nak perintah dunia sampai kiamat