Monday, November 26, 2012

SAPU TANAH 1MALAYSIA!!! Video Adun UMNO panas bila didedahkan tanah rakyat yang disapu UMNO


SHAH ALAM 20 NOVEMBER: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Sue Lim mendedahkan 23 keping tanah berukuran 1 hingga 7 ekar setiap satu sekitar tahun 2000 hingga 2008 ‘disapu’ pemimpin Barisan Nasional Selangor.

“Sebelum ini, saya dedahkan Umno Bahagian Tanjung Karang dah ambil 2 keping tanah.
“Sekarang semua Ketua Umno bahagian, MCA dan MIC juga memohon dan dapat tanah-tanah di sekitar Selangor,” jelas Ng pada sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor.

Menurutnya lagi, tanah-tanah tersebut merupakan tanah bernilai tinggi untuk kegunaan komersial dan pemimpin Umno hanya perlu membayar RM1 untuk setiap kaki persegi.

“Dalam dokumen tanah, Umno dapat 14 keping, MCA 5, MIC 3 dan Gerakan 1, dalam 14 yang Umno dapat, 6 keping dimiliki Umno Bahagian Sungai Besar kerana bekas Menteri Besar adalah dari Sungai Besar,” tambahnya.


“Jadi kita minta Umno, MCA dan MIC negeri pulangkan tanah tersebut kepada kerajaan Selangor, kerana ia milik rakyat,” katanya lagi.

Ng sebelum ini mendedahkan kes pembelian tanah oleh Umno Tanjong Karang yang diterajui mantan Menteri Besar, Mohamed Khir Toyo pada 2001.

Jualan tanah dibawah harga pasaran menyebabkan negeri hilang RM3.3 juta pendapatan, akibat diskaun premium yang diberikan kepada parti itu.

Penjualan tanah komersial berkeluasan 1.2 hektar di Jalan Sungai Kajang, Tanjong Karang diluluskan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada April 2002.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=39806

9 comments:

Anonymous said...

Dahla perangai buruk.. mcm setan.. penyamunn.. bila org panggil penyangak, marah?

maie1958 said...

dah betul la tu,geng2 penyamun memang kaki balun tanah rakyat sebab pemalas dan bodoh,olih itu kerajaan rakyat selangor rampas balik tanah itu dan bagi pada rakyat miskin yang perlukan tanah......

Anonymous said...

Cerita tak habis tu bro. Krjn bn ambil untuk dibangunkan sebagai perumahan kos rendah untuk rakyat miskin, pusat latihan kemahiran dan pusat komersial. Tu tak termasuk lagi memajukan kawasan untuk kemudahan rakyat selangor. Jgn lah cerita separuh jln dan takutblah kamu kpd Allah.

rasugam abu zikri said...

`.. sapu tanah 1malaysia..itu-lah kerja Pemimpin-Pemimpin BN/umno al-Syaitan yg di-kenali.. boleh buat untuk memajukan Orang Melayu...tipu melayu,jual melayu,kecing melayu,temberang melayu...lepas itu besar kepala lagi,seperti orang melayu dan Rakyat Malaysia ini hidup di-zaman batu,tak tahu apa-apa lansung..betul-betul Penyamun Pemimpin-Pemimpin bn/umno al-Syaitan yg di-kenali ini ..sama peragai-nya dengan zionis yahudi di-tanah pelastin..KO bn/umno al-Syaitan yg di-kenali..ko umno..ko..

Anonymous said...

Lagi satu, aku nasihat paspb supaya tidak menjadi proksi anwarinas dan dap dgn menyiarkan artikel dari keadilankini dan roket. Ahli pas dah muak dah, seperti yg mereka luahkan semasa muktamar hari tu. Apa kata paspb tulis artikel sendiri.. Takkan takde idea kot..

Anonymous said...

Kalau kamu paspb org yg benar, cerita sampai habis bn ambil tanah tu untuk apa. Nanti kamu akan tahu bn ambil tanah tu untuk tujuan kebajikan dan kebaikan.

Anonymous said...

sembang boley la bukti ada ka??? pira mabok klau utk pembangunan utk rakyat marhain dan pemimpin bn ni xde lansung conflict of interest.

Anonymous said...

klau mulia tujuan xkan beli dgn harga rm1 / sq ft pas jual utk pembangunan beratus rm / sq ft.

pastu projek rakyat yg dilaksanakan tu makan tepi jugak. harga projek yg puloh juta boleh jadi ratusan juta

ko tgk sendiri la skandal PKFZ / scorpene / AES dan u name it la harga yg pembayar cukai ni kena bayar utk projek kerajaan bn melambung.

klau x rasuah x bn la
klau x pecah amanah x bn la

Anonymous said...

ada juga beruk nak pertahan perangai celaka pemimpin UMNO kaut untung atas angon sapu tanah rakyat