Monday, November 26, 2012

PENGECUT!!! Rejim UMNO halang Peguam Perancis ke Malaysia




Berikutan keengganan kerajaan rejim Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib Altantuya membenarkan dua orang peguam Perancis yang akan memberi taklimat berhubung perkembangan siasatan skandal kapal selam kelas Scorpene di Dewan Rakyat, satu taklimat akan diadakan di negara jiran, Singapura esok.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, peguam William Bourdon dan Joseph Breham dijangka akan mengadakan sesi taklimat tersebut yang akan dimaklumkan dalam masa terdekat.


Perkara itu disahkan ahli parlimen Batu, Tian Chua serta pengarah eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel.


Taklimat tersebut dihalang Speaker dewan, Pandikar Amin Mulia atas sebab tiada keperluan munasabah bagi ahli parlimen mengetahui perjalanan dan perkembangan skandal tersebut selain mendapat bantahan rasmi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC).



Bagaimanapun, sesi taklimat tersebut akan dilakukan peguam bersekutu bagi pihak kedua-dua peguam itu, 
Apoline Cagnatn yang sudah berlepas dari Paris kira-kira jam 3 petang tadi waktu Malaysia dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi jam 7 pagi esok waktu Singapura (7 pagi waktu Malaysia).

Permohonan visa kerja mereka telah dihantar lebih sebulan lalu tetapi Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus membisu sehingga ke hari ini.


Mereka pada awalnya dijangka akan memberi taklimat di negara ini atas jemputan rasmi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang menyerahkan sendiri surat tersebut kepada kedua-dua peguam itu pada 7 Oktober lalu di Paris, Perancis.


Menteri dalam negeri, Hishamuddin Hussein enggan mengulas lanjut dan menyerahkan perkara itu kepada Jabatan Imigresen untuk membuat keputusan, satu lagi proses 'cuci tangan' demi menyelamatkan sepupunya yang terus diasak berkenaan skandal pertahanan terbesar negara sejak 1970.


Khamis lalu, Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah memberitahu, taklimat yang sepatutnya diadakan pada Khamis lalu ditunda dan dijadual berlangsung di bilik taklimat, bangunan Parlimen esok.

Skandal tersebut berkait rapat dengan misteri pembunuhan model dan penterjemah warganegara Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang dibunuh kejam menggunakan bahan letupan C4 gred tentera pada 19 Oktober 2006 di Puncak Alam, Selangor.



Dua orang hakim penyiasat yang dilantik, Roger Le Loire dan Serge Tournaire kini sedang meneruskan siasatan terhadap kes berkenaan di Mahkamah Tribunal deGrande Instance di Paris.
Tujuh saksi dinamakan termasuk Najib Altantuya sendiri yang ketika itu timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan; Menteri Pertahanan sekarang, Ahmad Zahid Hamidi; penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, rakan baik Najib Altantuya, Abdul Razak Baginda, isteri Razak, Mazlinda Makhzan, pembantu kanan beliau, Jasbir Singh Chahl serta ahli perniagaan, Lodin Wok Kamaruddin.
Nota:

Jalan Pulang baru mendapat pengesahan Cynthia melalui satu mesejnya di Twitter mengatakan:


@cynthia_gabriel: Najib too afraid to allow Scoroene lawyers in2 Msia for MP briefing.location.Changi Village Hotel, 1 Netheravon Road Spore12 to 2 pm, 27 nov


@cynthia_gabriel: Najib terlalu takut benarkan peguam Scorpene di Malaysia untuk taklimat ahli parlimen. Lokasi.Changi Village Hotel, 1 Netheravon Road, Singapore dari 12 tengah hari ke 2 petang, 27 Nov


Peta lokasi hotel disediakan di bawah:


Telefon: +65 6379 7111 (Harga bilik bermula dari RM423 ke RM693)




No comments: