Sunday, November 11, 2012

ZAINI HASAN TERTEKAN!!! Fitnah Utusan terhadap PKNS makan diri

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhO8FcIgEayvaP4afY2QrN_BYCiP7T7vm-wfIPDTnt_ZY-04aC9G-5KGTO8h265M-UejpkW6gB6GL-4BWyuBHmMpmNavK8-4czIB_LfsP78u_q9Dn5nkl3htOAvlj9B7sCY-wnZAJN2ejsr/s1600/boikot+utusan.jpg12 Nov - Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Zaini Hassan nyata tertekan akibat fitnah yang dimainkan beliau sendiri menerusi lidah propaganda UMNO, Utusan Malaysia.

Fitnah demi fitnah yang ditaburkan menerusi pemesongan fakta bagi mempengaruhi kaum Melayu untuk berprasangka buruk terhadap Pakatan Rakyat dengan menggunakan agensi Kerajaan Negeri, PKNS, sebagai punching bag.


Sebagai sebuah agensi Kerajaan Negeri, PKNS, telah dipertanggungjawabkan untuk mengangkat martabat Melayu dan Bumiputra khususnya di Negeri Selangor.



Dalam masa empat tahun pemerintahan Pakatan Rakyat, PKNS telah berjaya menempatkan diri sebagai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) terbaik di dalam negara berbanding dengan negeri-negeri lain dan dianugerahkan “Best SEDC” pada tahun 2011.

Ini dibuktikan dengan kemampuan PKNS untuk membayar zakat dan cukai kepada Lembaga Zakat, Kerajaan Negeri dan Pusat berjumlah hampir RM300 juta dalam masa tidak sampai empat tahun.

Namun begitu, Zaini Hassan dan Utusan Malaysia menutup mata dan telinga dan tidak memperakui pencapaian PKNS hasil daripada titik peluh dan keringat warga kerja PKNS yang 99% terdiri daripada orang Melayu.

PKNS telah mencatatkan keruntungan demi keuntungan hasil dari operasi yang bersandarkan tahap ketelusan dan akauntabliti yang tinggi dengan diperakui sendiri oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Transparency International.

Keuntungan sebanyak RM420 juta yang dicatat oleh PKNS pada tahun 2011 telah membolehkan PKNS untuk terus menerus melaksanakan tanggungjawab mereka dengan pembinaan rumah-rumah mampu milik bagi nikmat rakyat Negeri Selangor, amnya dan masyarakat Melayu dan Bumiputra, khasnya.

Di samping itu, warga kerja PKNS turut mendapat habuan bonus sebanyak 7 bulan pada tahun 2011, sesuatu yang hanya dapat dicapai oleh syarikat-syarikat swasta, GLC dan Multi National Company. Keuntungan PKNS dikongsi dengan warga kerja yang juga kaum Melayu dan Bumiputra.

Zaini dan Utusan tidak mahu orang awam untuk diberitahu mengenai projek-projek rakyat seperti pembinaan 12,000 unit rumah-rumah mampu milik di seluruh Negeri Selangor daripada 2008 sehingga 2020.

Zaini dan Utusan juga mahu menidakkan kebijaksanaan rakyat dengan memadamkan fakta bahawa 80% daripada pembeli rumah-rumah PKNS adalah terdiri dari kalangan orang Melayu.

Tidak cukup dengan perasaan hasad dengki, Zaini dan Utusan terus menerus memfitnah bahawa kononnya PKNS menyelamatkan hutang tokeh Cina tuanpunya Kumpulan Talam yang juga kroni UMNO sedangkan hakikat sebenarnya, PKNS tidak menggunakan satu sen pun daripada tabung dana PKNS bagi urusniaga Kerajaan Negeri untuk mengutip hutang bernilai RM392 juta daripada Kumpulan Talam.

Malah, PKNS mendapat yuran perkhidmatan sebanyak RM70,000 kerana bertindak sebagai Special Purpose Vehicle bagi Kerajaan Negeri mengutip hutang daripada Talam.

UMNO terus memutar belitkan fakta bagi mengaburi kejayaan Kerajaan Negeri Selangor mengutip kembali hutang berjumlah RM392 juta tersebut daripada Talam bagi manfaat rakyat Negeri Selangor.

Perkakas-perkakas UMNO menggunakan NGO-NGO yang tidak bermaruah seperti Sohaimi Shahadan menerusi GPRS, Azwanddin Hamzah menerusi JMM dan Hamidzun Khairuddin menerusi GAPS untuk menghasut rakyat bagi melakukan demo terhadap PKNS saban hari.

Azwanddin dan Hamidzun bertindak sebagai front-men Ezam Mohd Noor yang bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar Selangor dengan cuba membuktikan kepada Najib Razak bahawa tindakan mereka itu akan membolehkan UMNO kembali menguasai tampuk kepimpinan Negeri Selangor.

Tindakan mereka ini telah dilambung tinggi oleh Zaini dan Utusan yang kini terperangkap dengan fitnah rekaan mereka sendiri.

Tidak cukup dengan permainan politik jijik mereka, Zaini dan Utusan menambah lagi dosa fitnah mereka dengan mendakwa kononnya PKNS akan menjual aset-aset komersil mereka sedangkan PKNS hanya memindah milik aset-aset tersebut kepada anak syarikat milik penuh PKNS sendiri.

Terdesaknya Zaini dan Utusan untuk mencalarkan Pakatan Rakyat, mereka sanggup mempergunakan nama Istana dan mengheret Sultan Selangor bagi memajukan politik perkauman sempit mereka.

Apa yang telah mereka capai adalah untuk menabur pasir ke atas periuk nasi lebih 1,500 orang warga kerja sebuah institusi yang telah berjaya mengangkat martabat kaum Melayu dan Bumiputra serta seluruh rakyat Negeri Selangor.

Akibat daripada keceluparan Zaini dan Utusan, PKNS tidak mempunyai pilihan lain selain daripada mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang memfitnah dan mencemarkan imej serta kredibiliti PKNS.

Jadi siapakah pejuang Melayu sebenarnya?

Penulis upahan seperti Zaini Hassan dengan alat propanda UMNO, Utusan Malaysia atau politikus upahan seperti Sohaimi, Azwanddin, Hamidzun dan Ezam ATAU sebuah institusi yang telah berjuang sepanjang 48 tahun untuk mengangkat kedudukan Melayu dan Bumiputra menerusi program-program pembangunan usahawan dan pembinaan rumah-rumah mampu milik untuk rakyat?

Siapa pula yang cuba untuk mencalarkan, menekan dan memfitnah institusi yang memperjuangkan agenda Melayu dan Bumiputra?

Jawapannya amat jelas, terang dan nyata.

Semoga Allah S.W.T. melindungi rakyat Negeri Selangor, kaum Melayu dan Bumiputra daripada dipengaruhi oleh fitnah-fitnah yang berleluasa akibat puak-puak desperado oportunis politik yang tidak bermaruah ini. –KLd

www.kldailyblog.wordpress.com

2 comments:

Amuraria said...

bila hati diselaput daki & najis terpekong sebagai keldai belaan umno-apco semua tolak tepi,akal & hati jadi lebih hina dari binatang dengan iman & agama dibuang jauh ! pecacai totok parti sekutu apco arus jahaliah akan tetep degil pertahan kebejatan para pemimpin umno yang korup & musibat ,ABU sahaja penyelamat negara !

Anonymous said...

Mana pengomen pencacai umnogok.hawat tak komen.cuba cek tengok ent3 d atas salah ke betui.peklaq puak umnongok hati batu tak reti dek ajaq,